Sunday 1 March 2015

Aktiviti Diriku 9/2/2015 Hingga 14/2/2015

9/2/2015 - Isnin hingga 12/2/2015 Khamis

MINGGU ASPIRASI KREATIVITI PELAJAR

Semua kelas pada sesi petang pada minggu telah dibatalkan untuk memberi laluan kepada Minggu Aspirasi Kretiviti Pelajar anjuran Majlis Tertinggi Kolej (MTK) yang diketuai oleh Abang Ahmad Atif Shafiqi.

Saya telah mengambil bahagian dalam pertandingan Soduku tetapi kalah pada pusingan suku akhir. Saya dan Ong Jing Kai juga telah mengambil bahagian dalam Persembahan Muzik tetapi tak tahu apakah pencapaian kami.


Pada keseluruhannya Minggu Aspirasi telah berjalan dengan lancar tetapi terlalu padat dan kekurangan fokus kepada aktiviti yang hendak diketengahkan. 

12/2/2015 - Khamis & 13/2/2015 - Jumaat

Berita yang sedang 'trending' Tuan Guru Haji Nik Aziz Bin Nik Mat telah meninggal dunia di rumah beliau setelah sejam dibawa balik dari Pusat Perubatan USM.  Beliau telah disemadikan di sebelah ayahnya di Tanah perkuburan Islam, Pulau Melaka dengan dihadiri puluhan ribu orang. Al-Fateha kepada roh Tuan Guru.



 
14/2/2015 - Sabtu

Minggu 'outing'; apalagi balik rumah la.  "Home sweet home". Rumahku syurgaku". Dalam perjalanan ke UKM singgah sebentar di Kedai Buku Popular untuk membeli novel James Dashner, pengarang kegemaran saya.

No comments: