Monday 10 March 2014

Pantun Satu Malaysia

Pantun Satu Malaysia

Aman bahagia rakyat sejahtera
Rakyat sepakat dalam perpaduan
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia
Malaysia berada di puncak kejayaan

Negaraku sejahtera dalam keamanan
Berkat pemerintahan memahami kehendak rakyat
Bersatu hati dalam perpaduan
Kemerdekaan dihargai sepanjang hayat

Bersatu hati mengekalkan kemerdekaan
Pelbagai kaum saling menghormati
Kepentingan negara menjadi keutamaan
Memadamkan segala kedengkian di hati

Merdeka negara mesti dijaga
Akan sejahtera kita semua
Tutur kata seindah bahasa
Barulah negara aman sentosa

Sekapur sireh seulas pinang
Indah tersusun di dalam dulang
Perpaduan jitu berkasih saying
Negara maju rakyat terbilang

Petang nian indah sentiasa
Tiupan angin sungguh mendinginkan
Berbilang agama berbilang bangsa
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

Emas suasa terserlah indah
Dipakai gadis nampak ayu
Malaysiaku aman juga damai
Rakyat hidup bersatu padu

Sayang-sayang si anak dara
sayang lagi bawa ke hati
Ikatan bangsa dipelihara
Dari generasi ke generasi

Kalau memetik bunga di taman
Pilih yang cantik berbau harum
Kalau mendamba hidup yang aman
Pakat berpadu semua kaum

Siang hari makan kari
Makan bersama bunga kantan
Hidup bersatu teguh berdiri
Seluruh dunia jadi sebutan 

No comments: