Keputusan peperiksaan Bil. 1/2016 telah dipamerkan. Ah! Berbaur rasanya dengan pencapaian diriku. Saya berharap dapat ditingkatkan di masa-masa hadapan.
Masa berlalu dengan pantas apabila banyak aktiviti dan assignmen yang perlu disiapkan. Banyak keadaan masa bergerak terasa perlahan. Sekarang, saya dalam Foundation 3, malahan, batch kamilah yang paling senior dari kalangan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara, UKM. Batch kami masih lagi memakai tali leher UKM berwarna biru, sedangkan pelajar-pelajar lain memakai tali leher berwarna merah. Walau bagaimanapun, dua orang pelajar dari batch kami telah dinaikkan (acceleration) ke Tahap 1 (Level 1), iaitu Ong Jing Kai dan Nurfariha.
Saya amat sedih apabila rakan sekelas saya, Hairul Hafiz, membuat keputusan berhenti belajar di Kolej PERMATApintar Negara, iaitu bertukar ke sekolah harian berdekatan dengan rumahnya di Pontian, Johor. Jika dia membaca blog ini, saya memohon maaf jika terkasar bahasa, dan halalkan makan dan minum sepanjang persahabatan kita di Kolej PERMATApintar ini. Perjuangan harus diteruskan. Pelbagai medium persekolahan untuk mencapai satu matlamat, iaitu mengejar cita-cita untuk ke menara gading.
Masalah air datang kembali. Tiga tahun belajar di sini, satu masalah yang besar apabila tiada bekalan air. Masalah ini berlaku setiap tahun terutamanya antara Mac dan Mei. Nasib baiklah pada tahun ini, bilik saya di Blok C. Pada kebiasaannya, Blok C adalah blok yang terakhir jika berlaku krisis air.
Pada masa sekarang, sedang berlangsung Bengkel IMO ke-4. Saya mengucapkan syabas dan selamat berjuang kepada semua rakan saya yang berjaya ke BIMO-4, terutama Hafizudeen, yang merupakan calon tunggal daripada PERMATApintar yang melepasi ke tahap ini. Saya bertekad untuk mencuba lagi dalam pertandingan IMO pada tahun hadapan, yang mana pemilihan akan bermula pada bulan Oktober atau November 2016 dengan dimulakan dengan ujian OMK.
Sesuatu yang menarik untuk suku pertama tahun ini adalah, saya berpeluang mempersembahkan ghazal sebanyak 2 kali, yang mana seni ini amat baru pada saya. Saya diarahkan untuk bermain alat harmonium. Pada kebiasaannya, saya mempersembahkan persembahan piano sama ada secara solo atau berduo dengan Jing Kai.
Saya juga diberi peluang untuk accelerate dalam subjek Additional Mathematics. Pada masa yang sama, saya juga bersama dengan Jing Kai accelerate dalam Mathematics Level 2. Dalam masa terdekat, saya telah memasuki pelbagai pertandingan, iaitu Kangaroo Maths, SASMO, IMO dan yang akan datang, Purple Comet dan ASMO.
Saya berharap sesuatu kejayaan dapat dicapai dalam tahun ini. Sekian.
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment