Tuesday, 7 April 2015

11/4/2015 - ATUK ABAH SAKIT JANTUNG

 11/4/2015 - JUMAAT & 12/4/2015 - SABTU

Hari yang sangat mendebarkan dalam hidupku.  Dari masa ke semasa aku melihat whatapp dari ibuku yang menemankan atuk abah ke Hospital Serdang untuk dibuat angioplasti ke atas jantungnya.  Pakar kardiologi mengesahkan ada 3 salur darah tersumbat di jantung atuk abah.


Pada hari Sabtu, aku menziarahi atuk abah di wad.  Kesian melihatnya terbaring di atas katil.  Dia memberitahu semasa doktor memasukkan wire ke dalam salur darah melalui tangan, sungguh memenat dan meyakitkan kerana tidak dibius.  Malahan semasa jururawat mengarahkan atuk abah menanggalkan pakaian dan merasa bahagian sulitnya, dia hampir menangis kerana malu dan auratnya terdedah.  


Angioplasti koronari  adalah di mana prosedur satu kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan. Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan.Kos rawatan adalah sebanyak RM24 ribu.

Sabar Atuk Abah.

No comments: