Tuesday, 17 March 2015

Aktiviti Diriku 9/3/2015 hingga 11/3/2015

9/3/2015 - ISNIN

Masih lagi dalam minggu peperiksaan. Alhamdullilah tiga subjek pada hari ini agak meyakinkan iaitu Kimia, Pendidikan Agama Islam dan Seni Persembahaan.

Bagi subjek Seni Persembahaan, aku memilih Negeri Johor iaitu kajian berkaitan seni tari iaitu Zapin, Kuda Kepang dan Ghazal.  Manakala busana pula aku membicangkan asal-usul Baju Kurung Teluk Belanga dan makanan pula aku menulis tentang makanan kegemaran ku apabila balik ke Johor iaitu Mee Bandung, Beryani Gam, Asam Pedas, Mee Rebus Hj Wahid,Satay Jawa dan sebagainya.



10/3/2015 - SELASA

Pada hari ini 2 subjek aku lalui iaitu Muzik dan Bahasa Peranchis.  Aku tidak ada masalah dalam muzik, sememangnya aku telah belajar muzik semenjak aku berumur 4 tahun di Little Mozart, di One Utama kemudiannya di Yamaha di Bukit Jelutong dan seterusnya di Yamaha Ampang. Aku masih lagi bermain instrumen piano dan keyboard.

Pada sebelah petang aku membuat ulangkaji subjek Matematik Tambahan dan Pengajian Jasmani & Kesihatan.  Pada sebelah malam, selepas Isyak aku melepak dibilik Jing Kai sambil main games untuk menghilangkan tekanan. 


11/3/2015 - RABU (HARI TERAKHIR PEPERIKSAAN)

Pada hari ini, aku agak releks kerana hari terakhir minggu peperiksaan. Pada sebelah pagi adalah subjek PJK.  Oleh kerana, kertas PJK hanya bermula pada 10.30 pagi, aku mempunyai banyak masa untuk membaca nota-nota yang diberikan oleh Puan Azrina sebanyak 2 kali ulangan.  Alhamdullilah, aku merasakan dapat menjawab dengan apa yang disoalkan.

Pada sebelah petang kertas subjek terakhir iaitu Matematik Tambahan, Aku adalah calon tunggal bagi pelajar Foundation 2 mengambil subjek Matematik Tambahan. Aku belajar sendiri tanpa kelas dan tanpa tunjuk ajar dari mana-mana instruktor.   Peperiksaan diadakan di Dewan Serbaguna bersama pelaja Level 2.   Alhamdullilah, aku yakin dan tiada masalah menjawab semua soalan yang bagi subjek tersebut.

Yahooooooooo!!!!!!! Merdeka!!!!!! Merdeka!!!!!! Aku bebas dari peperiksaan. 

No comments: