APA ITU RETORIK?
Istilah 'Retorik' berasal daripada perkataan Greek, tenhne rhetorike yang bermaksud seni berpidato.
Retorik ialah kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan.
Ia juga merupakan seni menggunakan bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.
Jenis serta Contoh Retorik:
Retorik Pemerian
Haiwan peliharaan saya, Tomi, seekor harimau belang, berusia tiga tahun, mempunyai rupa paras yang comel. Badannya besar, kulitnya berbulu, panjangnya 2 meter, dan beratnya 150 kilogram. Bulunya berbelang-belang, sentiasa disikat rapi oleh saya. Ketika berjalan, langkahnya perlahan namun menimbulkan kegerunan terhadap sesiapa yang bertemu dengannya.
Retorik Pemujukan
i. Perasaan takut:
"Jikalau adik duduk atas bantal, nanti tumbuh bisul"
ii. Perasaan benci:
"Janganlah mengundi lelaki tersebut untuk menjadi pemimpin kita. Lelaki itu gila kuasa. Sudah pasti kita akan dianiaya olehnya. Ini tanah air kita. Kita berhak untuk memilih pemimpin yang sepatutnya!"
Retorik Penceritaan
Boleh dikatakan hampir semua tenaga saya telah hilang dek kesibukan yang melampau pada hari ini. Sejak pagi tadi saya bertungkus lumus menguruskan hari sukan yang berlangsung di sekolah saya. Sepanjang hari saya langsung tidak melabuhkan punggung untuk berehat. Sebagai ketua AJK sukan, ini adalah tugas saya untuk memastikan kesemua aktiviti hari sukan berjalan dengan teratur dan lancar. Selain itu, saya berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam program ini. Tepat pukul 7 malam, akhirnya saya dapat melepaskan nafas lega setelah tamatnya program yang julung kalinya diadakan.
Retorik Pendedahan
Apakah itu harimau belang? Harimau belang yang juga dipanggil Pak Belang merupakan spesies kucing besar. Harimau belang berasal dari Asia Timur dan Selatan. Ia merupakan pemangsa bagi haiwan-haiwan herbivor. Besar harimau boleh mencecah panjang 3.3 meter dan berat sebanyak 300 kilogram. Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang yang menegak berwarna gelap.
Seterusnya, harimau belang banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, maskot sukan dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.
Retorik Penghujahan
Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku,kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding denganlangkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara.
I'm a cute 14 years old boy, nice to meet you! My hobbies include writing fictional stories, composing songs, playing the piano, computer games, swimming and online games as well as maths solving and maths proving. Favorite authors include James Petterson, John Grisham and James Dashner. I'm good at swimming too! Read this blog for tons of sweet information!
Sunday, 21 August 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
How to Apply for ACCA course MARCH 15, 2016 ~ TWOFEEL Hi guys welcome to my blog Semalam saya tulis sedikit mengenai pengalaman ...
-
SPEECH CHOIR SCRIPT SPEAKER LINE(S) / LYRICS EFFECT/GESTURE/CUES ALL (SONG) HERE WE ARE...
-
MY EPISODIC LIFE JOURNEY AT NATIONAL GIFTED CENTER, UKM 2014 STARS ARE BORN...
No comments:
Post a Comment