Monday, 30 March 2015

Aktiviti Diriku 30/3/2015 -MERENTAS DESA

30/3/2015 - ISNIN - MINGGU KECERGASAN


Hari merentas desa Kolej PERMATApintar Negara berlangsung pada hari ini.  Semua pelajar beratur mengikut rumah sukan pada jam 8 pagi.  Seperti biasa, merentas desa bukanlah acara kegemaranku tetapi yang menyeronokan adalah gelagat di hari tersebut.




Trending di media sosial pada hari ini adalah kebakaran train monorail di Stesen Titiwangsa.  Walau bagaiamanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba telah  berjaya memadamkan apai dalam masa 30 minit sahaja.


Aktiviti Diriku 27/8/2015 - TUBA

27/3/2015 - SABTU


Semua pelajar yang tinggal berdekatan dengan UKM digalakkan untuk balik ke rumah pada hujung minggu ini kerana krisis air masih lagi belum dapat diselesaikan.  Hari ini, aku dan Ong Jing Kai bertolak dari rumah ke Kolej PERMATApintar Negara pada jam 7.00 pagi dan sampai ke Kolej jam 7.35 pagi.   Aku bergegas naik ke bilik untuk menukar kasut dan mengambil sarapan pagi.  Alhamdullilah, aku dan Jing Kai dapat sampai ke Auditorium sebelum jam 8.00 pagi.   Kami telah diarahkan untuk memakai pakaian t-shirt berwarna merah.  Program TUBA amat meyeronokkan terutama sesi bersama facilitator En Badrol Sani.




Pasa sebelah petang aku driving range, golf UKM untuk kelas golf bagi kokurikulum dan balik ke rumah sebaik sahaja kelas selesai.  Dalam perjalanan balik, aku singgah di pasar malam Seksyen 16 Bangi untuk membeli makanan untuk makanan malam.


28/3/2015 - AHAD

Hujung minggu di rumah, apa lagi lepas sembahyang subuh sambung tidur hiingga 11 pagi.  Ibuku outstation pada minggu ini yang tinggal di rumah hanyalan ayah dan adik lelaki Ryan.  Ayah sediakan sarapan yang sedap dan enak iaitu speghetti goreng bersama egg in the basket dan untuk makan tengahari ayah masakkan sup kaki ayam bersama ikan goreng.


Sementara menunggu ayah meyediakan makanan tengahari aku dan Jing Kai berlatih untuk persembahan Gruadation Day for Batch Prodigy . Aku dan Jing Kai telah memilih 3 buah lagu iaitu Minute in G, Your Raised Me up dan Ferry Tale.


Pada sebelah petang aku emnonton siaran secara langsuang Persemadian LEE KUAN YEW, Mantan Perdana Menteri Singapura yang pertama.  Tersentuh hati mendengar eulogy yang diisampaikan ioleh orang yang berdamping dekat dengan mendiang. 



Aku balik ke PERMATA jam 5 petang dan dalam perjalanan balik singgah di Bangi Gateway untuk membeli baju sukan berwarna kuning (TOPAZ)  untuk acara merentas desa pada esok hari.

Aktiviti Diriku 26/3/2015 - KANGROO MATHS TEST

26/3/2015 - KHAMIS

Hari ini dijalankan pertandingan Kangroo Maths 2015.  Tahun lepas aku memasuki pertandingan ini juga, tetapi di bawah Kategori Benjamin. Aku bertekad dan berusaha untuk mendapatkan pingat emas pada tahun ini.  Aku sudah menjangkau umur 13 tahun pada tahun ini


dan diletakkan di bawah Kategori Cadet.  Pada tahun lepas hanya mencapai 'Honorable to Mention"  sahaja.   Aku telah cuba membuat latihan sendiri dengan mencuba soalan-soalan tahun lepas.  Peperiksaan diadakan di Dewan Serbaguna bermula 10 pagi hingga 12 tengahari.  Inshallah, soalan pada tahun ini tidak sesukar tahun lepas.


25/3/2015 - RABU

Masalah ketiadaan air di Kolej PERMATApintar Negara tiada kesudahaanya.  Setiap tahun terutama pada bulan Mac dan April, kami terpaksa menghadapi krisis air yang teruk.  Sakit tangan dan membuang masa untuk mencari dan mengangkut air.  Air yang dibekalkan dalam 2 tong hitam tidak mencukupi.  Tambahan pula bilangan pelajar telah bertambah tetapi tiada penambahan bilangan tong hitam yang mencakupi untuk menakung air dari lori tangki yang  menghantar air 2 kali sehari.

                                               Pelajar-pelajar UKM melakukan demonstrasi

Tuesday, 24 March 2015

Aktiviti Diriku 23/3/2015 hingga 29/3/2015

23/3/2015 - ISNIN - Hari Pertama Persekolahan

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan semester pertama. Masih lagi dalam monday blues. Rasa liat nak bangun hari ini.   Hari ini juga hari bersejarah bagi rakyat Negeri Johor kerana Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.  Semua media sosial sedang trending gambar-gambar kemahkotaan tersebut. Istiadat ini kali terakhir telah diadakan adalah 60 tahun yang lepas.  Oleh kerana ayah saya berasal dari Johor, dan kami adalah berketurunan Bugis dari silah Daing Fatimah maka pemahkotaan juga dibualkan oleh ayah saya kepada saya  untuk melihat gambar-gambar semasa istiadat itu berlangsung.









Saturday, 21 March 2015

Aktiviti Diriku 20/3/2015 - JUMAAT - ALKAHFI

20/3/2015 - JUMAAT - ALKAHFI

Salam Jumaat semua. kami sekeluarga mulakan hari ini dengan membaca surah Al-Kahfi setelah solat subuh. Seperti dua hari yang lalu, ayahku membawa  aku ke firma guamannya disebabkan Atuk Mama agak tertekan dan sibuk melayan kunjungan saudara-mara yang datang ziarah melihat Atuk Abah yang baru sahaja keluar hospital kerana serangan jantung.  Atuk Abah memerlukan suasana yang tenang dan aman; oleh itu buat sementara waktu, cucu-cucu tidak digalakkan datang kerana bunyi yang bising akan menambah tekanan kepada Atuk Abah; tambahan pula jika kami datang, akan menambahkan kerja Atuk Mama untuk menyediakan makanan untuk kami dan membuat kerja-kerja tambahan bagi menyelia kami terutama untuk membersihkan rumah.


Sebelum sembahyang Jumaat, aku ke Kolej PERMATApintar untuk menghantar semua pakaian dan buku-buku serta membersihkan bilik dan menyimpan stok air, susu, biskut serta maggi cup.  Ayahku menghabiskan masa 2 jam membantu mengemas dan meyusun semula almari pakaian, buku-buku di rak, polish kasut dan menukar comforter katil serta mengemas  bilik.  Bermula semester 2015, 20% markah subjek Self Development datang dari kebersihan bilik.  Tambahan pula, pada hari-hari pembelajaran, ibubapa tidak dibenarkan masuk ke bilik pelajar.


Pada Jumaat kali ini, kami sekeluarga bersembahyang di Mesjid al-Azim, Pandan Indah. Khutbah pada minggu ini berkisar pejuangan Islam dan menegakkan hukum Allah SWT.  Kami makan tengahari di sekitar masjid.  Aku dapati, ramai umat islam masih lagi menjamu selera walaupun Khutbah Jumaat telah bermula dan kebanyakkan peniaga menjual makanan dengan harga yang mahal dan kurang menjaga kebersihan terutama kebersihan makanan dan kebersihan diri.  Pihak Mesjid perlu memantau kerana kebersihan adalah tuntutan agama Islam. 
Pada sebelah petang, aku mengikuti kelas tambahan dengan Kak Inderjit bagi subjek Liner Algebra dan Biology.  Hari ini, kami belanja Kak Inderjit dengan doughnut dari Dunkin Doughnut sebagai  tanda gembira atas keputusan SPM, telah mendapat tempat belajar di USA dan wish her good luck for scholarships application dari PETRONAS atau KHAZANAH dan semoga permohonan ke HAVARD UNIVERSITY diterima. Sukar nak belanja Kak Inder ni, kerana dia seorang vegetarian.


 Pada sebelah malam kami meraikan harijadi  adik kesayangan ku RYAN ZEFFERY AZMAN ke-11 tahun dengan makan di sebuah restoran bernama SWADEE WESTERN FOOD RESTAURANT di Ampang. Pada penghujung malam minggu, aku menghabiskan masa dengan bermain Minecraft dan games yang lain sebelum melabuhkan hari dengan Selamat Malam Hujung Minggu Terakhir Di Rumah sebelum balik ke UKM pada hari Ahad ini.
  

Aktiviti Diriku 18/3/2015 - Melepak di firma guaman ayahku -TETUAN AZAM IDZHAM AZMAN & PARTNERS

18/3/2015 - RABU

Menjadi kebiasaan Ayahku, membawa aku dan adik ke pejabat setiap kali cuti sekolah.  Selain membantu membersihkan pejabat dan membuat kerja-kerja yang ringan, aku juga berkesempatan melihat sendiri bagaiman ayahku mengendalikan firma guamannya sendiri iaitu TETUAN AZAM IDZHAM AZMAN & PARTNERS.   Dapat juga duit saku tambahan.


Apa yang paling aku suka bila ke firma AZAM IDZHAM AZMAN & PARTNERS, dapat access internet berkelajuan tinggi. Apa lagi, aku download dan update semua games dan juga download file-file dari website untuk aku gunakan buat rujukan apabila start class semuala.
Aku banyak belajar subjek Matematik dari Youtube dan internet terutama bagi subjek Liner Algebra dan Calculus. Website kegemaran aku adalah Khan Academy (calculus), Brilliant (Liner Algebra), Ardentedu.com (Mathematics Olympiad) dan Acedemia.com.


Pada penghujung Mac ini, aku akan menduduki peperiksaan Kangroo Maths; apa lagi buat ulangkaji la. Kangroo Maths tak sesukar IMO maths. 

Thursday, 19 March 2015

Aktiviti Diriku 17/3/2015 - Menyusuri Segenap Pelusuk Pulau Pangkor

17/3/2015 - ISNIN

Selepas penat berenang, snorkeling, Island Hoping dan makan-makan di Pangkor, aku dan keluarga menyusuri dan mengeliling Pulau Pangkor.  Kami menyewa sebuah teksi dengan bayaran RM80.00; yang peliknya semua teksi di Pangkor adalah sebuah van bukannya kereta dan berwarna merah jambu (pink).

                                                                Teksi Van Pangkor



Tempat pertama kami singgah adalah kedai jualan makanan berasaskan laut iaitu Kilang Satay Eng Seng Pangkor.  Hampir semua perusahaan laut di Pangkor adalah diusahakan oleh penguasaha cina


Bau dari sotong kering, ikan masin dan satay ikan agak menjengkelkan dan tidak banyak dibeli kecuali keropok udang dan ikan bilis mata biru.


Seterusnya, kami meneruskan penerokan Pangkor dengan berhenti di sebuah Tokong Cina.  Wah ada pelbagai replika dipamerkan malahan ada replika Tembok Besar Cina.










Setelah penat memahami budaya Cina kami singgah sebentar di kedai cenderamata.  Kami sekeluarga adalah pengumpul fridge magnet





Selamat tinggal Pulau Pangkor. Banyak pengalaman pengetahuan aku perolehi terutama tentang  bahan sejarah  dan tentang penyu.  Lima tahun yang lepas, aku datang hanya untuk mandi-manda dan menikmati keindahan Pulau ini sahaja.  Setelah belajar di Koleh PERMATApintar Negara banyak mengajarku untuk TEROKA dan BITARA.








Aktiviti Diriku 16/3/2015 - Kota Belanda di Pulau Pangkor

16/3/2015 - Ahad

Semasa menjelajah menyusuri Pulau Pangkor, aku singgah sebentar di Kota Belanda.  Sesuatu yang baru aku tahu bahawa selain Melaka pernah dijajah oleh Belanda; Pulau Pangkor juga pernah didatangi oleh Belanda atas tujuan bijih timah.  Ini adalah kesan keapada Revolusi Perindustrian di Eropah yang menyebabkan kuasa-kuasa Eropah meneroka dan menjajah untuk mendapatkan bahan mentah bagi meyokong permintaan kilang-kilang di negara masing-masing.
 Ayah telah menerangkan secara terperinci tentang penjajah Belanda di Pangkor dan bagaimana rakyat tempatan telah menyerang Kota Belanda sehingga Belanda berundur ke Melaka semula.
 

Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota in pada tahun 1690. Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya disini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut, ia tidak digunakan lagi.





Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah akta bendapurba 1976 dlaam seksyen No. 242, warta kerajaan Negeri Perak bertarikh 21 Mac 1978. 


Belanda Di Perak

Sejarah awal kedatangan orang Belanda di negeri Perak bermula pada tahun 1641 setelah Belanda berjaya menawan perairan Melaka dengan menguasai perniagaan bijih timah dan rempah ratus.
Belanda cuba memonopoli perdagangan membeli dan menjual bijih timah di Perak dengan mempengaruhi Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Syah tetapi hasrat tersebut ditolak. 

Belanda mengambil langkah dengan menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul alam Safiatuddin yang menyebabkan Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda membina lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Ini menimbulkna rasa tidak puas hati gulongan bangsawan Perak. 


Penentangan


 

Pada tahun 1651, penentangan timbul apabila Temenggong dan orang Perak menyerang dan memusnahkan loji Belanda dan ini menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan Perak.
Pada tahun 1655, Belanda menghantar wakil untuk memperbahurui perjanjian bagi menuntut gantirugi tetapi Perak tidak mematuhi perjanjian tersebut dan menyebabkan Perak dikepong oleh Belanda.
Akhirnya orang Perak, bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.




Kesan Penentangan 

Pada tahun 1670, Belanda datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda
Pembinaan Kota Kayu tersebut telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan Kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam.


Sumber : Muzium Pangkor


Wednesday, 18 March 2015

Aktiviti Diriku 16/3/2015 - Kellie's Castle, Batu gajah, Perak

16/3/2015 - ISNIN


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku singgah di Kellie's Castle.  Aku menghabiskan masa 2 jam meneroka dan menghayati tempat ini.   Berikut adalah petikan dari nota keterangan yang dipamerkan di tempat tersebut:-


Sejarah Istana Kellie (Sir William Kellie Smith)

William Kelie Smith di lahirklan pada 1 Mac 1870 di Dallas, Scotland dan berhijrah ke Malaya ketika itu berumur 20 tahun untuk mencuba nasib di sini. Pada tahun 1905 beliau mendirikan Rumah Kellas, dan pada 1909 batu asas kedua untuk istana ini di dirikan atas dasar kasih sayang beliau pada isterinya.



Di katakan beliau menggunakan khidmat pekerja dari Madras seramai 70 orang dan bahan binaan utama seperti batu-bata dan juga marmar di import dari Italy. Banyak tragedi berlaku ketika pembinaan istana ini dan ramai pekerja binaan terkorban akibat penyakit ganjil ketika itu dan memaksa beliau mendapatkan pandangan alternatif dari segi spiritual. Mengikut nasihat dan kepercayaan dari ilmuan India, Tuan Kellie mesti membina sebuah kuil untuk mententeramkan tuhan mereka.


Menurut dari pembacaan saya di beberapa artikel internet, penyakit misteri yang di maksudkan itu adalah "Spanish Flu" dimana flu ini dengan mudah merebak dari Europe ke benua Asia. Tuan Kellie meghabiskan banyak wang ringgit dan kekayaannya untuk pembinaan rumah ini namun tidak juga berjaya di siapkan kerana perang dunia pertama meletus dan memperlahankan proses pembinaannya.

Istana ini mempunyai menara setinggi 6 tingkat dan mempunyai acra Moorish yang banyak dan mempunyai seni ukir Greco Roman. Pada tahun 1926 Tuan William Smith Kellie pergi ke Lisbon Portugal untuk lawatan singkat ke sana namun dia meninggal dunia akibat radang paru-paru. Isteri beliau di Malaya sangat sedih dan kecewa lalu dia berhasrta untuk balik semula ke Scotland dan menjual bangunan ini kepada sebuah syarikat British bernama Harrisons and Crossfield. Istana ini tidak siap hinggalah ke hari ini dan ada lagenda mengatakan roh hantu tuan Kellie sentiasa berlegar di beberapa tempat di istana ini. Selain itu trerdapat leganda mengatakan terdapat terowong rahsia yang menghubingi kuil yang berhampiran dengan istana ini.


Hal ini diperkukuhkan lagi dengan berita penemuan terowong pada Jun 2003 ketika projek pembesaran jalan di lakukan di sepanjang 6 kilometer Gopeng-Batu Gajah, pekerja pembinaan secara tidak sengaja tergali sebahagian terowong yang dipercayai menghala ke kuil Hindu berhampiran. Ia dijumpai ketika pekerja excavator tergali struktur kayu bawah tanah, pihak muzeum ketika itu tidak memberikan apa-apa pengesahan namun berjanji akan melakukan siasatan lanjut.

Sejarah bagaimana Tuan Kellie berjaya di sini adalah ketika beliau berhijrah ke Malaya di usia 20 tahun itu, beliau berjumpa dan berkenalan rapat dengan kontraktor bernama Alma Baker di Pulau Pinang, Alma baker adalah kontraktor ladang di Kinta dan Tuan Kellie membantu beliau membina jalan awam di Selatan Perak, serta menjadi rakan kongsi Alma Baker dan membeli 960 ekar tanah di Daerah Kinta untuk menanam pokok getah, kemudian estet itu dinamakan sebagai Kinta Kellas. Selain itu Tuan Kellies juga dikatakan menceburi perniagaan di bidang pengalian bijih timah dengan tertubuhnya lombong bijih timah dan syarikat Kinta Kellas Dredging Company.


Dikatakan bahawa William Kellie Smith membuat lawatan singkat ke Britian dulu, dan sebab lawatan ini tidak di ketahui dengan kukuh namun ada mengatakan ia menghadiri reunion singkat dengan isteri dan anak-anaknya. Anthony telah dihantar pulang ke kampung halaman untuk menyambung pelajarannya di sana dan Agnes (isteri Tuan Kellie) menemaninya. Sekembalinya ke Europe, Tuan Kellie membuat detour ke Lisbon, Portugal untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu namun dia tidak berjaya pulang ke Malaya kerana meninggal dunia akubat penyakit radang paru-paru. Pada December 1926 William Kellie Smith di kebumikan dia British Cemerety dan isteri beliau Agens menjual semua share dalam syarikat dan juga semua ladang yang ada, hingga kini dia tidak lagi datang ke Malaya.


Anthony Kellie Smith terbunuh ketika perang dunia kedua dan Helen tidak pernah lagi kembali ke sini.