Sunday 15 May 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM BIL.14/2016 : JDT JUARA PIALA FA SUPERBEST POWER 2016 : TAHNIAH !!!! ALE!!!! ALE!!! AYUH JOHOR LUASKAN KUASA MU




Keluarga sebelah ayah berkumpul di rumah pada 14/5/2016. Mak Ngah sekeluarga telah datang ke rumah dengan membawa menantunya yang baru iaitu Abang Nain. Mereka baru saja melangsungkan perkhawinan pada 1/5/2016 yang lepas. Ini adalah sesi memperkenalkan ahli baru dalam keluarga Arwah Tok Mat, Muar. Pada waktu lewat petang pula sepupuku Kak Effa telah datang dengan membawa bersama 4 orang guru-guru Sekolah Integrasi Sabak Bernam. Mereka baru sahaja selesai Majlis Hi--Tea Sekolah Integrasi, Sabak Bernam di Kelab Darul Ehsan. Malahan, bekas anak murid beliau juga hadir sama iaitu Abang Muaz, Abang Nabil dan Abang Azmin (Kacang).






Pada sebelah malam kami menonton perlawanan akhir Piala FA Superbest Power, 2016 yang telah berlangsung di Stadium Shah Alam. Ayah dan ibu telah menyediakan speghetti Olio dan kuih jemput-jemput (cekodok bilis). Wah..sementara menunggu perlawanan bermula, saya menghiburkan mereka dengan bermain piano dengan beberapa lagu.  Habis semua makanan yang dihidangkan.  Saya sekeluarga berasa puas menjamu saudara mara sambil berkumpul mengeratkan sailatul rahim ahli keluarga Tok mat, Muar.





Shafiq Rahim, pemain bola sepak kegemaran ayah ku!!!! bravo .....


Wah hebat!!!!



Orang Johor mendapat cuti percuma hari ini....Syabas!!!!

NOTA : SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI FACE BOOK RASMI KELAB JDT

No comments: