Monday, 6 April 2015

1/4/2015 - GST

1/4/2015 -RABU

Hari ini adalah hari pertama pelaksanaan GST di Malaysia.  Aku melihat dan menonton di televesyen yang menunjukkkan banyak pihak telah menentang pelaksnaan GST di negara kita.  Ayah telah menerangkan kepada ku bahawa kerajaan yang memerintah perlu mengunakan duit cukai yang dikutip dari rakyat dan syarikat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara semada untuk menampung belanja mengurus atau belaja untuk infrastruktur baru seperti membina jalanraya, sekolah, hospital serta membayar gaji pekerja di perkhidmatan awam.

Kerajaan melalui Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah badan pengutip cukai yang ditauliahkan untuk mengutip cukai melalui cukai pendapatan dari individu atau syarikat yang dikenakankan cukai atau melalui kekayaan seperti Cukai Keuntungan Hartanah bagi yang melupuskan harta kurang 5 tahun atau cukai melalui perbelanjaan iaitu GST.

Aku berpendapat pelaksanaan GST akan menyempitkan kehidupan rakyat terutama golongan sederhana atau bawahan keran banyak barang-baarang kegunaan harian dikenakan GST seperti semua barang 'toiletries", makanan ynag diproses seperti cendawan, sardin dan sebagainya.  Ayah menyatakan bahawa GST tidak akan mencapai sasaran dan memberi faedah jika terdapat kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan. 




No comments: