Fenomena Gerhana Bulan Penuh telah berlaku pada 4 April 2015.
Namun, sekali lagi bagi kita di Semenanjung Malaysia, akan terlepas fasa-fasa awal gerhana tersebut tetapi mereka yang menetap di Timur Sabah, lebih bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.
Didapati sebahagian besar Asia dan benua Amerika telah dapat menyaksikan gerhana kali ini.
Gerhana bulan penuh telah disaksikan di seluruh Malaysia bermula pada pukul 8.03 malam Sabtu waktu tempatan. Berikut adalah foto gerhana bulan penuh yang berlaku bermula pada pukul 5.03 petang, 8.02 malam (kemuncak) dan berakhir pada pukul 10.59 malam Sabtu 4 April 2015.
Aku bernasib baik kerana semasa gerhana bulan berlaku jatuh pada hari balik bermalam. Aku dan keluarga telah bersembahyang sunat gerhana selepas waktu Maghrib yang diimamkan oleh ayahku.
No comments:
Post a Comment