Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di seluruh Malaysia. Terima kasih kerana mendidik saya. Tanpa didikan anda, saya tidak akan ke tahap ini. Saya kagum dengan kesabaran cikgu mendidik saya.
Semenjak minggu lepas aku dah siapkan kad ucapan Hari Guru untuk guru-guru di Stella Maris Private Primary School, Ampang terutama kepada Mr Francis, Mr Teh, Pn Ashrina dan Puan Effa. Adik maklumkan hari ini adalah "Business Day". Teringat "Business Day' tahun lepas. Aku dan kumpulan ku banyak mengumpul dana dan telah disumbangkan ke rumah anak yatim.
Hari ini peperiksaan diteruskan dengan kertas kimia disebelah pagi dan selepas sembahyang Jumaat bagi subjek PJK. Daddy datang terus ke mesjid dan dalam perjalanan pulang ke kolej, kami tumpangkan Hakim dan Hafiz dan singgah sebentar di kefeteria Kolej Keris Mas. Apa lagi seperti biasa 'Chicken chop' dengan 'cocunut shake'.
Daddy telah mendapat kebanaran dari Dr Rorlinda untuk membawa aku pulang bermalam pada hujung minggu. Disebabkan malam ini ada perjumpaan dengan Cikgu Mior, maka Daddy akan datang esok pagi untuk mejemput aku pulang.
No comments:
Post a Comment