Monday 10 March 2014

Pantun Ilmu

Pantun Ilmu

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Jika salah tolong tunjukkan

Anak kepiting di dalam bubu
Bubu terbyat dari bambu
Sungguh penting namanya ilmu
Merubah dunia menjadi maju

Kota Melaka indah tempatnya
Tempat menetsp pedagang Arab
Ingin bahagia hidup di dunia
Tuntut ilmu dunia akhirat

Bercabang satu si pohon lada
Buah mengkudu dibuat sirap
Isilah ilmu di dalam dada
Untuk bekal jalani hidup

Berbuah dua si pohon mangga
Masak sekerat di waktu fajar
Ilmu dunia janggan dibangga
Mahu selamat dunia akhirat

Anak kera memanjat kayu
Kayu berdahan hampir patah
Kalau saudara mencari ilmu
Jangan cepat menyerah kalah

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjung
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Minum dengan gelas kaca
Makan pula dengan pinggan
Pupuklah mibat suka membaca
Timba ilmu tambah pengetahuan

Budak-budak di atas meja
Ditepi sungai takut buaya
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

No comments: