Thursday, 19 March 2015

Aktiviti Diriku 17/3/2015 - Menyusuri Segenap Pelusuk Pulau Pangkor

17/3/2015 - ISNIN

Selepas penat berenang, snorkeling, Island Hoping dan makan-makan di Pangkor, aku dan keluarga menyusuri dan mengeliling Pulau Pangkor.  Kami menyewa sebuah teksi dengan bayaran RM80.00; yang peliknya semua teksi di Pangkor adalah sebuah van bukannya kereta dan berwarna merah jambu (pink).

                                                                Teksi Van Pangkor



Tempat pertama kami singgah adalah kedai jualan makanan berasaskan laut iaitu Kilang Satay Eng Seng Pangkor.  Hampir semua perusahaan laut di Pangkor adalah diusahakan oleh penguasaha cina


Bau dari sotong kering, ikan masin dan satay ikan agak menjengkelkan dan tidak banyak dibeli kecuali keropok udang dan ikan bilis mata biru.


Seterusnya, kami meneruskan penerokan Pangkor dengan berhenti di sebuah Tokong Cina.  Wah ada pelbagai replika dipamerkan malahan ada replika Tembok Besar Cina.










Setelah penat memahami budaya Cina kami singgah sebentar di kedai cenderamata.  Kami sekeluarga adalah pengumpul fridge magnet





Selamat tinggal Pulau Pangkor. Banyak pengalaman pengetahuan aku perolehi terutama tentang  bahan sejarah  dan tentang penyu.  Lima tahun yang lepas, aku datang hanya untuk mandi-manda dan menikmati keindahan Pulau ini sahaja.  Setelah belajar di Koleh PERMATApintar Negara banyak mengajarku untuk TEROKA dan BITARA.








No comments: