Sunday 21 August 2016

LATIHAN TATABAHASA

a. Tulis ayat berdasarkan perkataan.

i)  [Teras]
Perpaduan merupakan teras kejayaan dalam sesebuah komuniti.

ii) [Terap]
Amalan membaca perlu kita terap dalam diri sendiri.

iii) [Keras]
Kepala adik sakit kerana terhantuk dinding yang keras itu.

iv) [Kebas]
Kaki nenek menjadi kebas kerana duduk terlalu lama di dalam majlis kenduri tersebut.

v) [Salut]
Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng salut tepung.

vi) [Selut]
Tudung ibu diselaputi selut kerana terjatuh ke dalam sawah padi.

b. Ayat majmuk kepada ayat tunggal

i)   -Orang ramai tidak mandi di sungai tersebut
      -Arus sungai tersebut deras

ii)  -Saya berbasikal ke sekolah setiap hari
      -Adik berbasikal ke sekolah setiap hari

iii) -Badannya bersaiz besar
      -Dia cergas melakukan aktiviti hariannya

c. Kesalahan ejaan dan imbuhan

i)    kesah- kisah
      mengikutkan- mengikut

ii)  Ramadhan- Ramadan
      menjalankan- menjalani

iii) Cendikiawan- cendekiawan
      bincang- membincangkan

d. Kesalahan istilah dan tatabahasa

i)    kabur- keruh
      dalam- di dalam

ii)   masa ke semasa- masa ke masa
      bencana- kemalangan

iii) siapa- sesiapa
      kedudukan- maruah

No comments: