Thursday, 19 March 2015

Aktiviti Diriku 16/3/2015 - Kota Belanda di Pulau Pangkor

16/3/2015 - Ahad

Semasa menjelajah menyusuri Pulau Pangkor, aku singgah sebentar di Kota Belanda.  Sesuatu yang baru aku tahu bahawa selain Melaka pernah dijajah oleh Belanda; Pulau Pangkor juga pernah didatangi oleh Belanda atas tujuan bijih timah.  Ini adalah kesan keapada Revolusi Perindustrian di Eropah yang menyebabkan kuasa-kuasa Eropah meneroka dan menjajah untuk mendapatkan bahan mentah bagi meyokong permintaan kilang-kilang di negara masing-masing.
 Ayah telah menerangkan secara terperinci tentang penjajah Belanda di Pangkor dan bagaimana rakyat tempatan telah menyerang Kota Belanda sehingga Belanda berundur ke Melaka semula.
 

Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota in pada tahun 1690. Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya disini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut, ia tidak digunakan lagi.





Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah akta bendapurba 1976 dlaam seksyen No. 242, warta kerajaan Negeri Perak bertarikh 21 Mac 1978. 


Belanda Di Perak

Sejarah awal kedatangan orang Belanda di negeri Perak bermula pada tahun 1641 setelah Belanda berjaya menawan perairan Melaka dengan menguasai perniagaan bijih timah dan rempah ratus.
Belanda cuba memonopoli perdagangan membeli dan menjual bijih timah di Perak dengan mempengaruhi Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Syah tetapi hasrat tersebut ditolak. 

Belanda mengambil langkah dengan menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul alam Safiatuddin yang menyebabkan Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda membina lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Ini menimbulkna rasa tidak puas hati gulongan bangsawan Perak. 


Penentangan


 

Pada tahun 1651, penentangan timbul apabila Temenggong dan orang Perak menyerang dan memusnahkan loji Belanda dan ini menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan Perak.
Pada tahun 1655, Belanda menghantar wakil untuk memperbahurui perjanjian bagi menuntut gantirugi tetapi Perak tidak mematuhi perjanjian tersebut dan menyebabkan Perak dikepong oleh Belanda.
Akhirnya orang Perak, bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.




Kesan Penentangan 

Pada tahun 1670, Belanda datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda
Pembinaan Kota Kayu tersebut telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan Kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam.


Sumber : Muzium Pangkor


No comments: