Ini adalah kali ke-3 aku dan keluarga ke Pulau Pangkor. Setiap tahun kami akan pergi melancong ke pulau. Kali terakhir kami ke Pulau Pangkor adalah 5 tahun yang lepas. Pulau-pulau di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia tidaklah sehebat dan secantik pulau-pulau di Pantau Timur iaitu di sekitar perairan Terengganu seperti Perhentian, Redang, Temenggol dan Kapas. Begitu juga di sekitar Tioman dan pulau-pulau di Perairan Mersing seperti Pulau Sibu dan Rawa. Setelah melawat hampir semua pulau di Malaysia, aku dan keluarga bersependapat bahawa pulau-pulau yang tercantik adalah di sekitar Perairan Barat Sabah iaitu Pulau Mabul, Mataking dan Sipadan.
Pada sebelah pagi, aku sekeluarga menghabiskan masa dengan berenang, snoorkling dan Island Hoping
Pulau Pangkor juga mempunyai hidupan laut yang cantik tetapi tempat melihat terumbu karang amatlah terhad kerana kebanyakkan telah pupus disebabkan oleh aktiviti manusia itu sendiri.
No comments:
Post a Comment