Sunday, 14 August 2016

LATIHAN BAHASA MELAYU

Soalan A

Ayat 1:
Perempuan yang berpakaian kemas sedang berjalan menghala ke stesen bas .

Ayat 2:
Airene sedang mengemaskan dewan serbaguna dengan menggunakan mop dan penyapu.

Ayat 3:
Pegawai kesihatan menasihatkan bahawa kekemasan diri dan persekitaran adalah penting bagi kesihatan.

Ayat 4:
"Berapakah harga buah epal ini?"

Ayat 5:
Kami, sebagai rakyat Malaysia, perlu menghargai usaha pemimpin terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan.

Ayat 6:
"Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang ikhlas kepada Prof. Dr. Azali bin Mohamed."

Soalan B

i.  Beberapa buah buku tradisional masakan tradisional telah saya hasilkan antara tahun 2000-2006.

ii. Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram setiap petang.

iii. Latihan intensif selama tiga bulan dijalani oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara.

Soalan C

Ayat yang Salah

I
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.

II
Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa di pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduiduk sekitarnya.

III
Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

Ayat yang Betul

I
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha memasyarakatkan Bahasa Melayu.

II
Setiap pelupusan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk sekitarnya.

III
Pengurusan syarikat itu menyasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.


No comments: