Permulaan pada hari pertama dalam minggu yang baru. Masih lagi dalam minggu peperiksaan. Hari ini genap setahun kehilangan MH370. Setahun cepat berlalu. Sehingga kini, masih lagi mencari-cari MH370. Pelbagai teori dikemukakan tetapi tiada suatu pun yang dapat merungkai dan menyelesaikan misteri kehilangan MH370. Perhubungan terakhir ialah di Igari dengan ucapan "GOOD NIGHT MALAYSIA". Seterusnya transponder ditutup dan ACRES juga ditutup.....
Bahagia sekali menghabiskan hujung minggu di rumah. Ah...eh..petang ni perlu balik semula ke PERMATApintar. Ibuku masakkan nasi lemak untuk sarapan pagi, apalagi 2 pinggan disapu habis. Disebelah pagi dan tengahari dihabiskan mengulangkaji subjek Pengajian Agama Islam (PAI) dan Kimia. Kemudian Additional Mathematics. Miss Sue membenarkan aku mengambil subjek Add Maths bagi level 1 pada hari Rabu 11/3/2015, sebaik sahaja semua subjek Foundation 2 selesai. Aku akan cuba untuk mengambilnya pada hari Selasa iaitu selepas kertas Muzik memandangkan terdapat kelapangan masa sebelum makan tengahari.
No comments:
Post a Comment