Sunday, 1 March 2015

Aktiviti Diriku 1/3/2015

1/3/2015 - Ahad

Masa berlalu amat pantas.  Minggu peperiksaan menjelma semula.  Tekanan, tekanan apabila melihat jadual peperiksaan yang mana dalam satu hari terdapat 3 subjek; malah pada hari Jumaat terdapat 3 subjek berat iaitu Kimia, Biologi dan Fizik.

Saya dapati, susunan jadual peperiksaan pada kali ini amat membebankan yang mana pada minggu pertama semua subjek yang berat manakala minggu kedua semua subjek yang agak ringan.

Ayah, Ibu dan adik datang ke asrama dengan membawa makanan dan membantu serta memberi tunjuk ajar terutama bagi subjek sejarah.  Pada sebelah petang masa dihabiskan dengan membuat ulangkaji subjek Biologi bersama dengan Ong Jing Kai.

Pada sebelah petang sepatutnya giliran pelajar lelaki pula untuk kelas renang.  Teringin untuk berenang di kolam renang yang baru siap dibina.   Walau bagaimanpun, kelas renang telah dibatalkan kerana keadaan air kolam yang tidak sihat untuk aktiviti renang.   

No comments: