Sunday, 4 May 2014

ULASAN CERPEN KUCHING KOTA & 8100 – A GHANI ABDULLAH

ULASAN CERPEN KUCHING KOTA & 8100 – A GHANI ABDULLAH

Pengarang telah menceritakan bagaimana pemikiran, perasaan dan kekejaman seorang pemimpin zionis Israel yang berjawatan Perdana Menteri di dalam sel lokap semasa sedang menunggu untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Latar belakang kejadian cerpen ini adalah semalaman iaitu ketika Perdana Menteri tersebut  dalam sel setelah ditangkap dan  sedang menunggu untuk dihadapkan kemuka pengadilan Mahkamah Antarabangsa Jenayah Perang bagi menghadapi pertuduhan-pertuduhan kesalahan jenayah perang iaitu membunuh dan menghapuskan etnik 8100.  Etnik 8100 ini saya percaya merujuk kepada penduduk Palestin.


Perdana Menteri Israel ini semasa berkuasa telah melakukan banyak perbuatan jenayah dengan melakukan pembunuhan ke atas penduduk Palestin  tanpa rasa bersalah dan belas ehsan.  Beliau telah melakukan penghapusan etnik dengan menafikan hak asasi penduduk Palestin dalam kebebasan beragama, mendapatkan pendidikan dan menafikan hak negara Palestin itu sendiri.  Walaupun banyak kekejaman yang telah dilakukan oleh Zionis Israel tetapi beliau tidak rasa takut semasa melakukan kekejaman tersebut kerana sentiasa mendapat perlindungan “serigala gearbox” yang mana saya percaya pengarang merujuk kepada negara Amerika Syarikat.


Pengarang juga mengunakan latar belakang masa lampau dengan teliti dengan mengimbau kembali kesalahan-kesalahan jenayah yang telah dilakukan Perdana Menteri Israel tersebut dengan angkuh tanpa perikemanusiaan tetapi apabila hilang kuasa dan tanpa perlindungan, beliau sebenarnya berada di dalam ketakutan dan keresahan.  Pengarang telah menyatakan bagaimana seorang yang semasa berkuasa, bertindak kejam, angkuh dan tiada belas kesian ke atas penghapusan etnik 8100 (Palestin) tetapi sebenarnya di benak hati semasa menunggu untuk dibicarakan beliau tetap berasa cemas dan takut apabila mengimbau semula kesalahan-kesalahan lampau yang telah dilakukan ke atas penduduk Palestin.


Pengarang banyak mengunakan teknik metafora, hiperbola dan monolog, imbas kembali serta plot imbas muka  dalam gaya perceritaannya.  Pengarang dapat mengarap nilai-nilai perihatin dan sifat kemanusiaan tentang isu-isu penghapusan etnik 

No comments: