Sunday 3 April 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM Bil. 3/2016 (1/4/2016)

Pada hari Jumaat yang lepas, iaitu pada 1hb April 2016, saya terlibat dengan projek 'Hey, I'm not Rubbish!' mewakili kelas 3K3. Persediaan telah dibuat dalam lebih kurang seminggu. Ahli kelas 3K3 telah membincangkan tajuk projek dan gerak kerja untuk menyediakan bahan, prototaip, persembahan dan memilih ahli kelas yang akan membuat persembahan bagi projek tersebut di hadapan juri dan juga pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara.

Ahli kelas telah menerima idea Leah Poi, iaitu sesuatu tabung yang memisahkan wang kertas dan duit syiling daripada bahan-bahan terpakai yang boleh dikitar semula. Pihak kami telah menggunakan botol-botol air mineral yang mudah diperolehi di sekitar Pusat PERMATApintar Negara. Dua orang ahli kelas, iaitu saya sendiri dan Izzati telah ditugaskan membuat persembahan slide yang berbeza, manakala Leah telah membuat satu prototaip, dan ahli kelas yang lain membuat satu lagi prototaip yang kedua bagi melancarkan gerak kerja.

Pada hari persembahan, Leah telah dipilih membuat persembahan bersama dengan saya, manakala slide yang digunakan dibuat oleh saya dan ditokok tambah dengan idea-idea Leah. Persembahan telah berjalan dengan lancar, dan saya memasukkan sedikit unsur jenaka, iaitu:

"Hey everyone! I know today is April Fools Day! I did want to make a pun today, but I know that it's *tears paper* 'tear'-ible."

Sebahagian yang memahami 'pun' (jenaka) saya tertawa, yang kurang memahami bahasa Inggeris, mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Keseluruhan persembahan memuaskan hati saya. Walaupun sangat gementar pada peringkat awal, lama-kelamaan, saya berjaya mengawal perasaan gemuruh dan membuat persembahan dengan cara selamba. Saya mengharapkan kelas 3K3 berjaya dalam pertandingan ini, yang mana keputusan akan diumumkan pada hari perhimpunan rasmi (Isnin, 4/4/2016).

Sekian, jurnal ini.

No comments: