Sunday, 11 May 2014

JURNAL HARIAN 14/4/2014 HINGGA 25/4/2014

14/4/2014 – ISNIN

Bismillahhirahmanirahim

Aku jarang menulis jurnal dalam bahasa Melayu.  Oleh kerana bahasa pertamaku adalah Bahasa Inggeris, apabila menulis dalam Bahasa Melayu agak kekok dan terlalu behati-hati. Aku telah diarahkan oleh Instruktor subjek Penulisan Kretif En Mior untuk menulis jurnal setiap hari bermula 13/4/2014 hingga tamat peperiksaan.  Hampir kesemua jurnal yang ditulis sebelum ini adalah dalam Bahasa Inggeris.  Aku mula menulis dan mempunyai blog sendiri semenjak berumur 4 tahun.  Apabila membaca semula post yang awal nak tergelak rasanya banyak kesalahan tatabahasa dan struktur ayat yang tunggang langgang.  Walau bagaimanapun, aku dapat melihat perkembangan diriku sendiri dari bayi hinggalah sekarang.
Isnin adalah hari kegemaranku.  Sempena hari kelahiran Rasullulah.  Daddy banyak menasihatiku supaya banyak berselawat pada hari Isnin.  Aku bangun agak awal dan memulakan hari dengan riang. Aku sudah bertekad untuk memperbaiki diri dan berjanji kepada diriku dan Daddy untuk berusaha untuk mendapat Anugerah Dekan dalam peperiksaan akhir semester ini.  Aku perlu memperbaiki subjek Bahasa Malaysia (aku mendapat B) dan Biologi (B-) bagi membolehkan mendapat CGPA 3.50 ke atas.

15/4/2014 – SELASA

Aku dikejutkan dengan deringan telefon pada pagi ini.  Aku tahu panggilan tu datangnya daripada Daddy yang selalu mengejutkan aku untuk bangun dan solat subuh.  Rakan sebilik Abang Izani dari awal pagi telah keluar untuk pertandingan Softball peringkat Daerah Hulu Langat.  Hari ini dia meminjam kasut sukan aku untuk ke pertandingan tersebut.   Mana tahu kasut sukan aku boleh bawa tuah kepadanya.
Hari Selasa adalah hari kesukaanku  kerana subjek-subjek pada hari Selasa semuanya makanan ku..ha..ha  . Matematik, English dan Kimia.  Semua subjek ni subjek favourite.

16/4/2014 – RABU
Macam biasa, aku bangun awal.  Selepas solat subuh dan bersiap aku ulangkaji subjek Fizik selama 15 minit.  Selalunya aku akan bersedia lebih awal untuk sesuatu subjek sebelum Instruktor mengajar sesuatu topik.  Hari ini, subjek muzik adalah tentang Major.  Agak terlalu senang pada aku.  Aku telah lulus gred 6 ABRSM, silibus yang diajar sekarang amat asas pada tahapku tetapi sesuai bagi kawan-kawan yang tiada pendedahan dalam muzik sama sekali.  Kadang-kala aku agak bosan belajar teori muzik yang aku dah belajar semasa berumur 4 hingga 5 tahun.  Aku belajar tentang nota muzik ketika aku lulus gred 1 ABRSM semasa berumur 5 tahun. Silibus ABRSM  lebih sukar.  Tapi tidak semua orang ada peluang untuk belajar muzik.  Aku bersyukur Daddy menghantar aku ke kelas muzik professional semenjak aku berumur 4 tahun.

17/4/2014 – KHAMIS

Aku terlepas sembahyang subuh, terpaksa kena qada.  Bergegas ke perhimpunan pagi seperti biasa.  Perut agak lapar dan berkeroncong sehingga rehat pertama pukul 10 pagi.  Biologi masa dalam topik 2 dan minggu depan akan masuk ke topic 3.  Susah subjek biologi tetapi aku bertekad untuk mendapat sekurangnya gred A- pada peperiksaan akhir semester.   Subjek akhir pada hari ini adalah French Language.  Masa aku bersekolah di SAYFOL INTERNATIONAL SCHOOL dan STELLA MARIS aku mengambil bahasa Mandrin.  Bila masuk ke Permata Pintar aku bertekad untuk mengambik Bahasa Korea sebab terpengaruh dengan Running Man dan K-Pop.  Daddy tidak membenarkan atas alasan aku hendak jadi doctor.  Kalau nak jadi jurutera, Daddy akan benarkan.  Peperiksaan lepas aku dapat A dalam French Language.  Bagus juga belajar Bahasa French ni dan banyak perbendaharaan kata French ada dalam Bahasa Inggris.

18/4/2014 – JUMAAT

Yahoo!!!! hari Jumaat, esok dah boleh releks.  Hari ni jadi orang Melayu tulin.  Daddy beritahu definisi Melayu adalah orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu. mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.  Hari Jumaat, aku memenuhi kehendak definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.  Kalau tak masa hari Raya sahaja ikut style Melayu.  Masa sekolah lama tak pernah pun pakai Baju Melayu.  Aku tidak pernah bersekolah Kebangsaan.  Masa di sekolah lama, hanya bercakap Melayu semasa subjek Bahasa Melayu sahaja.  Itupun cikgu terpaksa membuat penerangan dalam Bahasa Melayu.   Kami dipaksa untuk membaca dan bercakap Melayu.  Sekarang aku duduk di UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuh atas mendaulatkan Bahasa Melayu, kenalah cakap Melayu. Lama kelamaan boleh juga aku berbahasa Melayu.  Tetapi di sini tak ramai rakan-rakan Melayu sekelas yang fasih berbahasa Inggeris.

Setiap hari Jumaat Daddy datang ke kolej untuk membawa aku bersembahyang Jumaat.  Selalunya Daddy akan bawa juga kawan-kawan yang ketinggalan bas untuk ke mesjid.  Selepas makan tengahari di Kolej Keris Mas dan mengambil pakian kotor, daddy pulang dan akan datang semula pada hari Ahad.

19/4/2014 - SABTU

Hari Ko-korikulum.  Bangun pagi untuk ke Padang UKM menaiki bas bagi aktiviti memanah.  Inilah pertama kali aku belajar memanah.  Seronok juga hari ni.  Petang tiada perjumpaan untuk Kelab beruniform.  Pada peringkat awaL aku mendaftarkan diri untuk Bulan Sabit Merah tetapi akhirnya aku menukarkan kepada Mini Orkestra memandangkan aku boleh bermain alat piano.  Sebelah petang aku menghabiskan masa dengan rehat dan tidur. 

20/4/2014 – AHAD

Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi, aku membersihkan bilik dan mengemas buku-buku yang berselerak di meja.   Hari ini adalah Hari Keusahawanan.  Pelajar Level 1 dan Level 2 membuka gerai makanan dan minuman serta permainan.  Aku hanya turun sebentar tetapi tiada yang menyelerakan aku.   Balik ke bilik untuk menghabiskan assignment dan main online games sambil menonton Youtube.

Daddy dan Mummy serta adik datang melawatku pada jam 3.00 petang.  Seperti biasa, mereka membawa baju-baju yang telah dibasuh dan digosok serta makanan kegemaranku Speghitti Olio.  Terima kasih Mummy dan Daddy.

21/4/2014 – ISNIN

Minggu yang baru.  Selepas perhimpunan, seperti biasa kelas Jati Diri dikendalikan oleh Dr Rorlinda. Pada hari ini, Dr Linda telah mendedahkan semua murid tentant EQ (Emotional Quotient).  Beliau menerangkan  selain kita mempunyai IQ yang tinggi, kita juga pelu seimbang dengan EQ.  Kami telah didedahkan dengan case study daripada video tentang perderaan antara adik beradik yang mana adik dan kakak telah memasuki pertandingan yang mana adik bermain violin manakala kakak bermain piano.  Adik telah memenangi pertandingan tersebut.  Kakak tidak berpuas hati dengan adiknya dan telah memukul dan membelasah adik disebabkan perasaan cemburu yang negative.  Sepatutnya jika kita tewan kita hendaklah berusaha bukanya dengki atau cuba mensebotaj orang yang berjaya.

22/4/2014 – SELASA

Pada hari ini kelas PJK kami bermain badminton.  Wah, bila satu kelas bermain seronok sekali.  Hilang rasa stress.  Tiada yang menarik hendak diceritakan.  Daddy telah menalifon memaklumkan seorang saudara jauh telah meninggal dunia.  Arwah selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Bukit Kiara, PJ.   Al-Fateha untuk arwah. 

23/4/2014 – RABU

Hari ini semuanya berjalan macam biasa.  Kami sebuk menyiapkan assignment yang diberi.  Klas muzik pada hari ini kami belajar Tanda Nada.  Pada sebelah petang selepas kelas, Hafiz dan Nabil melepak di bilik ku untuk meonton Youtube dan bermain Minecraft.  Pada sebelah malam, prep dijalankan macam biasa.  Aku agak mengantuk dan tiada berapa mood untuk membaca hanya menyiapkan assignment yang diberikan.

24/4/2014 – KHAMIS

Selepas kelas aku banyak melepad di dalam bilik bersama dengan rakan bilik ku Abang Izani.  Jarang juga dapat bersembang dengannya kerana senior Level 2 ni terlalu sebuk dengan penyelidikkan yang eprlu disiapkan sebelum bulan Jun 2014.  Tambahan pula Abang Izani amat aktif dalam sukan.  Dalam tempoh 3 minggu yang lepas ada 2 permainan yang mana beliau mewakili Permata Pintatr iaitu Bola Sepak dan Softball.

Miss D telah memberi tugasan baru iaitu Story Telling.  Aku amat teruja dan merancang untuk bercakap tentang subjek kegemaranku iaitu Sistem Suria.  Aku amat gembira untuk menceritakan tentang kegagumankun tentang system cakrawala yang menakjubkan terutama planet-planet yang jauh daripada matahari.

25/4/2014 – JUMAAT

Hari Merentas Desa telah tiba.  Pada kali ini, aku bertekad untuk tidak mahu jauh ketinggalan ke belakang.  Aku telah membuat percaturan salah dengan memecut awal, sampai pertengahan jalan, apalagi pancit la.   Nasib baik dapat tempat ke 21 daripada 24 pelajar lelaki Ketegori Asas (Foundation).  Aku berjaya mengalahkan Hafiz dan Hakim.  Pasukan Sapphire tidak berjaya menjadi juara.  Juara adalah pasukan Topaz yang telah memenangi 7 daripada 15 pingat yang dipertandingkan.

Seperti biasa Daddy dating menjemputku untuk sembahyang Jumaat.  Daddy membawa bekalan susu dan Maggi Cup untuk stok malam dan megambil pakaian kotor untuk dicuci.   

No comments: