Sunday, 1 March 2015

Aktiviti Diriku 18/1/2015 Hingga 27/1/2015

18/1/2015 - Ahad

Pendaftaran Pelajar Baharu Kolej PERMATApintar 2015 bagi Asas 1 dan Tahap 1. Pada tahun ini seramai lebih kurang 72 pelajar Asas 1 dan 88 pelajar Tahap 1 telah mendaftar.  Kami pelajar lama telah ditugaskan untuk membantu pelajar baharu pagi sesi pendaftaran dan kemasukan ke asrama. Saya dan Ong Jing Kai telah diarahkan untuk membuat persembahan semasa sesi pendaftaran dan perasmian Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu. Saya dan Ong Jing Kai telah membuat persembahan secara duet iaitu piano dan biola dan mempersembahkan 4 buah lagu.

Semasa persembahan dibuat, ramai ibubapa telah mengambil gambar dan saya agak gementar dan sedikit terganggu terutama pada lagu yang pertama. Alhamdullilah, persembahan telah berjalan dengan lancar. 


Saya telah mendapat rakan sebilik pelajar tahap 1, Abdul Rahim berumur 16 tahun yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Sebelum ini beliau belajar di Sekolah Integrasi Agama Jempol (INTERPOL).  Saya telah berbual-bual dan berkenalan. Saya dapati ayah beliau adalah bekas pegawai CIMB Bank tetapi telah tidak berkerja dan mengambil pencen ilat (PERKESO) kerana masalah saraf pengelihatan dan menyebabkan buta.  Ibu beliau tidak berkerja dan suri rumah sepenuh masa.  Saya dapati beliau tidak mempunyai cadar dan saya telah meminjamkan cadar simpanan saya. Saya juga telah menasihatkan beliau membuat permohonan zakat UKM dan menasihatkan beliau berhubungan dengan En Md Nor.

19/1/2015 hingga 22/1/2015

Suasana pagi di Dewan Makan amat sebuk kerana pertambahan pelajar baharu. Agak sukar untuk mengambil makanan dan terpaksa beratur panjang. Sekali-sekala, singgah di Dwewan Serbaguna untuk melihat bagaimana pelajar baharu menjalani orientasi.


23/1/2015 - Jumaat

Saya amat gembira kerana ayah telah dtang untuk bersembahyang Jumaat bersama-sama. Pada hari ini Kamal, Wan Karamie, Aqil, Musyid dan Nabil telah pergi bersama-sama.


Pada sebelah petang, pendaftaran untuk Bengkel ke-2 International Mathematics Olympiad (IMO). Saya adalah pelajar termuda untuk sesi IMO  2014/2015. Semasa pendaftaran saya telah bertembung dengan Prof. Datuk Noriah dan Prof. Datin Rahaya.  Kedua-dua mereka telah mengucapkan syabas dan memberi kata-kata semangat kepada saya untuk berusaha dengan gigih dan tekun dan berharap saya berjaya hingga ke Bengkel ke-4. 

Silibus IMO amatlah sukar dan menyamai tahap Matematik silibus Ijazah Pertama. Bengkel IMO terbahagi kepada 3 sesi dalam satu hari.  Sesi pagi adalah sesi kuliah, sesi petang pula adalah sesi ujian, manakala sesi malam adalah sesi penyelesain masalah.

24/1/2015 hingga 27/1/2015 - Bengkel IMO ke-2.

Saya terpaksa mengkorbankan cuti hujung minggu dengan menghadiri bengkel. Aduh, ini bukannya sesuatu yang senang bila melihat kawan-kawan yang lain dibenarkan 'outing' pada hujung minggu. Silibus pada Bengkel ke-2 bertambah sukar dan memenatkan.

Akhirnya pada 27/1/2015 adalah hari terakhir dan sesi penyampian sijil.  Saya berbangga dengan pencapaian diri sendiri dalam matematik dengan tahap umur 13 tahun. 

No comments: