Tuesday 28 April 2015

Aktiviti Diriku 25/4/2015 - Hari Graduasi 2015

25/4/2015 - SABTU

Hari ini adalah hari bersejarah kepada pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara 1314 bagi 'batch ke-3' iaitu Majlis Graduasi mereka.  Pada tahun ini, agak meriah kerana buat pertama kalinya Majlis Graduasi diadakan di auditorium Pusat PERMATApintar Negara.  Seniors batch ke-3 tidak berpeluang mengunakan auditoium, kompleks sukan dan kolam renang kerana bangunan-bangunan ini hanya siap dan serah pada awal tahun 2015. 



Seperti biasa aku dan Jing Kai mengambil bahagian dalam persembahan iaitu duo piano dan biola.  Pada kali ini kami mempersembahkan 7 buah lagu sepanjan majlis berlangsung. 


Kepada semua seniors batch ke -3 terima kasih kerana anda telah melayan batch ke-4 terutama kami pelajar perintis Foundation dengan baik dan penuh kasih sayang. Tahniah dan selamat berjuang hingga penamatnya.


Tahniah Abang Izani (rakan sebilik semester 1 2014)

Gempa Bumi 7.8 Skala Richter Di Nepal

Dunia baru saja dikejutkan dengan gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lalu. Kesan dari gempa ini sememangnya dahsyat dan setakat ini telah mengorbankan lebih 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari negara luar. Menurut rekod ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal.

Di bawah ini adalah gambar-gambar sebelum gempa berlaku dan kesan kemusnahan selepas gempa bumi ini untuk dinilaikan sendiri betapa dahsyatnya hentaman gempa bumi di negara yang terkenal dengan Gunung Everest ini.

1. Menara Dharahara – dikenali juga dengan nama Bhimsen Tower merupakan menara setinggi 9 tingkat yang dibina pada tahun 1832 atas permintaan Ratu dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Nepal ketika itu – Bjimsen Thapa. Di bawah adalah gambar menara yang tersergam indah sebelum gempa bumi berlaku.






Kebanyakan mangsa yang terselamat mengalami kecederaan di badan dan di kepala. Disebabkan cuaca buruk, ramai di kalangan mangsa gempa bumi cuba mendapatkan perlindungan di hospital kerana telah kehilangan tempat tinggal. Ini menjadikan suasana di hospital semakin kelam kabut.
Dan ini pula selepas gempa bumi.

Dharahara-Tower-nepal
gempa-bumi-nepal-2015-4



Menara ini tumbang sewaktu gempa berlaku dan merupakan salah satu dari tapak warisan sejarah UNESCO di Kathmandu, Nepal. Sehingga sabtu lepas, dibimbangi beratus mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

gempa-bumi-nepal-2015

2. Kathmandu Durbar Square – tapak warisan sejarah UNESCO yang sering menjadi tumpuan pelancong ini juga terjejas teruk kerana gempa bumi kali ini. Ia telah dibina pada tahun 1690. Berikut gambar sebelum gempa bumi.

Kathmandu-Durbar-Square-1

Orang ramai menjerit dan saya turut berlari menyelamatkan diri bersama mereka apabila bangunan di sekeliling mula runtuh debu mula berterbangan di udara – Siobhan Heanue, Wartawan ABC
Lokasi ini musnah ranap selepas gempa.


Kathmandu-Durbar-Square-2

Kami menyaksikan kemusnahan yang teruk. Hospital terpaksa dikosongkan dan semua pesakit ditempatkan di luar bangunan. Rumah dan bangunan runtuh, jalan raya merekah besar – Caritas Australia program coordinator untuk Nepal Eleanor Trinchera
basantapur-before-and-after-data

3. Gempa bumi kali ini juga turut memusnahkan Patan Dubar Square, lokasi yang menempatkan banyak bangunan dan monumen bersejarah Nepal antaranya kuil pagoda dan istana purba.

Ini gambar sebelum gempa bumi.

patan-dubar-square-nepal

Patan Dubar Square merupakan satu lagi tapak warisan sejarah UNESCO yang terdapat di Kathmandu, Nepal. Di bawah adalah kerosakan yang berlaku akibat gempa bumi.

gempa-bumi-nepal-2015-6
patan-dubar-square-nepal-2

Suasana tragik menyelubungi apabila semakin banyak mayat mangsa dikeluarkan dari runtuhan bangunan. Hubungan telekomunikasi terputus di kebanyakan tempat dan bantuan juga sukar disalurkan kepada mangsa kerana jalan perhubungan yang rosak dan bangunan runtuh yang menghalang laluan – kenyataan dikeluarkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Australia
Sehingga kini usaha menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian. Kami doakan rakyat Malaysia yang berada ni sana sentiasa dalam keadaan baik dan dapat kembali semula dengan selamat.

 Sumber : abc.net.au

Thursday 23 April 2015

Al-Quran mengenai Bumi

AL QUR'AN DA


LAPISAN-LAPISAN ATMOSFER
Kata "langit", yang muncul di banyak ayat Al Qur’an, digunakan untuk merujuk pada langit di atas Bumi, serta keseluruhan alam semesta. Dengan arti kata ini, terlihat bahwa langit Bumi, atau atmosfirnya, tersusun atas tujuh lapisan...
FUNGSI GUNUNG
Al Qur’an mengarahkan perhatian manusia pada fungsi geologis sangat penting dari gunung. "Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…" (QS. Al Anbiyaa’, 21:31)
ANGIN YANG MENGAWINKAN
Dalam Al Qur’an dikemukakan bahwa tahap pertama pembentukan hujan melibatkan angin. Hingga awal abad ke-20, belumlah diketahui bahwa angin memegang peran penentu dalam pembentukan hujan...
LAUTAN YANG TIDAK BERCAMPUR SATU SAMA LAIN
Para ahli kelautan baru-baru saja menemukan bahwa lautan yang ada memiliki sifat tidak dapat bercampur satu sama lain sama sekali...
KEGELAPAN DAN GELOMBANG DI DASAR LAUT
Tidak ada cahaya apa pun yang memasuki kedalaman 1000 meter di bawah permukaan laut. Fakta ilmiah ini dinyatakan dalam Al Qur’an surat 24 ayat ke-40 sekitar 1400 tahun yang lalu…
KADAR HUJAN
Satu di antara sekian informasi tentang hujan yang diberikan Al Qur’an adalah bahwa hujan diturunkan ke Bumi dengan kadar yang tepat. Kadar yang ditetapkan pada hujan ini sekali lagi telah ditemukan melalui penelitian modern...
PEMBENTUKAN HUJAN
Setiap tahap pembentukan hujan disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur’an. Di samping itu, tahapan-tahapan ini dijelaskan persis dalam urutan yang tepat...
PERGERAKAN GUNUNG
Dalam Al Qur’an, Allah merujuk peristiwa bergeraknya gunung-gunung sebagai pergeseran atau perjalanan awan. Kini, para ilmuwan modern juga menggunakan istilah "Pergeseran Benua" bagi gerakan ini...

Aktiviti Diriku 21/4/2015 - PERTANDINGAN PURPLE COMET! MATH MEET

21/4/2015 - SELASA

Pada malam Selasa telah diadakan Pertandingan Purple Comet! Math Meet.    Purple Comet! Math Meet adalah satu pertandingan yang diadakan percuma, secara on-line, dalam bentuk pasukan untuk pelajar sekolah menengah tahap pertengahan dan menengah atas (middle and high school students) seluruh dunia. 


Ini adalah pengalaman yang kedua memasuki pertandinagan ini sepanjang belajar di Kolej PERMATApintar Negara. Aku mengharapkan tahun ini lebih membawa kejayaan dalam setiap pertandingan yang dimasuki.



Friday 17 April 2015

TUN MAHATHIR V DATO' SERI NAJIB

Sesuatu yang menarik dan sedang tranding adalah mengenai dengan post di blog Che Det.com yang diselenggarakan oleh Tun Mahathir ttelah menerbitkan satu post mengenai perkara-perkara yang ditanyakan oleh Tun Mahathir kepada Dato' Seri Najib. Berikut petikan kepada kritikan tersebut yang telah diulang cetak beberapa kali dalam 2 minggu kebelakangan ini. 



Berikut petikan dari blog Tun Mahathir :-


1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

GERHANA BULAN PENUH

Fenomena Gerhana Bulan Penuh telah berlaku pada 4 April 2015.

Namun, sekali lagi bagi kita di Semenanjung Malaysia, akan terlepas fasa-fasa awal gerhana tersebut tetapi mereka yang menetap di Timur Sabah, lebih bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.

Didapati sebahagian besar Asia dan benua Amerika telah dapat menyaksikan gerhana kali ini.



Gerhana bulan penuh telah disaksikan di seluruh Malaysia bermula pada pukul 8.03 malam Sabtu waktu tempatan. Berikut adalah foto gerhana bulan penuh yang berlaku bermula pada pukul 5.03 petang, 8.02 malam (kemuncak) dan berakhir pada pukul 10.59 malam Sabtu 4 April 2015.







Aku bernasib baik kerana semasa gerhana bulan berlaku jatuh pada hari balik bermalam.  Aku dan keluarga telah bersembahyang sunat gerhana selepas waktu Maghrib yang diimamkan oleh ayahku.


Wednesday 15 April 2015

Aktiviti DiriKu 13/4/2015 - SUKAN KOLEJ PERMATA PINTAR

13/4/2015 - ISNIN

Kali pertama Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sukan tahunan kolej.  Memandangkan pada tahun ini Kompleks Sukan Pusat PERMATApintar Negara telah siap sepenuhnya, maka acara sukan telah dapat diadakan dengan jayanya.  Kami semua terlibat secara langsung dari latihan pembarisan kepada mengambil acara ataupun menjadi ahli sorak sorai. Aku memasuki acara tarik tali pada hari tersebut. Pasukan Topaz mendapat tempat ke-3.   Pada sebelah malam, acara kemuncak diadakan dengan letusan bunga api dari tengah padang Mini Stadium Pusat PERMATApintar Negara.  Rumah sukan TOPAZ menduduki tempat ke-3 keseluruhan. 







Berita Terkini Budak Mati Jatuh Di Kenanga Wholesale City, Pudu, KL

4/4/2015 - SABTU

Seorang budak mati jatuh di Kenanga Wholesale City Mall pada 3 April 2015. Menerusi laman sosial, kini tersebar foto seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun maut jatuh dari tingkat 5 susulan tergelincir dari eskalator pusat beli belah terbabit. Difahamkan, insiden dipercayai kira-kira pada pukul 3.00 petang Jumaat ketika kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Mangsa maut serta merta susulan mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Dari gambar CC TV yang diperolehi dari pihak Kompleks beli-belah didapati ibu kanak malang tersebut sedang mengunakan telefon bimbit dan berdiri hampir dengan eskalator manakala kedua-dua anaknya bermain ditepi eskalator tanpa pengawasan sama sekali.


Ibu saudaraku (Mak Long) yang menetap di Kg Jorak, Bukit Pasir, Muar, Johor memaklumkan kepada ayah bahawa budak perempuan malang tersebut adalah cucu kepada En Yaakob yang menetap di kampung bersebelahan dengan kampung Mak Long.  Budak malang tersebut telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Jorak yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumah Mak Long. Al-Fateha.


Pengajaran yang boleh dibuat dari kejadian ini ialah sentiasa mengawasi anak-anak di mana jua mereka berada.  Jika perlu mengunakan telefon di kompleks beli-belah atau mana-mana jua, pastikan jauh dari tempat yang boleh mengundang kecelakaan. 

Sumber: Berita Terkini Budak Mati Jatuh Di Kenanga Wholesale City | melvister.com

Tuesday 7 April 2015

11/4/2015 - ATUK ABAH SAKIT JANTUNG

 11/4/2015 - JUMAAT & 12/4/2015 - SABTU

Hari yang sangat mendebarkan dalam hidupku.  Dari masa ke semasa aku melihat whatapp dari ibuku yang menemankan atuk abah ke Hospital Serdang untuk dibuat angioplasti ke atas jantungnya.  Pakar kardiologi mengesahkan ada 3 salur darah tersumbat di jantung atuk abah.


Pada hari Sabtu, aku menziarahi atuk abah di wad.  Kesian melihatnya terbaring di atas katil.  Dia memberitahu semasa doktor memasukkan wire ke dalam salur darah melalui tangan, sungguh memenat dan meyakitkan kerana tidak dibius.  Malahan semasa jururawat mengarahkan atuk abah menanggalkan pakaian dan merasa bahagian sulitnya, dia hampir menangis kerana malu dan auratnya terdedah.  


Angioplasti koronari  adalah di mana prosedur satu kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan. Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan.Kos rawatan adalah sebanyak RM24 ribu.

Sabar Atuk Abah.

Monday 6 April 2015

HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYEH, 6 TERBUNUH TERMASUK TS JAMALUDIN JARJIS

12/4/2015 - AHAD

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari UKM selepas latihan golf sebaik sahaja sampai di kawasan seksyen 8 Bangi kelihatan banyak kereta bomba dan polis meluncur dengan laju dan kelihatan bergegas dengan bunyi siren yang kuat.  Hati tertanya-tanya, apakah yang telah berlaku.  Sebaik sahaja aku dan ayah sampai ke rumah dia telah memaklumkan dari bacaan whatapps sebuah helikopter telah terhempas di Semenyeh.  Di dalam helikopter tersebut terdapat beberapa VIP seperti Tan Sri Jamaludin Jarjis yang mana dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang iaitu menghadiri majlis perkhawinan anak perempuan Perdana Menteri DS Najib. Inililah hirajihun.









Di bawah ini adalah petikan dari surat khabar iaitu sebuah puisi yang dihantar oleh TS JJ kepada sahabatnya 2 jam sebelum kejadian. Aku dapati bahasa dan isinya amat mendalam dan indah sekali.



AND THEN IT IS WINTER

You know … time has a way of moving quickly and catching you unaware of the passing years. It seems just yesterday that I was young, just married and embarking on my new life with my mate. Yet in a way, it seems like eons ago, and I wonder where all the years went. I know that I lived them all. I have glimpses of how it was back then and of all my hopes and dreams.

But, here it is… the “back nine” of my life and it catches me by surprise…How did I get here so fast? Where did the years go and where did my youth go?

I remember well seeing older people through the years and thinking that those older people were years away from me and that “I was only on the first hole” and the “back nine” was so far off that I could not fathom it or imagine fully what it would be like.

But, here it is…my friends are retired and getting gray…they move slower and I see an older person now. Some are in better and some worse shape than me…but, I see the great change…Not like the ones that I remember who were young and vibrant…but, like me, their age is beginning to show and we are now those older folks that we used to see and never thought we’d become.

Each day now, I find that just getting a shower is a real target for the day! And taking a nap is not a treat anymore… it’s mandatory! Cause if I don’t on my own free will… I just fall asleep where I sit!

And so…now I enter into this new season of my life unprepared for all the aches and pains and the loss of strength and ability to go and do things that I wish I had done but never did!! But, at least I know, that though I’m on the “back nine”, and I’m not sure how long it will last…this I know, that when it’s over on this earth…it’s over. A new adventure will begin! Yes, I have regrets. There are things I wish I hadn’t done…things I should have done, but indeed, there are many things I’m happy to have done. It’s all in a lifetime.

So, if you’re not on the “back nine” yet…let me remind you, that it will be here faster than you think. So, whatever you would like to accomplish in your life please do it quickly! Don’t put things off too long!! Life goes by quickly. So, do what you can today, as you can never be sure whether you’re on the “back nine” or not!

You have no promise that you will see all the seasons of your life…so, live for today and say all the things that you want your loved ones to remember…and hope that they appreciate and love you for all the things that you have done for them in all the years past!!

“Life” is a gift to you. The way you live your life is your gift to those who come after. Make it a fantastic one. LIVE IT WELL! ENJOY TODAY! DO SOMETHING FUN! BE HAPPY ! HAVE A GREAT DAY Remember “It is health that is real wealth and not pieces of gold and silver. LIVE HAPPY IN 2015!

LASTLY, CONSIDER THIS: ~Your kids are becoming you……but your grandchildren are perfect! ~Going out is good.. Coming home is better! ~You forget names…. But it’s OK because other people forgot they even knew you!!! ~You realize you’re never going to be really good at anything…. especially golf. ~The things you used to care to do, you no longer care to do, but you really do care that you don’t care to do them anymore. ~You sleep better on a lounge chair with the TV blaring than in bed. It’s called “pre-sleep”. ~You miss the days when everything worked with just an “ON” and “OFF” switch.. ~You tend to use more 4 letter words … “what?”…”when?”…” ??? ~Now that you can afford expensive jewelry, it’s not safe to wear it anywhere. ~You notice everything they sell in stores is “sleeveless”?!!! ~What used to be freckles are now liver spots. ~Everybody whispers. ~You have 3 sizes of clothes in your closet…. 2 of which you will never wear. ~~~But Old is good in some things: Old Songs, Old movies, and best of all, OLD FRIENDS!!

Stay well, “OLD FRIEND!” Send this on to other “Old Friends!” and let them laugh in AGREEMENT!!! It’s Not What You Gather, But

What You Scatter That Tells What Kind Of Life You Have Lived.

TODAY IS THE OLDEST YOU’VE EVER BEEN, YET THE YOUNGEST YOU’LL EVER BE, SO ENJOY

Semoga rohnya Allah swt letak bersama orang orang mukmin..aminn

3/4/2015 - KATAK OH KATAK KENAPA PANGGIL HUJAN

3/4/2015 - JUMAAT

Kelas Biologi disambung semula dengan pembedahaan ke atas katak untuk melihat sistem pernafasan.  Kelas K3 di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diperuntukkan seekor katak.  Selain melihat organ dan struktur pernafasan, kami juga melihat sistem dan struktur penghadaman.









Aktiviti Diriku 31/3/2015 - TERLEPAS

31/3/2015 - SELASA

Hari yang memalukan hidupku sepanjang belajar di KOLEJ PERMATApintar NEGARA, UKM. Masalah air masih lagi berlarutan di PUSAT PERMATApintar NEGARA.  Hari ini aku mengalami sakit perut yang melampu dan sukar mengawal cirit berit yang ku alami semenjak malam tadi. Tak tahu apa yang meyebabkan aku mengalami sakit perut.  Aku berlari ke tandas tetapi semua tandas dipenuhi dengan t*** dan air k*****g. Wow !!!! sunguh meloya dan menjengkelkan.  Apa lagi aku terpaksa mengunakan kretiviti untuk menyelesaikan masalah ku.  Kali ke-2 aku mengalami sakit perut  pada jam 8.00 pagi, aku gagal menahannya dan ku biarkan terlepas kerana tiada kuderat untuk menyelesaikan dengan cara yang betul.  Aku terpaksa ponteng kelas pada sebelah pagi kerana untuk menyelesaikan masalah yang berat ini dengan menelefon ibu untuk membawa air ke Permata  Ibu datang ke kolej pada jam 12 tengahari dengan membawa air mineral 2 botol besar uantuk tujuan tertentu dan balik ke rumah dengan membawa pakaian yang berbau dan memalukan.  Aku terlepas subjek biologi yang telah dirancang untuk membuat ujikaji membelah katak.  Sesuatu yang berlaku,  terdapat salah anggapan yang mana instruktor biologi Cik Fatin menyangkakan aku ponteng kelas sesuka hati dan tidur di bilik.  Terdapat rakan sekelas yang telah meyalurkan maklumat yang tidak betul kepada Cik Fatin.  Ayah telah membuat penjelasan kepada Cik Fatin tentang kejadian sebenar.

1/4/2015 - GST

1/4/2015 -RABU

Hari ini adalah hari pertama pelaksanaan GST di Malaysia.  Aku melihat dan menonton di televesyen yang menunjukkkan banyak pihak telah menentang pelaksnaan GST di negara kita.  Ayah telah menerangkan kepada ku bahawa kerajaan yang memerintah perlu mengunakan duit cukai yang dikutip dari rakyat dan syarikat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara semada untuk menampung belanja mengurus atau belaja untuk infrastruktur baru seperti membina jalanraya, sekolah, hospital serta membayar gaji pekerja di perkhidmatan awam.

Kerajaan melalui Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah badan pengutip cukai yang ditauliahkan untuk mengutip cukai melalui cukai pendapatan dari individu atau syarikat yang dikenakankan cukai atau melalui kekayaan seperti Cukai Keuntungan Hartanah bagi yang melupuskan harta kurang 5 tahun atau cukai melalui perbelanjaan iaitu GST.

Aku berpendapat pelaksanaan GST akan menyempitkan kehidupan rakyat terutama golongan sederhana atau bawahan keran banyak barang-baarang kegunaan harian dikenakan GST seperti semua barang 'toiletries", makanan ynag diproses seperti cendawan, sardin dan sebagainya.  Ayah menyatakan bahawa GST tidak akan mencapai sasaran dan memberi faedah jika terdapat kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan.