Wednesday 15 April 2015

Aktiviti DiriKu 13/4/2015 - SUKAN KOLEJ PERMATA PINTAR

13/4/2015 - ISNIN

Kali pertama Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sukan tahunan kolej.  Memandangkan pada tahun ini Kompleks Sukan Pusat PERMATApintar Negara telah siap sepenuhnya, maka acara sukan telah dapat diadakan dengan jayanya.  Kami semua terlibat secara langsung dari latihan pembarisan kepada mengambil acara ataupun menjadi ahli sorak sorai. Aku memasuki acara tarik tali pada hari tersebut. Pasukan Topaz mendapat tempat ke-3.   Pada sebelah malam, acara kemuncak diadakan dengan letusan bunga api dari tengah padang Mini Stadium Pusat PERMATApintar Negara.  Rumah sukan TOPAZ menduduki tempat ke-3 keseluruhan. 







No comments: