Wednesday, 18 January 2017

SOALAN TATABAHASA SPM - ANALISIS AYAT BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

https://pppnukm.files.wordpress.com/2013/01/soalan-tatabahasa-spm-kbat.pdf

SET RAMALAN 1

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Vincent Chong 
PREDIKAT: menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Zalipah dihadiahi oleh Vincent Chong sebuah novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Bersempena dengan hari jadinya yang ke-14, Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
dengan

SET RAMALAN 2

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Guru mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Guru
PREDIKAT: mengajar murid-murid di dalam kelas itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Murid-murid di dalam kelas itu diajar oleh guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Di dalam kelas itu, guru mengajar murid-murid subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
agar

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
untuk

SET RAMALAN 3

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Abang saya yang sulung
PREDIKAT: memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala  Lumpur

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Ayah diberi oleh abang saya yang sulung wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang saya yang sulung memberi ayah wang.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
untuk

SET RAMALAN 4

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
PREDIKAT: menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Mantan Perdana Menteri itu dianugerahi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bintang kehormatan di Istana Negara.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Di Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan.

(v) Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di atas.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

(vi) Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di atas.
Menganugerahi

SET RAMALAN 5

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Cik Yong suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Cik Yong
PREDIKAT: suka membaca buku cerita pada masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Pada masa lapang, Cik Yong suka membaca buku cerita manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
manakala

(vi) Senaraikan satu kata majmuk yang terdapat dalam ayat di atas.
buku cerita

SET RAMALAN 6

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Biduanita yang bersuara merdu itu telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Biduanita yang bersuara merdu itu
PREDIKAT: telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Telah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang, biduanita yang bersuara merdu itu.

(v) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
pada

(vi) Senaraikan satu perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
biduanita

SET RAMALAN 7

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara  berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning
PREDIKAT: hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat bersusunan songsang.
Hanya meraih tempat ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata bilangan yang terdapat dalam ayat di atas.
ketiga

SET RAMALAN 8

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Pada minggu lalu, lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
PREDIKAT: menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Kereta Ahmad pula yang ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta ayah saya itu pada minggu lalu.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
lembu

SET RAMALAN 9

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Bahawa ujian bulan Januari
PREDIKAT: akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.

(iii) Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat aktif.
Guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra menerangkan bahawa ujian bulan Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.

(iv) Senaraikan satu kata sendi nama yang terdapat dalam ayat di atas.
akan

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
bahawa

(vi) Senaraikan satu kata nama am yang terdapat dalam ayat di atas.
guru

SET RAMALAN 10

Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.

Sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.

(i) Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
Frasa Nama + Frasa Kerja

(ii) Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
SUBJEK: Alilah Sherry
PREDIKAT: tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iii) Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(iv) Tukarkan ayat bersusunan songsang di atas kepada ayat bersusunan biasa.
Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun badannya letih selepas bekerja seharian.

(v) Senaraikan satu kata hubung yang terdapat dalam ayat di atas.
yang

(vi) Senaraikan satu perkataan yang berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
menghadiri 

Thursday, 1 December 2016

My Daily Life In NORTH KOREA (MYSTERIOUS 7 DAY TRIP)

Saturday, 12 November 2016

Alan Walker - Sing Me To Sleep

Wednesday, 9 November 2016

Florists, Grocers and Politicians!

Read this; it's very interesting!

One day a florist went to a barber for a haircut.
After the cut, he asked about his bill, and the barber replied, "I cannot accept money from you, I'm doing community service this week."
The florist was pleased and left the shop.
When the barber went to open his shop the next morning, there was a 'Thank You' card and a dozen roses waiting for him at his door.

Later, a grocer comes in for a haircut, and when he tried to pay his bill, the barber again replied, "I cannot accept money from you, I'm doing community service this week."
The grocer was happy and left the shop.
The next morning, when the barber went to open up, there was a 'Thank You' card and a bag of fresh vegetables waiting for him at his door.

Then, a politician came in for a haircut, and when he went to pay his bill, the barber again replied, "I cannot accept money from you, I'm doing community service this week."
The politician was very happy and left the shop.
The next morning, when the barber went to open up, there were a dozen politicians lined up waiting for a free haircut.

And that, my friends, illustrates the fundamental difference between the citizens of our country and the politicians who run it.

REMEMBER: POLITICIANS AND DIAPERS SHOULD BE CHANGED OFTEN AND FOR THE SAME REASON.

If you don't forward this, nothing bad will happen.
But someone will miss a good laugh!