Saturday, 14 May 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM BIL. 13/2016 : KOMPANG TERBAIK (SIAP BERJOGET) - KOMPANG SERI PUTERA





Persembahan kompang dari Kompang Sri Putera 2, Muar, Johor amat menghiburkan.  Setiap kali Majlis Kenduri Khawin di Johor,  saya sekeluarga jarang tidak menghadirinya. Ayah saya berasal dari Johor, budaya Johor amat sebati dengan kami sekeluarga.  Selain dijamu dengan nasi beryani gam yang amat sedap dan lazat; persembahan kompang dari kumpulan Seri Putera 2, Sungai abong, Muar amat menghibur dan mengasyikkan.

Walaupun saya dibesarkan di kota Kuala Lumpur, saya banyak didedahkan dengan budaya Johor seperti tarian Zapin dan Ghazal. Kawan ayah saya, Uncle Sanad mempunyai sebuah pasukan tarian yang hebat iaitu Kumpulan Tarian Alif yang telah memenangi Fiesta Tari Kebangsaan, 2015.  Saya sekeluarga tidak pernah gagal menonton Fiesta Zapana Antarabangsa, Johor. Terdapat beberapa jenis tarian zapin seperti Zapin Pekajang, Zapin Lenga dan Zapin Tak Sudah.  Jenis tarian zapin yang paling saya minati adalah Zapin Hanuman. 

Di Kolej PERMATApintar Negara. UKM terutama batch saya, terdapat beberapa pelajar berasal dari Johor seperti Aqil, Zuhdi, Acap dan Hakim.  Saya lihat Zuhdi, Hakim dan Aqil kelihatan segak apabila memakai Baju Melayu Teluk Belanga.  Songkok tinggi juga antara keunikan dan identiti orang Johor seperti selalu dipakai oleh Zuhdi.

Setiap kali balik ke Johor, makanan Johor mesti dicari dan antara makanan kegemaran saya adalah Murtabak Singapura, Soto, Satay Jawa, Mee Bandung, Rojak Petis,  Beryani Gam, Mee Rebus Tulang dan Mee Rebus Haji Wahid, Tahu Bakar dan Kacang Pool Haji Makpol. Saya juga suka air bandung soda asli Johor.

Cuti pertengahan tahun ini, saya akan balik ke Johor untuk menghadiri majlis perkhawinan sepupu saya di Muar dan akan pergi ke Johor Baharu untuk kunjung ziarah Uncle Bak (abang kepada ayah saya) ..wah..semua makanan Johor dah terbayang di minda saya.....

Tidak ketinggalan, kemegahan orang Johor adalah kelab bola sepaknya JDT..ayuh Johor !!!! penambahan ekkkkk setiap hujung ayat...

No comments: