16/2/2015 - Isnin hingga 18/2/2015- Rabu
Rutin harian berjalan macam biasa. Assingment semakin menimbun. Pening-pening, terpaksa juga buat terutama melibatkan kerja berkumpulan.
18/2/2015 - Rabu
Ayah mengambil saya dari Asrama PERMATApintar pada jam 4.30 petang. Kuala Lumpur semakin lengang. Ramai kawan yang balik ke Utara, Selatan dan Pantai Timur terperangkap dalam kesesakan yang amat teruk. Saya sebagai warga kota Kuala Lumpur menjalani kehidupan di kota tanpa kesesakan lalu lintas dan berasa tenang dan aman.
Pada sebelah malam hampir keseluruhan masa dihabiskan dengan membuat assingment kimia. Wow, banyaknya. Tepat jam 12.01 malam suasana malam bertukar kepada zon perang. Bunyi mercun tanpa henti sehingga jam 3.00 pagi. Saya menetap di kawasan perumahaan yang mana majoriti adalah penduduk berbangsa cina. Apalagi, melambak Limau Mandrin dan kekacang yang diberikan oleh jiran. Kami sekeluarga menghabiskan waktu malan duduk di beranda rumah sambiil meyaksikan jiran membakar mercun dan bermain bunga api.
19/2/2015 - Khamis - Gong Xi Fa Chai
Saya bangun agak lewat kerana lewat tidur dan letupan mercun yang terlau kuat. Saya dikejutkan dengan bunyi tarian singa datang dari rumah jiran. Selepas mengisi perut dan membersihkan diri, apalagi menyambung semula assingment kimia dan dietruskan dengan peta minda Banaha Malaysia.
20/2/2015 - Jumaat - Gong Xi Fa Chai
Saya dan semua keluarga sebelah ayah mengadakan perkelahan di Taman Tasik Titiwangsa. Seronok betul. Banyak makanan yang dibawa dari rumah masing-masing. Ayah telah menyewa basikal. Apalagi, ronda-roda mengelilingi tasik beramai-ramai.
Pada sebelah petang dan malam, kami sekeluarga melepak di Padang Dataran Merdeka. Banyak tempak menarik disekeliling Dataran Merdeka. Terasa di Kota London pulak iatu melepak di Talfaqar Square melihat Sungai Thames; tetapi di KL ni melihat Sungai Gombak dan Sungai Kelang je.
21/2/2015- Sabtu & 22/2/2015 - Ahad
No comments:
Post a Comment