Perjalanan alam kosmos itu memenuhi rumus matematik yang tertentu hingga peristiwa langit seperti gerhana, solstis, ekuinoks dan seumpamanya dapat dikira dengan tepat oleh ahli astrofizik. Sistem yang begitu bersistem itu tentulah ditadbir Yang Maha Pencipta yang menguasai seluruh alam.
Setiap objek kosmos sujud, tunduk dan patuh kepada Allah SWT, melakukan peredaran masing-masing dalam edaran yang telah ditentukan tanpa sebarang bantahan. Hakikatnya, seluruh objek langit dan bumi bertasbih kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun yang tidak bertasbih dan memuji-Nya, tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sungguh, Allah Maha Penyantun dan Maha Pengampun.” (Surah al-Isra’, ayat 44)
Sains barat kaji aspek luaran alam
Saintis Barat menghubungkan peristiwa itu sebagai peristiwa tabii
yang berlaku seadanya dan digelar hukum alam. Sains barat hanya mengkaji
aspek luaran alam semesta, sedangkan banyak peristiwa alam semesta
tidak mampu dijawab dengan sains semata-mata.
Mereka mencari sebab tabii yang dianggap saintifik untuk
menerangkan peristiwa itu dalam kerangka saintifik. Sains barat hanya
mampu menjawab sebahagian kecil persoalan berkaitan bagaimana peristiwa
itu berlaku, tetapi tidak dapat menjawab persoalan mengapakah ia berlaku
demikian.
Namun, bagi saintis Muslim, peristiwa itu bukan sekadar hukum
tabii sebaliknya telah ditakdirkan oleh Pencipta alam semesta yang
termasuk dalam kategori sunnahtullah. Kajian alam kosmos memperlihatkan
keagungan Penciptanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan
langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang yang berakal iaitu orang yang mengingati Allah
sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata, Ya Tuhan
kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami daripada seksa neraka.” (Surah Ali-Imran, ayat
190-191)
No comments:
Post a Comment