Aku bangun pada jam 5.45 pagi. Hari ni aku bermalam di rumah dengan kebenaran dan terpaksa bertolak daripada Ampang ke Pusat Permata Pintar, UKM pada awal pagi. Selepas sembahyang subuh yang diimamkan oleh Daddy terus bersalaman dengan daddy, mummy, dan adik. aku bertolak dari rumah pada jam 6.30 pagi dihantar oleh daddy. Sepanjang perjalanan aku mengulangkaji subjek 'Performing Arts' dan Pengajian Agama Islam.
Aku sampai ke asrama Permata Pintar jam 7.05 pagi. Selepas memunggah baju dan buku ke bilik, aku terus ke dewan makan . Katil aku diselerakkan walaupun aku telah mengemas sebelum pulang ke rumah. Aku dapati rakan sebilik aku tak pernah menjaga dan mengemas bilik. Semua pakaian yang telah dipakai dicampak sahaja di atas katil. Selalunya daddy yang membantu mengemaskan bilik, aku membersihkan bahagian aku sendiri manakala bahagian rakan sebilik akan dibersihkan oleh daddy.
Kadangkala rakan sebilik aku meminjam baju dan kasut tanpa meminta kebenaran ku terlebih dahulu. Banyak kali, dia memakai baju melayu aku (aku ada 2 helai baju melayu) pada hari jumaat dan mengantung semula dalam almari tanpa dibasuh. Kadangkala di meminjam baju kemeja ku dan digantung seolah-olah belum dipakai. Aku hanya sedar apabila melihat kolar baju yang berdaki walaupun baju tersebut bergantung dengan baik dalam almari ku. Paling teruk dia meminjam kasut sukan aku tanpa dibasuh dan dibiar terperap dalam beg plastik bersama dengan stokin busuk. Kesian daddy dan mummy terpaksa merendam selama 2 hari dan setelah hilang bau barulah boleh dibasuh.
Hari ini, peperiksaan diteruskan dengan subjek Bahasa Peranchis pada sebelah pagi dan Pengajian Agama Islam pada sebelah petang. Aku amat berharap Pengajian Agama Islam, Bahasa Peranchis, Muzik dan 'Performing Arts' dapat membantu menaikkan CGPA.
Subjek Pengajian Islam tiada ujian bertulis, ujian dibuat dalam bentuk lisan. Oleh kerana nama aku bermula dengan huruf Z dan dari kelas 1K3..giliran aku hanya dipanggil pada jam 4:30petang setelah menunggu hampir 2 jam.
Pada sebelah malam aku merehatkan diri sambil melihat nota muzik. Sekian untuk hari ini.

No comments:
Post a Comment