Sunday 1 March 2015

Aktiviti Diriku 28/1/2015 hingga 30/1/2015

28/1/2015 - Rabu

Saya telah masuk ke kelas seperti biasa setelah lebih kurang 5 hari meninggalkan kelas kerana mengikuti Bengkel IMO.   Hari ini, saya menghabiskan masa dengan melihat nota kawan bagi subjek yang tertinggal.

29/1/2015 - Khamis

Suasana Kolej PERMATApintar agak sunyi kerana semua pelajar Tahap 2 telah mebuat Lawatan Sambil Belajar ke Melaka.   Wah, mereka menyatakan aktiviti 'explore race' telah dijalankan yang melibatkan subjek sejarah di Pandang Kota dan Melaka Hilir.  Harapan saya Pn Zaza juga hendaklah memberi peluang kepada kami untuk menjalani aktiviti yang lebih kurang sama.

30/1/2015 - Jumaat, 31/1/2015 - Sabtu & 1/2/2015 - Ahad  adalah Minggu Balik Bermalam

Saya senang hati bila ayah menjemput  saya balik ke rumah.  Apa lagi masi hujung minggu dihabiskan dengan menonton wayang, makan-makan dan berenang.  Hilang tekanan (stress).

No comments: