Wednesday, 21 May 2014

21/5/2014-RABU - HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN

21/5/2014-RABU - HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN - PANDA SELAMAT TIBA DI KLIA

Hari ini hari yang dinanti-nantikan.  Merdeka ! merdeka ! merdeka ! dari peperiksaan.  Pagi ni kertas terakhir 'Performing Arts'.  Lepas ni, lupakan sekejap buku akademik, baca buku yang aku suka Novel - James Peterson dan buku Philosophy serta main 'computer games'.

Petang ni daddy akan hantar komputer riba yang telah dimbil selepas dihantar baik pulih di ACER Centre.  Aku sungguh gembira dapat lappy aku semula.  Selepas 3 minggu tidak membaca online news - berita hari ini 2 ekor panda yang dipinjamkan oleh kerajaan China selama 10 tahun telah selamat sampai di KLIA pada jam 8.00 pagi dan dikuarantinkan di Animal Hotel di KLIA sebelum di bawa ke Zoo Negara. 
                             
 Comel betul,,sangat manja dan rasa nak peluk bila tengok pergerakkan panda ni.

Tuesday, 20 May 2014

JURNAL HARIAN - 20/5/2014- SELASA - HARI KEENAM PEPERIKSAAN

20/5/2014 - SELASA

Hanya ada satu kertas hari ini iaitu muzik.  Subjek 'Performing Arts' telah dipinda ke hari Rabu.  Ehhhhh ingatkan boleh merdeka pada hari ni.  Apa-apa pun, 'Performing Arts' hanya topik 'theater' yang masuk 'exam', masih boleh lepak lagi malam ni. Mood exam dah luntur.  'Excited' untuk 'dinner college' pada hari Sabtu ni.

Monday, 19 May 2014

JURNAL HARIAN - 19/5/2014 - ISNIN - HARI KELIMA PEPERIKSAAN

19/5/2014 - ISNIN - HARI KELIMA PEPERIKSAAN

Aku bangun pada jam 5.45 pagi.  Hari ni aku bermalam di rumah dengan kebenaran dan terpaksa bertolak daripada Ampang ke Pusat Permata Pintar, UKM pada awal pagi.  Selepas sembahyang subuh yang diimamkan oleh Daddy terus bersalaman dengan daddy, mummy, dan adik.  aku bertolak dari rumah pada jam 6.30 pagi dihantar oleh daddy.  Sepanjang perjalanan aku mengulangkaji subjek 'Performing Arts' dan Pengajian Agama Islam.

Aku sampai ke asrama Permata Pintar jam 7.05 pagi.  Selepas memunggah baju dan buku ke bilik, aku terus ke dewan makan .  Katil aku diselerakkan walaupun aku telah mengemas sebelum pulang ke rumah.  Aku dapati rakan sebilik aku tak pernah menjaga dan mengemas bilik.  Semua pakaian yang telah dipakai dicampak sahaja di atas katil.  Selalunya daddy yang membantu mengemaskan bilik, aku membersihkan bahagian aku sendiri manakala bahagian rakan sebilik akan dibersihkan oleh daddy.

Kadangkala rakan sebilik aku meminjam baju dan kasut tanpa meminta kebenaran ku terlebih dahulu.  Banyak kali, dia memakai baju melayu aku (aku ada 2 helai baju melayu) pada hari jumaat dan mengantung semula dalam almari tanpa dibasuh. Kadangkala di meminjam baju kemeja ku dan digantung seolah-olah belum dipakai.  Aku hanya sedar apabila melihat kolar baju yang berdaki walaupun baju tersebut bergantung dengan baik dalam almari ku. Paling teruk dia meminjam kasut sukan aku tanpa dibasuh dan dibiar terperap dalam beg plastik bersama dengan stokin busuk.  Kesian daddy dan mummy terpaksa merendam selama 2 hari dan setelah hilang bau barulah boleh dibasuh.

Hari ini, peperiksaan diteruskan dengan subjek Bahasa Peranchis pada sebelah pagi dan Pengajian Agama Islam pada sebelah petang.  Aku amat berharap Pengajian Agama Islam, Bahasa Peranchis, Muzik dan 'Performing Arts' dapat membantu menaikkan CGPA.

Subjek Pengajian Islam tiada ujian bertulis, ujian dibuat dalam bentuk lisan.  Oleh kerana nama aku bermula dengan huruf Z dan dari kelas 1K3..giliran aku hanya dipanggil pada jam 4:30petang setelah menunggu hampir 2 jam.

Pada sebelah malam aku merehatkan diri sambil melihat nota muzik. Sekian untuk hari ini. 

Sunday, 18 May 2014

Apakah Kemahiran 21-Century ?

Apakah Kemahiran 21-Century ?

Belajar bekerjasama dengan orang lain dan menyambung melalui teknologi adalah kemahiran yang penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.

ATC21S bermula dengan sekumpulan lebih 250 penyelidik di seluruh 60 institusi di seluruh dunia yang dikategorikan kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa kepada empat kategori yang luas:

Cara pemikiran baru.
Kreativiti, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan pembelajaran

Cara bekerja.
 Komunikasi dan kerjasama

Alat untuk bekerja.
 Literasi maklumat dan komunikasi (ICT) dan maklumat

Kemahiran untuk hidup di dunia.
 Kewarganegaraan, kehidupan dan kerjaya, dan tanggungjawab peribadi dan sosial


Meletakkan Konsep Ke Amalan
Projek ATC21S kini telah berpindah dari konsep untuk praktikal, bekerja dengan dua kemahiran yang merangkumi semua empat kategori:

Kerjasama penyelesaian masalah.
Bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan cabaran biasa, yang melibatkan sumbangan dan pertukaran idea, pengetahuan atau sumber untuk mencapai matlamat.
Celik ICT - pembelajaran dalam rangkaian digital.

Pembelajaran melalui cara digital, seperti rangkaian sosial, celik ICT, kesedaran teknologi dan simulasi. Setiap satu daripada elemen-elemen ini membolehkan individu untuk berfungsi dalam rangkaian sosial dan menyumbang kepada pembangunan modal sosial dan intelektual.


JURNAL HARIAN 17/5/2014 SABTU & 18/5/2014 - AHAD

18/5/2014 - AHAD

Assalamualikum semua

Pagi ni bangun dengan ceria kerana semalam aku tidur melebihi 8 jam.  Sebaik sahaja habis sarapan pagi yang telah sediakan oleh Mummy (maggi goreng) terus belajar bahasa Peranchis, sambung yang tak habis semalam.  Atuk Abah dan Atuk Mama singgah sebentar hantar makanan iaitu murtabak dan keropok lekor goreng.  Terima kasih Atuk Abah dan Atuk Mama.

Petang ni ke Ampang Point untuk membeli bow-tie berwarna hitam untuk di pakai dengan jacket yang dibeli bagi makan malam kolej. Seterusanya menghatar kasut ke cobler. Seperti biasa meneruskan dengan ulangkaji pelajaran bagi subjek "Performing Arts" dan Pengajian Agama Islam.

Alamak aku sakit perut dan cirit berit..kena makan ubat cepat kerana esok ada 2 kertas lagi untuk dihabiskan.




17/5/2014 - SABTU

Malam tadi aku tidur di bilik kawanku Rawi.  Apabila bangun pagi aku dapati badan Rawi sangat panas - Rawi demam.  Pagi ini agak membosankan kerana semua blok di asrama mengalami gangguan letrik.  Nak caj telefon pun tak boleh, lebih membosankan lagi laptop yang dihantar untuk dibaiki masih belum sampai lagi.  Nak study keadaan tidak mengalakkan kerana panas dan berpeluh.  Hajat hati nak melepak kat wakaf pun tak boleh keran hujan lebat. 

Pada jam 11 pagi, keluarga ku sampai, alhamdullilah boleh balik ke rumah dan boleh buat ulangkaji. Sebelum balik kami makan tengahari di sebuah restauran Chine Muslim di Seksyen 8 Uncle Chan Muslim Food seterusnya bersembahyang zohor di Menjid yang berdekatan.

Kami singgah di Kenanga Wholesale untuk membeli baju bagi "college dinner'  pada 24/5/2014. Tema makan malam pada tahun ni 'black tie'.  Aku membeli jacket, kemeja putih dan beberapa kemeja untuk ke kelas. 

Friday, 16 May 2014

16/5/2014 - JUMAAT - SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di seluruh Malaysia. Terima kasih kerana mendidik saya. Tanpa didikan anda, saya tidak akan ke tahap ini. Saya kagum dengan kesabaran cikgu mendidik saya.

Semenjak minggu lepas aku dah siapkan kad ucapan Hari Guru untuk guru-guru di Stella Maris Private Primary School, Ampang terutama kepada Mr Francis, Mr Teh, Pn Ashrina dan Puan Effa.  Adik maklumkan hari ini adalah "Business Day".  Teringat "Business Day' tahun lepas.  Aku dan kumpulan ku banyak mengumpul dana dan telah disumbangkan ke rumah anak yatim.

Hari ini peperiksaan diteruskan dengan kertas kimia disebelah pagi dan selepas sembahyang Jumaat bagi subjek PJK.   Daddy datang terus ke mesjid dan dalam perjalanan pulang ke kolej, kami tumpangkan Hakim dan Hafiz dan singgah sebentar di kefeteria Kolej Keris Mas.  Apa lagi seperti biasa 'Chicken chop' dengan 'cocunut shake'.

Daddy telah mendapat kebanaran dari Dr Rorlinda untuk membawa aku pulang bermalam pada hujung minggu. Disebabkan malam ini ada perjumpaan dengan Cikgu Mior, maka Daddy akan datang esok pagi untuk mejemput aku pulang.  

Wednesday, 14 May 2014

JURNAL HARIAN - 14/5/2014 - RABU -HARI KEDUA PEPERIKSAAN & 15/5/2014 KHAMIS - HARI KETIGA PEPERIKSAAN

14/5/2-14 - RABU - HARI KEDUA PEPERIKSAAN

Assalamualikum

Aku bangun agak awal hari ini, kerana terpaksa bertolak dari Ampang ke Permata Pintar UKM.  Aku berasa mengantuk kerana semalam aku tidur agak lewat kerana membuat ulangkaji pelajaran bagi subjek Biologi. Untuk subjek Penulisan Kreatif aku belajar dan memahami tentang aspek sastera.

Sebaik sahaja sampai di Permata Pintar, aku terus ke blok pensyarah untuk menghantar assingmen ke bilik Cikgu Mohd Nor.  Aku berasa hampa kerana rengangan di bawah pintu bilik Cikgu Mohd Nor tidak cukup besar untuk menembusi sebuah buku Lab Report.  Aku tiada pilihan iaiatu terpaksa mencari Cikgu Mohd Nor dan menghatar sendiri kepadanya.

Selepas sarapan di Dewan Makan aku terus menbuat ulangkaji subjek Biologi.  Aku rasa pada kali ini aku cukup bersedia.  Aku tak mahu dapat B lagi untuk subjek Biologi. Aku mahu dapat A.  Cita-cita aku untuk menjadi seorang pakar kardio torasic dan Biologi adalah syarat penting untuk dispilin perubatan.  Pada kali ini, soalan yang keluar agak sukar tetapi aku dapat menjawabnya.

Waktu tengahari, aku melepak di Lab Computer sementara menunggu sesi petang untuk subjek matematik.  Subjek matametik adalah subjek yang agak senang pada aku dibandingkan dengan subjek-subjek yang lain.  Aku rasakan aku tiada masalah untuk subjek ini.

Pada sebelah malam aku membuat ulangkaji subjek Sejarah dan Penulisan Kreatif.  Aku benar-benar berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya A- untuk subjek Cikgu Mior.  Sekian sahaja,  jurnal harian untuk hari ini.


15/5/2014 - KHAMIS - HARI KETIGA PEPERIKSAAN

Agak sukar untuk mengemaskini jurnal kerana masalah gangguan wifi di asrama.  Aku terpaksa mengunakan 'package data' daripada telefon sendiri.

Sebelah pagi, aku bangun dikejutkan oleh Dr Rorlinda.  Beliau datang ke bilik kerana aku tak sedar dan terlajak tidur.  Apa lagi terus bingkas bangun, dalam keadaan malu terus ke bilik air untuk basuh muka, tukar pakaian terus ke bilik peperiksaan tanpa mandi.  Ha..ha.. lucu dan memalukan.

Pada sebelah petang peperiksaaan disambung semula dengan kertas sejarah.  Inshaallah aku telah berusaha. Tawakal sajalah.  Pada sebelah malam Rawi dan Nabil datang ke bilik dan prep bersama-sama.
Sekian, untuk hari ini.

Tuesday, 13 May 2014

JURNAL HARIAN 13/5/2014 - SELASA - CUTI HARI WESAK

13/5/2014 - CUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA BUDDHA

Hari ni bermalam di rumah.  Daddy dan Mumay memantau setiap subjek.  Aku terpaksa menghabiskan assingmen yang tertangguh iaitu Biologi dan English serta Kimia.  Lab Report Kimia aku yang lepas hilang dan terpaksa dibuat semula.  Aku buat silap tidak membuat salinan.  Nak tengok kawang-kawan punya semuanya masih dalam simpan En Mohd Nor.  Cuba je la buat semula.  Nanti hilang markah pulak.

Setiap masa aku habiskan dengan buat ulangkaji sahaja.  Sesekali tengok juga FB.  Target semester ni masih sama pointer lebih dari 3.50.  ZOEY BOLEH........

Hari ini adalah hari lahir Cikgu kesayangan saya, Cikgu Zaza (Cikgu Sejarah) Happy Birthday Cikgu, semoga berbahagia dan ceria.
Makan di Domino Pizza sambil mengulangkaji subjek Biologi.

JURNAL HARIAN 12/5/2014 - ISNIN - HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

12/5/2014 - ISNIN - HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Assalamualaikum. pada hari ini hari pertama exam akhir semester pertama. Mula-mula aku ingat senang tetapi rupanya sedikit susah terutama subjek Fizik.  Aku kena belajar untuk peperiksaan dua kali ganda yang dahulu. Hari ni ada kertas Fizik dan BI. Exam Fizik pukul 9 sampai pukul 11. Soalan yang keluar dari chapter 1 dan 2. InsyaAllah, harap-harap dapat markah tinggi untuk Fizik. Selepas waktu rehat iaitu pukul 2.30 petang - kertas BI. Aku ingat peperiksaan seperti UPSR kerana tiada format diberikan. Pada pukul 6, Daddy datang untuk menbawaku pulang ke rumah. Daddy telah mendapat kelulusan dari Dr Rorlinda untuk membawa aku pulang bagi tujuaan bimbingan peperiksaan.  Sebelah malam, aku menghabiskan assingment biologi yang tidak siap dan ulangkaji subjek Biologi untuk hari Rabu. Itu je untuk hari ini.

Monday, 12 May 2014

JURNAL HARIAN 26/4/2014 HINGGA 11/5/2014

26/4/2014 - SABTU

Hari yang mengembirakan ku.  Hujung minggu ni adalah minggu balik rumah.  Daddy mengejutkan sembahyang subuh.  Malasnya nak tinggalkan tilam yang empuk ni, aptah lagi tidur di bilik sendiri yang ada air-con.  I miss my room. 

Kami keluar bersarapan di Bukit Indah, Ampang.  Nak promote sikit tempat ni. Semua jenis makanan dijual di sini dan dalam bentuk street market and stall.  Aman dan sentosa.  Lebih aman dan sentosa lagi apabila kita memandang tanah Perkuburan Islam Ampang yang hanya 50 meter daripada kawasan tersebut. Makanan kegemaranku kat sini Omelet dengan cendawan (Omelet with mushroom) dan bakso daging dan banyak lagi....

Sebelah petang aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur.  Aku membeli buku Falsafah, Kalkulus dan Asas Kajian Penyelidikan.


27/4/2014 - AHAD

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu dan selamat pagi. Pada hari ni, aku bangun awal pada pukul 6:15 pagi untuk solat subuh. Saya ke surau untuk sembahyang dan kemudiannya makan sarapan pagi.

Aku dan keluarga bertolak ke Shah Alam, untuk Pertandingan Spell it Right - Challenge.  Dalam pemilihan di peringkat Permata Pintar, aku telah berjaya terpilih mewakili ketegori sekolah Rendah bersama dengan Ong Jeng Kai (OJK).  Pertanding tersebut diadakan di Politeknik Shah Alam.   Senarai perkataan ynag perlu dieja agak sukar dan aku hanya berjaya mengeja 20 perkataan dengan betul dari 30 perkataan yang disoal.



Dalam perjalanan pulan balik ke Ampang, kami singgah  ke Empire Gallery  di Subang Jaya untuk mencari buku tentang falsafah di MPH Book Store. Setelah mendapatkan buku, kami bersantai dan melepak di San Fransisco Coffee untuk makan tengahari.  Selepas makan tengahari kami sekeluarga pergi menonton wayang  Captain America.  Tengok wayang adalah aktiviti keluarga kami di masa lapang.  Mummy suka sangat tengok wayang tetapi semenjak aku duduk di Permata Pintar - aktiviti ni dah mula berkurangan.


Pada sebelah malam, study untuk exam. Aku menumpukan subjek Biologi dan Penulisan Kretif kerana hanya 2 subjek ni lah aku hanya dapat B dan menyebabkan CGPA tak mencapai 3.50.  Blog Cikgu Mior, memang banyak membantu.


28/4/2014 - ISNIN

Aku bergerak dari rumah di Ampang ke UKM pada jam 6.20 pagi.  Perjalanan lancar dan tiada kesesakan sama sekali.  Sampai Permata Pintar jam 7.00 pagi.  Selepas memunggah barang ke bilik terus bersarapan dan bergegas ke perhimpunan.  Aku sampai awal ke Dewan Sebaguna.

Sesuatu yang menarik hari ni, Cikgu Mior memberi tugasan mencipta sajak berkaitan dengan Zionis. Seronok sangat dan sebuah sajak siap dalam masa 15 minit dengan 2 kali edit. Sesiapa yang baca jurnal ni boleh la tengok-tengok sajak tu.  aku dah post kat blog ni.


29/4/2014 & 30/4/2014  - SELASA & RABU

Tiada catatan yang menarik nak ditulis pada 2 hari ni.  Hari berlalu seperti biasa pergi kelas, makan, buat assingmen dan main games.  Tu je yang dicatat dibuku ringkasan ni.   Malam tadi Hafiz dan Nabil lepak kat bilik aku lepas prep main Minecraft online. Kedua-duanya tertidur kat bilik.  Terpaksa berhimpit sikit. Kawan kan...



1/5/2014 - HARI PEKERJA, KHAMIS - CUTI

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA YANG BERKERJA.

Hari yang menarik yang mana bila tengok balik buku catatan penuh dengan cerita yang boleh dipindahkan ke tugasan jurnal ni.

College Explorace

Aku disenaraikan ke dalam kumpulan 5.  Ahli-ahlinya terdiri Abang Murtaza Aznam (Ketua), Abang Izani (roommate), Gelvin (jiran bilik sebelah) 2 Abang Fitri, Grace, Farihah dan Farhani.  Explorace bermula pukul 8 pagi sebaik sahaja selepasa sarapan.    Kami semuanya amat sporting terutama ketua kami Abang Murtadza yang sentiasa cool dan tak stress and lets enjoy the race and to complete tasks with calm and cool.  


Macam-macam aktiviti kena buat, kami kena decrypt sesuatu mesej dan klu untuk cari checkpoint. Terdapat 12 Checkpoints semuanya..  setiap ahli bergilir-gilir membuat task bagi setiap checkpoint mengikut kesanggupan dan keupayaan masing bagi menyelesaikan sesuatu task.  Aku kena task makan sos tomato dicampurkan dengan mayonis dan kena meneka bahan yang terdapat dalam mangkok tersebut. Fuyoh..berjaya dengan cermerlang.  Kumpulan 3 mendapat tempat ke 3.  Dapat hamper lagi.  Explorace tamat jam 1 tengahari.  Penat siyut.......tetapi berbaloi dengan kepuasan bertanding.


Daddy & Mummy serta adik datang melawat bersama Mak Ngah, Kak Fedah dan Kak Azie.  Hari ni mereka membawa KFC - 3 ketul ayam goreng. Oleh kerana exam lagi 2 minggu, apa lagi kena buat ulangkaji la.  Daddy seorang yang perfectionist dalam hal study. Petang ni aku buat ulangkaji Biologi dan Kimia.  Kimia ok je. subjek favourite

Pada jam 5 petang keluarga Hakim datang dari Tangkak, Muar bawa pelbagai jenis makanan dalan jumlah yang banyak bagi meyambut Birthday Hakim.  Happy Birthday Hakim.  Jangan makan banyak nanti lagi kembang. Hampir separuh budak foundation di jemputnya termasuklah Abang Bakhtiar, Aru, Amir dan Abang Waqifi.  Sesiapa sahaja yang lalu kat wakaf belakang blok Asasi dijemputnya.  Hakim's parents - your are cool yooo.


Hari ni juga Birthday cikgu Miss Su - guru Maths.  Happy 27th Birthday Miss Su.  You are awesome. 


2/5/2014 - JUMAAT - PENGHULU KEPADA HARI

Hari yang bermula dengan otot-otot yang sakit, kesan explorace semalam.  Dr Sakinah belanja icecream hari ni.  yo! yo! Magnum Mini dan Cornetto Mini.  Terima kasih Dr Sakinah. Philosophy antara subjek kegemaran gak.  Daddy belikan 2 buku philosophy yang mana aku membacanya setiap hari bila ada masa terluang. Tokoh-tokoh philosophy yanag hebat seperte Socretes, Plato, Phytogras, Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali, Karl Marx serta Budsha antara falsafah yang etlah aku baca.

Daddy datang solat Jumaat bersama-sama di Mesjid UKM.  Hari ni ramai yang terlepas bas ke Mesjid, apalagi seperti biasa MPV Daddy dah macam ikan sardin...daddy kata sedekah pengangkutan dapat pahala dengan mudah.  Islan itu mudah.  Selepas Jumaat, Daddy bawa keluar ke Seksyen 1- gunting rambut.  Pertama kali guntung rambut di Bangi.  Biasanya guntung rambut kat Hair Saloon dengan hairdresser tetapi hari ni rambutku digunting oleh barber Uncle Melayu berkupiah.  Lantak la, janji rambut ni pendik. Selepas gunting baru aku perasaan banyak luka-luka kesan pisau cukur.   Aku rasa kerana terlalu mengantuk aku tertidur semasa uncle tu sedang mencukur ..tu yang terluka.  Sorry Uncle, aku tak akan datang lagi ke kedai ni. Sakit siut bila mandi..pedih....

Sebelah petang 3.30 Ustazah Syakinah buat kelas Pengajian Agama Islam..la ingatkan nak tidur sekejap...Itulah catatan hari ni dengan luka-luka ynag menyakitkan.


3/5/2014 - SABTU

Tiada aktiviti ko-korikulum pada hari ni.  Semua aktiviti ditangguhkan sehingga bulan Julai. Yes..boleh la tidur lepas subuh..hingga jam 10pagi baru bangun.  Taiad yang menarik untuk dicatatkan di jurnal ni.


4/5/2014 - AHAD

Sebelah petang, keluarga seperti biasa datang dari Ampang dan hari ni Atuk Mama ikut sekali.  Rindu dengan nenek kesayanganku. Nenekku bernama NOORAINI MOHD DESA, dia seorang superwoman, amat berdesiplin dan membesarkan aku dengan adik semenjak hari pertama kami lahir kedunia. Amat menitik beratkan tentang kebersihaan dan kekemaasan.  Setiasa berpakaian cantik.  Masakan beliau sedap-sedap belaka.  Atuk Mama juga sorang tukang jahit yang hebat yang mana boleh mejahit semua jenis pakaian tradisional Melayu, pelbagai jenis langsir dari klasik hingga ke moden.  Serang pereka dan penjahit tudung dan hijab yang hebat di bawah jenama NOORAINI.


5/5/2014 - ISNIN

Perhimpunan hari ini seperti biasa giliran budak abil bahasa Jepunmembuat ucapan awam, yang lain adalah seperti atucara biasa dalam setiap perhimpunan.  Hujung minggu ni boleh balik rumah kerana kolej akan diputuskan bekalan letrik untuk kerja-kerja naik taraf. Meraka yang tidak balik akan di tempatkan di Kolej Zaaba.

Hari ada test subjek Biologi jam 8.30 malam.  Terpaka meredah hujan lebat untuk melintas ke blok pembelajaran.  Nampak ok je.  harap-harap dapat lebih dari 15 markah dari markah penuh 20 markah.


6/5/2014 - SELASA

HARI MALANG - KOMPUTER RIBA ROSAK.   Tiada catatan panjang kerana tak boleh guna komputer.  Daddy hanya boleh datang pada hari Rabu untuk dihantar semuala ke Acer Centre.


7/5/2014 - RABU

Tiada yang menarik.  Perjalanan hidup macam biasa seorang pelajar yang menetap di asrama sepenuh masa di Pusat Permata Pintar.  Nasib baik la ada Iphone boleh gak tengok Facebook dan main games. Daddy datang sekejap waktu tenghari ambil komputer.  Hari ni senior aku iaitu roomate kantoi dengan Daddy kerana dia pergi ke kelas pakau baju aku yang dipimjam tanpa pengetahuan aku.   Ha..ha..ha.. Selalu gak roomate aku ni pakai baju aku terutama pada hari Jumaat.  Aku ada 2 pasang Baju Melayu berwarna putih.

Pada sebelah malam aku buat ulangkaji subjek Sejarah, kerana esok ada test Sejarah.


8/5/2014 - KHAMIS

Ujian subjek Sejarah.  Aku dapat markah penuh..yahoooooooo.   Tiada yang menarik hendak ditulis di jurnal pada hari ni.  Exam makin hampir, hari ke hari dihabiskan dengan buat ulangkaji.  Aku bertekad nak dapat pointer lebih dari 3.50 ke atas. Boleh la mencabar diri untuk sama level dengan Ong Jeng Kai.  ha..ha.. Inshaallah.


9/5/2014 - JUMAAT

Hari ni agak istimewa kerana Daddy datang menjemputku untuk solat Jumaat bersama dengan Atuk Abah. Atuk Abah seorang yang penyayang dan warak.  Setiap kali balik ke asrama, dia selalu beri duit saku yang banyak sampai terlebih.  Atuk Abah jarang datang ke kolej kerana dia tak suka renyah katanya. Tetapi jika dia tahu aku akan balik, mesti dia akan datang ke rumah dengan Nasi kerabu dan kuih muih.  Itu yang best bila rumah datuk dekat dengan rumah anak.  Siapa yang untung..cucu juga..ha..ha..

Selepas solat kami makan di Kolej Keris Mas, menu tetap adalah Fried Chicken ala Chicken Chop dan Cocunut Milk Shake.  macam trend kat Bangi ni yang aku perasaan Cocunut Milk Shake, Fried Chicken ala Chicken Chop dan Durian Crips banyak dijual di setiap seksyen.

10/5/2014  - SABTU - SELAMAT HARI IBU

HAMPIR SETIAP MASA DIHABISKAN DENGAN MEMBUAT ULANGKAJI PELAJARAN KERANA MINGGU DEPAN EXAM AKAN BERMULA.  daddy telah menyediakan jadual subjek dan buku-buka yang bersesuaian untuk dibaca.

Aku keluar bersama keluarga ke Pavillion untuk meraikan Hari Ibu terutama kepada Mummy dan Atuk Mama.   SAYA SAYANG MUMMY.  HARI-HARI ADALAH HARI IBU.


11/5/2014 - AHAD - SELAMAT HARI IBU

EXAM, EXAM DAN EXAM.  APALAGI BELAJAR LA SETIAP MASA KECUALI WAKTU TIDUR DAN MAKAN.  SEMUA GAMES DAN TV ...TIDAK DIBENARKAN KECUALI FACEBOOK. Masu dalam mood hari Ibu.  Kami sekeluarga memasakkan makanan istimewa untuk makan tengahari untuk Ibu.

Pada sebelah petang ke kedai buku Popular untuk membeli buku rujukan dan untuk menenangkan diri kerana membuat ulangkaji sepanjang hari, Daddy belanja kita orang makan Icecream kat Baskin Robin, Ampang Point.

Sunday, 11 May 2014

JURNAL HARIAN 14/4/2014 HINGGA 25/4/2014

14/4/2014 – ISNIN

Bismillahhirahmanirahim

Aku jarang menulis jurnal dalam bahasa Melayu.  Oleh kerana bahasa pertamaku adalah Bahasa Inggeris, apabila menulis dalam Bahasa Melayu agak kekok dan terlalu behati-hati. Aku telah diarahkan oleh Instruktor subjek Penulisan Kretif En Mior untuk menulis jurnal setiap hari bermula 13/4/2014 hingga tamat peperiksaan.  Hampir kesemua jurnal yang ditulis sebelum ini adalah dalam Bahasa Inggeris.  Aku mula menulis dan mempunyai blog sendiri semenjak berumur 4 tahun.  Apabila membaca semula post yang awal nak tergelak rasanya banyak kesalahan tatabahasa dan struktur ayat yang tunggang langgang.  Walau bagaimanapun, aku dapat melihat perkembangan diriku sendiri dari bayi hinggalah sekarang.
Isnin adalah hari kegemaranku.  Sempena hari kelahiran Rasullulah.  Daddy banyak menasihatiku supaya banyak berselawat pada hari Isnin.  Aku bangun agak awal dan memulakan hari dengan riang. Aku sudah bertekad untuk memperbaiki diri dan berjanji kepada diriku dan Daddy untuk berusaha untuk mendapat Anugerah Dekan dalam peperiksaan akhir semester ini.  Aku perlu memperbaiki subjek Bahasa Malaysia (aku mendapat B) dan Biologi (B-) bagi membolehkan mendapat CGPA 3.50 ke atas.

15/4/2014 – SELASA

Aku dikejutkan dengan deringan telefon pada pagi ini.  Aku tahu panggilan tu datangnya daripada Daddy yang selalu mengejutkan aku untuk bangun dan solat subuh.  Rakan sebilik Abang Izani dari awal pagi telah keluar untuk pertandingan Softball peringkat Daerah Hulu Langat.  Hari ini dia meminjam kasut sukan aku untuk ke pertandingan tersebut.   Mana tahu kasut sukan aku boleh bawa tuah kepadanya.
Hari Selasa adalah hari kesukaanku  kerana subjek-subjek pada hari Selasa semuanya makanan ku..ha..ha  . Matematik, English dan Kimia.  Semua subjek ni subjek favourite.

16/4/2014 – RABU
Macam biasa, aku bangun awal.  Selepas solat subuh dan bersiap aku ulangkaji subjek Fizik selama 15 minit.  Selalunya aku akan bersedia lebih awal untuk sesuatu subjek sebelum Instruktor mengajar sesuatu topik.  Hari ini, subjek muzik adalah tentang Major.  Agak terlalu senang pada aku.  Aku telah lulus gred 6 ABRSM, silibus yang diajar sekarang amat asas pada tahapku tetapi sesuai bagi kawan-kawan yang tiada pendedahan dalam muzik sama sekali.  Kadang-kala aku agak bosan belajar teori muzik yang aku dah belajar semasa berumur 4 hingga 5 tahun.  Aku belajar tentang nota muzik ketika aku lulus gred 1 ABRSM semasa berumur 5 tahun. Silibus ABRSM  lebih sukar.  Tapi tidak semua orang ada peluang untuk belajar muzik.  Aku bersyukur Daddy menghantar aku ke kelas muzik professional semenjak aku berumur 4 tahun.

17/4/2014 – KHAMIS

Aku terlepas sembahyang subuh, terpaksa kena qada.  Bergegas ke perhimpunan pagi seperti biasa.  Perut agak lapar dan berkeroncong sehingga rehat pertama pukul 10 pagi.  Biologi masa dalam topik 2 dan minggu depan akan masuk ke topic 3.  Susah subjek biologi tetapi aku bertekad untuk mendapat sekurangnya gred A- pada peperiksaan akhir semester.   Subjek akhir pada hari ini adalah French Language.  Masa aku bersekolah di SAYFOL INTERNATIONAL SCHOOL dan STELLA MARIS aku mengambil bahasa Mandrin.  Bila masuk ke Permata Pintar aku bertekad untuk mengambik Bahasa Korea sebab terpengaruh dengan Running Man dan K-Pop.  Daddy tidak membenarkan atas alasan aku hendak jadi doctor.  Kalau nak jadi jurutera, Daddy akan benarkan.  Peperiksaan lepas aku dapat A dalam French Language.  Bagus juga belajar Bahasa French ni dan banyak perbendaharaan kata French ada dalam Bahasa Inggris.

18/4/2014 – JUMAAT

Yahoo!!!! hari Jumaat, esok dah boleh releks.  Hari ni jadi orang Melayu tulin.  Daddy beritahu definisi Melayu adalah orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu. mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.  Hari Jumaat, aku memenuhi kehendak definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.  Kalau tak masa hari Raya sahaja ikut style Melayu.  Masa sekolah lama tak pernah pun pakai Baju Melayu.  Aku tidak pernah bersekolah Kebangsaan.  Masa di sekolah lama, hanya bercakap Melayu semasa subjek Bahasa Melayu sahaja.  Itupun cikgu terpaksa membuat penerangan dalam Bahasa Melayu.   Kami dipaksa untuk membaca dan bercakap Melayu.  Sekarang aku duduk di UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuh atas mendaulatkan Bahasa Melayu, kenalah cakap Melayu. Lama kelamaan boleh juga aku berbahasa Melayu.  Tetapi di sini tak ramai rakan-rakan Melayu sekelas yang fasih berbahasa Inggeris.

Setiap hari Jumaat Daddy datang ke kolej untuk membawa aku bersembahyang Jumaat.  Selalunya Daddy akan bawa juga kawan-kawan yang ketinggalan bas untuk ke mesjid.  Selepas makan tengahari di Kolej Keris Mas dan mengambil pakian kotor, daddy pulang dan akan datang semula pada hari Ahad.

19/4/2014 - SABTU

Hari Ko-korikulum.  Bangun pagi untuk ke Padang UKM menaiki bas bagi aktiviti memanah.  Inilah pertama kali aku belajar memanah.  Seronok juga hari ni.  Petang tiada perjumpaan untuk Kelab beruniform.  Pada peringkat awaL aku mendaftarkan diri untuk Bulan Sabit Merah tetapi akhirnya aku menukarkan kepada Mini Orkestra memandangkan aku boleh bermain alat piano.  Sebelah petang aku menghabiskan masa dengan rehat dan tidur. 

20/4/2014 – AHAD

Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi, aku membersihkan bilik dan mengemas buku-buku yang berselerak di meja.   Hari ini adalah Hari Keusahawanan.  Pelajar Level 1 dan Level 2 membuka gerai makanan dan minuman serta permainan.  Aku hanya turun sebentar tetapi tiada yang menyelerakan aku.   Balik ke bilik untuk menghabiskan assignment dan main online games sambil menonton Youtube.

Daddy dan Mummy serta adik datang melawatku pada jam 3.00 petang.  Seperti biasa, mereka membawa baju-baju yang telah dibasuh dan digosok serta makanan kegemaranku Speghitti Olio.  Terima kasih Mummy dan Daddy.

21/4/2014 – ISNIN

Minggu yang baru.  Selepas perhimpunan, seperti biasa kelas Jati Diri dikendalikan oleh Dr Rorlinda. Pada hari ini, Dr Linda telah mendedahkan semua murid tentant EQ (Emotional Quotient).  Beliau menerangkan  selain kita mempunyai IQ yang tinggi, kita juga pelu seimbang dengan EQ.  Kami telah didedahkan dengan case study daripada video tentang perderaan antara adik beradik yang mana adik dan kakak telah memasuki pertandingan yang mana adik bermain violin manakala kakak bermain piano.  Adik telah memenangi pertandingan tersebut.  Kakak tidak berpuas hati dengan adiknya dan telah memukul dan membelasah adik disebabkan perasaan cemburu yang negative.  Sepatutnya jika kita tewan kita hendaklah berusaha bukanya dengki atau cuba mensebotaj orang yang berjaya.

22/4/2014 – SELASA

Pada hari ini kelas PJK kami bermain badminton.  Wah, bila satu kelas bermain seronok sekali.  Hilang rasa stress.  Tiada yang menarik hendak diceritakan.  Daddy telah menalifon memaklumkan seorang saudara jauh telah meninggal dunia.  Arwah selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Bukit Kiara, PJ.   Al-Fateha untuk arwah. 

23/4/2014 – RABU

Hari ini semuanya berjalan macam biasa.  Kami sebuk menyiapkan assignment yang diberi.  Klas muzik pada hari ini kami belajar Tanda Nada.  Pada sebelah petang selepas kelas, Hafiz dan Nabil melepak di bilik ku untuk meonton Youtube dan bermain Minecraft.  Pada sebelah malam, prep dijalankan macam biasa.  Aku agak mengantuk dan tiada berapa mood untuk membaca hanya menyiapkan assignment yang diberikan.

24/4/2014 – KHAMIS

Selepas kelas aku banyak melepad di dalam bilik bersama dengan rakan bilik ku Abang Izani.  Jarang juga dapat bersembang dengannya kerana senior Level 2 ni terlalu sebuk dengan penyelidikkan yang eprlu disiapkan sebelum bulan Jun 2014.  Tambahan pula Abang Izani amat aktif dalam sukan.  Dalam tempoh 3 minggu yang lepas ada 2 permainan yang mana beliau mewakili Permata Pintatr iaitu Bola Sepak dan Softball.

Miss D telah memberi tugasan baru iaitu Story Telling.  Aku amat teruja dan merancang untuk bercakap tentang subjek kegemaranku iaitu Sistem Suria.  Aku amat gembira untuk menceritakan tentang kegagumankun tentang system cakrawala yang menakjubkan terutama planet-planet yang jauh daripada matahari.

25/4/2014 – JUMAAT

Hari Merentas Desa telah tiba.  Pada kali ini, aku bertekad untuk tidak mahu jauh ketinggalan ke belakang.  Aku telah membuat percaturan salah dengan memecut awal, sampai pertengahan jalan, apalagi pancit la.   Nasib baik dapat tempat ke 21 daripada 24 pelajar lelaki Ketegori Asas (Foundation).  Aku berjaya mengalahkan Hafiz dan Hakim.  Pasukan Sapphire tidak berjaya menjadi juara.  Juara adalah pasukan Topaz yang telah memenangi 7 daripada 15 pingat yang dipertandingkan.

Seperti biasa Daddy dating menjemputku untuk sembahyang Jumaat.  Daddy membawa bekalan susu dan Maggi Cup untuk stok malam dan megambil pakaian kotor untuk dicuci.   

Sunday, 4 May 2014

ULASAN CERPEN KUCHING KOTA & 8100 – A GHANI ABDULLAH

ULASAN CERPEN KUCHING KOTA & 8100 – A GHANI ABDULLAH

Pengarang telah menceritakan bagaimana pemikiran, perasaan dan kekejaman seorang pemimpin zionis Israel yang berjawatan Perdana Menteri di dalam sel lokap semasa sedang menunggu untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Latar belakang kejadian cerpen ini adalah semalaman iaitu ketika Perdana Menteri tersebut  dalam sel setelah ditangkap dan  sedang menunggu untuk dihadapkan kemuka pengadilan Mahkamah Antarabangsa Jenayah Perang bagi menghadapi pertuduhan-pertuduhan kesalahan jenayah perang iaitu membunuh dan menghapuskan etnik 8100.  Etnik 8100 ini saya percaya merujuk kepada penduduk Palestin.


Perdana Menteri Israel ini semasa berkuasa telah melakukan banyak perbuatan jenayah dengan melakukan pembunuhan ke atas penduduk Palestin  tanpa rasa bersalah dan belas ehsan.  Beliau telah melakukan penghapusan etnik dengan menafikan hak asasi penduduk Palestin dalam kebebasan beragama, mendapatkan pendidikan dan menafikan hak negara Palestin itu sendiri.  Walaupun banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh Zionis Israel tetapi beliau tidak rasa takut semasa melakukan kekejaman tersebut kerana sentiasa mendapat perlindungan “serigala gearbox” yang mana saya percaya pengarang merujuk kepada negara Amerika Syarikat.


Pengarang juga mengunakan latar belakang masa lampau dengan teliti dengan mengimbau kembali kesalahan-kesalahan jenayah yang telah dilakukan Perdana Menteri Israel tersebut dengan angkuh tanpa perikemanusiaan tetapi apabila hilang kuasa dan tanpa perlindungan, beliau sebenarnya berada di dalam ketakutan dan keresahan.  Pengarang telah menyatakan bagaimana seorang yang semasa berkuasa, bertindak kejam, angkuh dan tiada belas kesian ke atas penghapusan etnik 8100 (Palestin) tetapi sebenarnya di benak hati semasa menunggu untuk dibicarakan beliau tetap berasa cemas dan takut apabila mengimbau semula kesalahan-kesalahan lampau yang telah dilakukan ke atas penduduk Palestin.


Pengarang banyak mengunakan teknik metafora, hiperbola dan monolog, imbas kembali serta plot imbas muka  dalam gaya perceritaannya.  Pengarang dapat mengarap nilai-nilai perihatin dan sifat kemanusiaan tentang isu-isu penghapusan etnik 

Konsep dan Istilah Komponen Sastera

Konsep dan Istilah Komponen Sastera

KOMPONEN SASTERA (RUJUK BLOG BM :http://bmpmrspm.blogspot.com )

A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:

1. Personafikasi:Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.

Contoh:
i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contoh:
i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:
Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:
i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contoh:
i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:
i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:
Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:
i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:
Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:
i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:
i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya jugadengan lampu minyak tanah.

9. Diksi:
Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapanplatun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)
Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)
Hatinya terlalu rinduBelaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokaldalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.
Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.
Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.
11. Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali
12. Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.
13. Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)
Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:
i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)
Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.
a. Pengenalan
b. Perkembangan
c. Pertentangan / konflik
d. Puncak cerita / klimaks
e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)
Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.
Contoh:
Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:
“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Contoh:
“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.
Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:Latar terbahagi kepada 3:

i. Latar tempatLatar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masaLatar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakatLatar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.