Monday, 30 March 2015

Aktiviti Diriku 27/8/2015 - TUBA

27/3/2015 - SABTU


Semua pelajar yang tinggal berdekatan dengan UKM digalakkan untuk balik ke rumah pada hujung minggu ini kerana krisis air masih lagi belum dapat diselesaikan.  Hari ini, aku dan Ong Jing Kai bertolak dari rumah ke Kolej PERMATApintar Negara pada jam 7.00 pagi dan sampai ke Kolej jam 7.35 pagi.   Aku bergegas naik ke bilik untuk menukar kasut dan mengambil sarapan pagi.  Alhamdullilah, aku dan Jing Kai dapat sampai ke Auditorium sebelum jam 8.00 pagi.   Kami telah diarahkan untuk memakai pakaian t-shirt berwarna merah.  Program TUBA amat meyeronokkan terutama sesi bersama facilitator En Badrol Sani.




Pasa sebelah petang aku driving range, golf UKM untuk kelas golf bagi kokurikulum dan balik ke rumah sebaik sahaja kelas selesai.  Dalam perjalanan balik, aku singgah di pasar malam Seksyen 16 Bangi untuk membeli makanan untuk makanan malam.


28/3/2015 - AHAD

Hujung minggu di rumah, apa lagi lepas sembahyang subuh sambung tidur hiingga 11 pagi.  Ibuku outstation pada minggu ini yang tinggal di rumah hanyalan ayah dan adik lelaki Ryan.  Ayah sediakan sarapan yang sedap dan enak iaitu speghetti goreng bersama egg in the basket dan untuk makan tengahari ayah masakkan sup kaki ayam bersama ikan goreng.


Sementara menunggu ayah meyediakan makanan tengahari aku dan Jing Kai berlatih untuk persembahan Gruadation Day for Batch Prodigy . Aku dan Jing Kai telah memilih 3 buah lagu iaitu Minute in G, Your Raised Me up dan Ferry Tale.


Pada sebelah petang aku emnonton siaran secara langsuang Persemadian LEE KUAN YEW, Mantan Perdana Menteri Singapura yang pertama.  Tersentuh hati mendengar eulogy yang diisampaikan ioleh orang yang berdamping dekat dengan mendiang. 



Aku balik ke PERMATA jam 5 petang dan dalam perjalanan balik singgah di Bangi Gateway untuk membeli baju sukan berwarna kuning (TOPAZ)  untuk acara merentas desa pada esok hari.

No comments: