13/1/2015 - Selasa
Hari pertama kelas bermula untuk tahun 2015. Oleh kerana jadual untuk Asas 2 belum disediakan kebanyakkan masa dihabiskan dengan aktiviti sendiri. Dalam minggu ini bermula dari 13/1/2015 hingga 15/1/2015 pada setiap sesi petang bermula "Program Re-Orentasi Pelajar Lama".
Sesi pertama pada 13/1/2015 adalah dikendalikan oleh Prof. Datuk Noriah, Pengarah PERMATApintar Negara. Prof. Noriah telah meyatakan visi dan matlamat Kolej PERMATApintar dan harapan yang disandarkan kepada pelajar-pelajar Kolej PEMATApintar. Saya amat berminat dengan kuliah sesi beliau. Beliau bercakap dengan mendalam dan mengunakan gaya bahasa yang amat mudah difahami.
Pada sebelah petang, meneruskan aktiviti mengemas bilik.
Pada sebelah petang, meneruskan aktiviti mengemas bilik.
14/1/2015 - Rabu
"Program Re-Orentasi Pelajar Lama" telah diteruskan untuk hari kedua yang dikendalikan oleh Ketua Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Kolej PERMATApintar, Dr. Rorlinda. Sesi pada kali ini lebih menumpukan pada pematuhan kepada Perturan Kolej PERMATApintar terutama berkaitan dengan asrama.
15/1/2015 - Khamis
"Program Re-Orentasi Pelajar Lama" diteruskan untuk hari ketiga yang lebih menumpukan kepada Aktiviti Ko-Korikulum untuk tahun 2015" Saya telah memilih Persatuan Bulan Sabit Merah sebagai kelab beruniform, Kelab Metamatik Olympiad sebagai kelab akademik dan renang sebagai kelab sukan. Walau bagamanapun, kelab renang telah dimansuhkan dan saya telah memilih kelab golf sebagai kelab sukan. Saya amat gembira pada kali ini Ong Jing Kai, sahabat rapat saya juga memilih kelab-kelab yang sama kecuali Kelab beruniform.
16/1/2015 - Jumaat
Ayah saya tidak dapat datang untuk berjuamat bersama-sama kerana dia ada kes di Mahkamah Kuala Lumpur.
17/1/2015 - Sabtu
"Outing" pertama untuk tahun 2015. Buat pertama kali hari 'outing' telah ditukar dari dari Ahad kepada hari Sabtu bagi memudahkan ibubapa bagi negeri-negeri bercuti pada hari Jumaat untuk datang melawat anak-anak mereka.
Apa lagi, ayah saya datang pada awal pagi untuk balik ke rumah..yahoooo, hati amat gembira dapat balik ke rumah walaupun hanya beberapa jam.
No comments:
Post a Comment