Sunday, 1 March 2015

Aktiviti Diriku 23/2/2015 Hingga 28/2/2015

23/2/2015 - Isnin Hingga 28/2/2015 - Sabtu

Saya melalui minggu terakhir bulan FebruarI 2015 dengan amat memeritkan. Kesan dari Minggu Aspirasi, banyak instruktor membuat kelas ganti sehingga jam 11.30 malam. Saya terasa tidak sihat dan letih, tambahan pula sekarang musim panas akibat Akuinok iaitu bumi hampir kepada matahari. Suasana bilik amat tidak meyenangkan dan kalau boleh masa dihabiskan di Dewan Makan dan kelas kerana ada penghawa dingin.

Kebanyakkan masa dihabiskan dengan membaca dan membuat soalan-soalan peperiksaan SPM tahun lepas dan membuat persedian peperiksaan Pertama Tahun 2015.  Asssingmen yang tertunggak berjaya dihabiskan pada minggu ini.


28/2/2015 - Sabtu 

Saya berasa gembira kerana aktiviti PBSM pada sebelah pagi dibatalkan kerana Instruktor Luar tidak dapat hadir.  Alhamdullilah.  Pada sebelah pagi hampir sepenuh masa dihabiskan membuat "Lab Report" Kimia yang perlu dihantar pada minggu depan. 

Pada sebelah petang aktiviti sukan golf.  Sudah terlalu lama tidak memegang 'iron' golf.  Malu rasanya, kebanyakkan pukulan tidak mengena kepada bola.  Walau bagaimanapun, saya rasa gembira dan relaks.

No comments: