Wednesday, 15 April 2015

Berita Terkini Budak Mati Jatuh Di Kenanga Wholesale City, Pudu, KL

4/4/2015 - SABTU

Seorang budak mati jatuh di Kenanga Wholesale City Mall pada 3 April 2015. Menerusi laman sosial, kini tersebar foto seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun maut jatuh dari tingkat 5 susulan tergelincir dari eskalator pusat beli belah terbabit. Difahamkan, insiden dipercayai kira-kira pada pukul 3.00 petang Jumaat ketika kanak-kanak malang berkenaan terlebih dulu bermain di kawasan sekitar eskalator sebelum terjatuh dari ketinggian lima tingkat. Mangsa maut serta merta susulan mengalami kecederaan parah dibahagian kepala.

Dari gambar CC TV yang diperolehi dari pihak Kompleks beli-belah didapati ibu kanak malang tersebut sedang mengunakan telefon bimbit dan berdiri hampir dengan eskalator manakala kedua-dua anaknya bermain ditepi eskalator tanpa pengawasan sama sekali.


Ibu saudaraku (Mak Long) yang menetap di Kg Jorak, Bukit Pasir, Muar, Johor memaklumkan kepada ayah bahawa budak perempuan malang tersebut adalah cucu kepada En Yaakob yang menetap di kampung bersebelahan dengan kampung Mak Long.  Budak malang tersebut telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Jorak yang terletak lebih kurang 100 meter dari rumah Mak Long. Al-Fateha.


Pengajaran yang boleh dibuat dari kejadian ini ialah sentiasa mengawasi anak-anak di mana jua mereka berada.  Jika perlu mengunakan telefon di kompleks beli-belah atau mana-mana jua, pastikan jauh dari tempat yang boleh mengundang kecelakaan. 

Sumber: Berita Terkini Budak Mati Jatuh Di Kenanga Wholesale City | melvister.com

No comments: