Saturday, 7 March 2015

Aktiviti Diriku 2/3/2015 hingga 7/3/2015

2/3/2015 - ISNIN

Minggu peperiksaan bermula.  Seperti biasa, hari Isnin dimulakan dengan Perhimpunan Mingguan.  Tiada yang menarik bila masuk minggu peperiksaan.   Pada sebelah petang, kelas bahasa Perancis dibatalkan dan dibuat kelas gantian pada sebelah malam.

Malasnya nak pergi kelas pada waktu malam.  Alamak ada satu lagi kelas ganti pada sebelah malam, kelas muzik, bertembung pulak tu.  Aku hanya ingat kelas ganti muzik sahaja dan terlupa kelas ganti Bahasa Perancis.  Sampai ke kelas Muzik, kelas dibatalkan ..ha..ha.. aku terus balik, dan pada jam 9.15 pm semasa dibilik baru teringat.   Aku menghabiskan malam Selasa ini dengan membaca novel-novel yang dibeli semasa Big Bad Wolf.


  
4/3/2015 - RABU

Hari ini dilalui dengan rasa rindu kepada keluargaku terutama dengan adik dan nenek.  Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penyanyang dan sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaanku.



5/3/2015 - KHAMIS

Hari pertama peperiksaan.  Subjek yang pertama adalah matematik.  Aku dan Jing Kai telah dibenarkan oleh Cik Suzaina untuk mengambil kertas Matematik Leval 1.  Kami masuk ke Auditorium pada jam, 8.30 pagi manakala semua pelajar Foundation 2, kertas Matematik mereka hanya bermula pada jam 9.00 pagi.   Alhamdullilah semuanya ok.

Seterusnya subjek Sejarah. Pada kali ini agak mudah, memandangkan semua soalan dalam bentuk objektif.  Walau bagaimanapun, bagi subjek Bahasa Inggeris terdapat kesilapan dalam arahan masa sepatutnya 1.5 jam tetapi arahan yang diberi 1 jam sahaja.  Terkial-kial nak menjawab semua soalan dalam masa 1 jam.  Aku agak terkilan kerana hanya berjaya menjawab soalan bahagian essay terlalu pendik.  Takut juga tak dpat gred yang baik kerana subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang banyak membantu CGPA aku.   Nasib baik, Pn Zaza sedar kesilapan tersebut dan bahagian essay telah diarah untuk diambil peperiksaan semula pada jam 4.00 petang pada hari Jumaat selepas subjek Bahasa Malaysia.  

Pada sebelah malam, aku meneruskan ulangkaji bagi subjek-subjek untuk hari Jumaat iaitu Fizik, Biologi dan Bahasa Malaysia.


6/3/2015 - JUMAAT

Hari Jumaat penghulu kepada semua hari.  Umat Islam digalakkkan mengikut sunnah Rasullulah untuk membaca surah Al-Kahfi.  Memandangkan hari ini masih lagi sibuk dengan mengulangkaji untuk peperiksaan, sunnah tersebut tak sempat hendak dilakukan. 

Biologi bukan subjek kegemaranku, terpaksalah berusaha lebih.  Fizik tiada masalah.  Aku menghabiskan masa sebelum sembahyang Jumaat membaca nota Bahasa Malaysia. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Bertawakal dan berdoa semoga peperiksaan kali ini akan membuat aku tersenyum.

Ayah datang untuk sembahyang Jumaat bersama.  Memandangkan ayah telah membuat permohonan kepada Dr Rorlinda untuk membawa aku balik bermalam pada hujung minggu maka dia terpaksa menunggu aku sehingga habis pepriksaan Bahasa Inggeris untuk balik ke rumah.  Kesian dia.

Sebaik sahaja sampai ke Ampang, kami singgah di Pandan Capital, Pandan Indah untuk ke kedai membaiki komputer.  Komputer aku crash kerana cooling system rosak.  Alang-alang dah hantar untuk repair aku minta upgrade ke Window 8 dan memasukkan applikasi yang sewajarnya.






Ibu telah memasak salah satu makanan kegemaranku iatu ayam masak kicap dan tart..wow..apalagi aku makan 2 pinggan pada malam ini. Pada sebelah malam, aku menghabiskan dengan membaca subjek-subjek minggu hadapan sambil menonton tv.   Tak dapat concentrate memandangkan jiran masih lagi bemain mercun dan bunga api bagi menyambut hari terakhir bagi sambutan Tahun Baharu Cina iaitu Chap Go Meh.





7/3/2015 - SABTU

Ah..eh..seronoknya apabila menghabiskan hujung minggu di rumah.  Perpatah mengatakan "Rumahku Syurgaku". Selepas sembahyang subuh berjemaah yang diimamkan oleh ayahku, aku menyambung semula tidur dan hanya bangun pada jam 9.00 pagi.  Kami menonton movie bertajuk "Enemy of the State" yang dibintangi oleh pelakun kegemaran aku dan juga ayahku iaitu Will Smith sambil berserapan nasi goreng yang disediakan oleh ibuku.



Seterusnya, menyambung semula ulangkaji bagi subjek Kimia, Seni Persembahaan dan Pendidikan Agama Islam.   Bagi subjek seni persembahaan, setiap pelajar dikehendaki memilih sebuah negeri di Malaysia dan perlu membincangkan tentang seni tarian, muzik, busana dan makanan bagi negeri yang dipilihnya.  Aku memilih Negeri Johor kerana Johor adalah negeri asal ayahku.  Aku biasa dengan makanan, muzik, tarian dan busana Johor.



 Tarian Zapin


                                                                   Laksa Johor


                                                                  Ghazal


Baju Kurung Teluk Belanga

No comments: