Salam Jumaat semua. kami sekeluarga mulakan hari ini dengan membaca surah Al-Kahfi setelah solat subuh. Seperti dua hari yang lalu, ayahku membawa aku ke firma guamannya disebabkan Atuk Mama agak tertekan dan sibuk melayan kunjungan saudara-mara yang datang ziarah melihat Atuk Abah yang baru sahaja keluar hospital kerana serangan jantung. Atuk Abah memerlukan suasana yang tenang dan aman; oleh itu buat sementara waktu, cucu-cucu tidak digalakkan datang kerana bunyi yang bising akan menambah tekanan kepada Atuk Abah; tambahan pula jika kami datang, akan menambahkan kerja Atuk Mama untuk menyediakan makanan untuk kami dan membuat kerja-kerja tambahan bagi menyelia kami terutama untuk membersihkan rumah.
Sebelum sembahyang Jumaat, aku ke Kolej PERMATApintar untuk menghantar semua pakaian dan buku-buku serta membersihkan bilik dan menyimpan stok air, susu, biskut serta maggi cup. Ayahku menghabiskan masa 2 jam membantu mengemas dan meyusun semula almari pakaian, buku-buku di rak, polish kasut dan menukar comforter katil serta mengemas bilik. Bermula semester 2015, 20% markah subjek Self Development datang dari kebersihan bilik. Tambahan pula, pada hari-hari pembelajaran, ibubapa tidak dibenarkan masuk ke bilik pelajar.
Pada Jumaat kali ini, kami sekeluarga bersembahyang di Mesjid al-Azim, Pandan Indah. Khutbah pada minggu ini berkisar pejuangan Islam dan menegakkan hukum Allah SWT. Kami makan tengahari di sekitar masjid. Aku dapati, ramai umat islam masih lagi menjamu selera walaupun Khutbah Jumaat telah bermula dan kebanyakkan peniaga menjual makanan dengan harga yang mahal dan kurang menjaga kebersihan terutama kebersihan makanan dan kebersihan diri. Pihak Mesjid perlu memantau kerana kebersihan adalah tuntutan agama Islam.
Pada sebelah petang, aku mengikuti kelas tambahan dengan Kak Inderjit bagi subjek Liner Algebra dan Biology. Hari ini, kami belanja Kak Inderjit dengan doughnut dari Dunkin Doughnut sebagai tanda gembira atas keputusan SPM, telah mendapat tempat belajar di USA dan wish her good luck for scholarships application dari PETRONAS atau KHAZANAH dan semoga permohonan ke HAVARD UNIVERSITY diterima. Sukar nak belanja Kak Inder ni, kerana dia seorang vegetarian.
Pada sebelah malam kami meraikan harijadi adik kesayangan ku RYAN ZEFFERY AZMAN ke-11 tahun dengan makan di sebuah restoran bernama SWADEE WESTERN FOOD RESTAURANT di Ampang. Pada penghujung malam minggu, aku menghabiskan masa dengan bermain Minecraft dan games yang lain sebelum melabuhkan hari dengan Selamat Malam Hujung Minggu Terakhir Di Rumah sebelum balik ke UKM pada hari Ahad ini.
No comments:
Post a Comment