Monday 30 March 2015

Aktiviti Diriku 26/3/2015 - KANGROO MATHS TEST

26/3/2015 - KHAMIS

Hari ini dijalankan pertandingan Kangroo Maths 2015.  Tahun lepas aku memasuki pertandingan ini juga, tetapi di bawah Kategori Benjamin. Aku bertekad dan berusaha untuk mendapatkan pingat emas pada tahun ini.  Aku sudah menjangkau umur 13 tahun pada tahun ini


dan diletakkan di bawah Kategori Cadet.  Pada tahun lepas hanya mencapai 'Honorable to Mention"  sahaja.   Aku telah cuba membuat latihan sendiri dengan mencuba soalan-soalan tahun lepas.  Peperiksaan diadakan di Dewan Serbaguna bermula 10 pagi hingga 12 tengahari.  Inshallah, soalan pada tahun ini tidak sesukar tahun lepas.


25/3/2015 - RABU

Masalah ketiadaan air di Kolej PERMATApintar Negara tiada kesudahaanya.  Setiap tahun terutama pada bulan Mac dan April, kami terpaksa menghadapi krisis air yang teruk.  Sakit tangan dan membuang masa untuk mencari dan mengangkut air.  Air yang dibekalkan dalam 2 tong hitam tidak mencukupi.  Tambahan pula bilangan pelajar telah bertambah tetapi tiada penambahan bilangan tong hitam yang mencakupi untuk menakung air dari lori tangki yang  menghantar air 2 kali sehari.

                                               Pelajar-pelajar UKM melakukan demonstrasi

No comments: