Tuesday 24 March 2015

Aktiviti Diriku 23/3/2015 hingga 29/3/2015

23/3/2015 - ISNIN - Hari Pertama Persekolahan

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti pertengahan semester pertama. Masih lagi dalam monday blues. Rasa liat nak bangun hari ini.   Hari ini juga hari bersejarah bagi rakyat Negeri Johor kerana Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.  Semua media sosial sedang trending gambar-gambar kemahkotaan tersebut. Istiadat ini kali terakhir telah diadakan adalah 60 tahun yang lepas.  Oleh kerana ayah saya berasal dari Johor, dan kami adalah berketurunan Bugis dari silah Daing Fatimah maka pemahkotaan juga dibualkan oleh ayah saya kepada saya  untuk melihat gambar-gambar semasa istiadat itu berlangsung.









No comments: