Sunday, 27 March 2016

WHAT IS ACCOUNTING - by Naim Ramlee


What is Accounting


accountant

Hi semua,

As i said last week, i would like to write in more details what is actually accounting and some myth that we always heard about accounting.


Accountant

Istilah accountant ni kalau disebut memang ramai orang tahu, ramai juga kanak kanak yang bercita cita nak jadi accountant.

Saya pun dari kecil, dah “tahu” pasal accountant, waktu kecil dulu orang cakap accountant ni kerja dia kira duit. Saya pun tak pastilah kira duit macam mana, tapi kerjanya kira duit.

Di sekolah pun, ramai juga rakan rakan yang apabila ditanya dah besar nanti nak jadi apa, katanya nak jadi accountant.

Tak kurang juga bila ada rakan rakan yang pandai matematik mesti orang cakap dah besar nanti boleh la jadi accountant, sebab accountant ni kene pandai matematik.

Apabila masuk sekolah menengah pula, ramai pelajar diperkenalkan dengan prinsip perakaunan. Pastinya, bila ditanya apa itu akaun, typically pelajar sekolah menengah akan cakap “akaun tu yang debit kredit tu kan, debit itu kredit ini” itulah dia akaun.

Untuk masyarakat umum pula, accountant ni orang yang hebat matematik, kerjanya kira duit, kira duit dannnnn kira duit, pastu gajinye besor, pangkatnye besor, officenye besor dan macam macam lagi yang besor.

Jadi, apa yang saya nak ceritakan di sini adalah apa itu accounting dan accountant dari perspektif seorang pelajar kursus perakaunan.

Saya akan cerita apa yang diajar dalam kursus perakaunan, kerja kerja dalam bidang perakaunan dan sedikit mitos yang selalu mengelirukan orang ramai.


Apa yang diajar dalam kursus perakaunan

1. Financial Reporting

financial reporting ni maksudnya menyediakan laporan kewangan syarikat.

Laporan kewangan syarikat pula bermaksud, penyata kewangan seperti balance sheet/kunci kira kira, cash flow/penyata aliran tunai, statement of profit and loss/penyata pendapatan untung rugi.

Secara ringkasnya, dalam subjek financial reporting anda akan belajar cara menyediakan penyata penyata kewangan ini mengikut piawaian piawaian yang ditetapkan seperti International accounting standard (IAS) ataupun International Financial Reporting Standard (IFRS)

2. Management accounting/ costing

Management accounting subjek pula berkisar mengenai pengurusan dalaman syarikat. Macam mana nak buat budgeting, nak kira kos buat barang, berapa untung yang nak dijana, berapa banyak stok nak kene beli, berapa banyak yang nak disimpan, macam mana nak kurangkan kos,

Semua ini termasuk dalam management accounting ini.


Secara ringkasnya, semua proses mengenal pasti, mengira, memproses, menginterpretasi maklumat untuk kegunaan syarikat dikira sebagai management accounting.


3. Taxation/ cukai

Subjek taxation ni satu subjek yang selalunya kalau orang tak belajar akaun, dia tak tahu taxation ni salah satu kerja akauntan.

Subjek taxation ni sangat menarik, sebab berlainan negara mempunyai undang undang yang berbeza dalam sistem percukaian mereka. Dan undang undang atau sistem dan kadar cukai ni berbeza setiap tahun mengikut polisi negara masing masing.

Apa yang diajar dalam taxation ini secara ringkasnya, adalah macam mana nak kira berapa banyak tax yang perlu dibayar oleh individu atau syarikat.


Bermaksud, kadar bayaran dan cara pengiraan cukai untuk syarikat dan individu adalah berbeza. Jadi, kita akan belajar personal tax dan company tax.

Ultimately, dalam subjek tax anda akan belajar untuk

1. Avoid paying tax (not evade)

2. reduce amount tax paid

3. Delay the payment of the tax due


(maaf tak berapa pasti nak translate dalam bahasa melayu macam mana)


4. Audit

Audit ni subjek yang paling famous, juga kerja yang paling famous i.e Auditor

Antara kerja yang paling berprestij dalam accounting ini adalah auditor, auditor ni dalam kata lain melapetaka untuk mereka yang ada buat salah.

Sebab subjek audit ni subjek untuk periksa akaun. Kalau financial reporting kita belajar cara nak sediakan akaun, audit ni cara nak periksa sama ada akaun yang disediakan tu betul ataupun tidak.

untung rugi yang dinyatakan dalam akaun tu tipu ke bohong, aset yang dinyatakan dalam penyata kewangan tu betul ke ada.


Bende bende macam tu la, sebab tu orang takut dengan auditor, kalau auditor datang periksa segala macam salah diorang akan jumpa.


Fakta yang menarik pasal audit ni, ialah anda tak perlu masuk kelas dengan bawa kalkulator. Tak ada bende nak kira, 99 peratus teori.

So kalau anda cakap perakaunan ni susah sebab banyak kira kira, atau anda tak pandai matematik. pergi belajar audit, baru anda tahu subjek yang ada kira kira lagi senang dari teori akaun ni.


subjek minor lain






selain dari subjek utama di atas, dalam accounting anda juga akan belajar subjek seperti

-business analysis

– corporate governance, risk and ethic

– Law (kat malaysia belajar Malaysia law la)


*makluat saya mungkin tak berapa lengkap sebab this is mostly based on apa yang saya belajar dalam ACCA


Kerja Accountant


Jadi lepas dah tahu apa yang diajar dalam kursus perakaunan, mesti nak kene tahu lepas dah belajar semua bende alah tu, kerja apa yang boleh dapat kan?


Akauntan ni kalau ikut tempat, kat semua tempat dia boleh kerja sebenarnya, Bank, audit firm, oil and gas company, electronic company, big company, small company, semuanya perlukan accountant.

Soalannya, kerja apa yang accountant ni buat?

Sebelum tu biar saya kenalkan beberapa title yang ada untuk accountant

Ada beberapa gelaran, antaranya:

Chartered Accountants (CA),

Certified Management Accountants (CMA), and

Certified General Accountants (CGA).

Other Designations include Certified Internal Auditor (CIA),

Public Accountant (PA),

and Certified Public Accountant (CPA).


Secara umumnya, inilah bidang kerja accountant


1. Auditor

Kerja auditor ni kerja yang paling gila, masuk kerja awal, balik lewat, tapi gaji overtime tak ada.

Tidur tak cukup, sangat sinonim dengan kerja auditor, sebab tu orang yang pernah jadi auditor, bila dia keluar minta kerja dekat industri komersial, senang untuk demand gaji tinggi. Sebab banyak pengalaman buat kerja audit ni.


Ramai CFO (jawatan kedua tertinggi dalam syarikat selepas CEO) yang bagus datang dari background auditor (ex-Auditor)


Artikel cerita pasal ramai cfo yang hebat di U.S.A adalah ex Auditorhttp://www.accountingweb.com/aa/auditing/many-of-americas-best-cfos-started-in-accounting-or-auditing


Ada 4 audit firm terbesar di dunia

4 company ni kira macam apple dan samsung dalam business handphone la

4 audit firm tersebut adalah:

1. Ernst & Young

2. Deloitte

3. KPMG

4. Pricewaterhouse Coopers (PWC)
image


kalau dapat kerja kat big 4 company ni kira macam ada class gituuuu. So ramai la yang berebut nak kerja di sini


Perkara menarik tentang auditor ni, di Malaysia Auditor sangat sinonim dengan tak cukup tidur. bila masuk “peak period” ataupun waktu syarikat kene keluarkan laporan kewangan, jadi lumrah la untuk Auditor balik rumah pukul 1-2 pagi, kemudian masuk balik kerja pukul 8 pagi.



2. Tax Consultant

Tax consultant ni ada setengah orang panggil half baked lawyer, sebab tax consultant ni kerjanya berkait rapat dengan undang undang percukaian negara,di Malaysia – (Income Tax Act 1967).

Basically, kerja tax consultant ni memberi khidmat nasihat kepada syarikat dalam urusan percukaian.


Selain dari bekerja sebagai tax consultant, anda juga boleh menjadi tukang kutip cukai (he he he) ataupun dalam kata lain bekerja dengan lembaga hasil dalam negeri (LHDN)

Bekerja di LHDN ni bukanlah kerja kutip cukai, tetapi menguruskan urusan urusan percukaian.


Industri tax consulting ni sedang berkembang dalam Malaysia, dia belum lagi jadi pilihan utama dan tak ramai yang berminat dengan tax consulting. Tetapi kerja tax ni agak menarik, dia tak


3. Company Accountant

Company accountant ni maksudnye bekerja di unit perakaunan mana mana syarikat ataupun orang panggil “in house accountant”

Yang ini kerjanya bergantung pada unit yang mereka ditugaskan dan juga job scope yang ditetapkan oleh majikan.


tapi kerjanya tak lari jauh, sama ada menyediakan laporan kewangan ataupun buat management accounting macam costing dan forecasting.

contoh in-house accountant-

Certified Management Accountants (CMA), and

Certified General Accountants (CGA).

Other Designations include Certified Internal Auditor (CIA),


Mitos mengenai accountant dan kursus accounting


1. accountant kene hebat matematik

Kalau ada antara anda yang pernah belajar akaun, atau memang belajar akaun anda pasti tahu yang dalam subjek akaun, operasi yang paling banyak digunakan adalah tambah dan tolak, cuma kadangkala sahaja kene guna darab dan bahagi. Itu pun operasi darab dan bahagi yang mudah dan simple.


2. Belajar account ni banyak tengok nombor

Salah satu statement paling pembohong. kalau ada orang cakap “saya tak nak belajar account sebab tak boleh tengok banyak nombor, nanti pening ” ketuk je kepala dia, sebab subjek macam audit, business analysis dan corporate ethic kalau anda masuk dewan exam tak payah bawak kalkulator, sebab tak ada benda anda nak kira.


3. Account ni debit kredit je

debit kredit tu sistem catatan beregu, dia sangat basic.

Bila anda dah belajar dengan lebih mendalam anda dah tak buat dah debit kredit ni.

Kadang tu sampai lupa sistem catatan beregu yang simple simple.

Seriously, you would wish accounting is just debit kredit, tapi hakikatnya alahaiii banyak lagi teori teori yang kadangkala membosankan yang anda kene belajar.


4. Accountant tak perlu pandai menulis

Ini satu lagi salah faham, sebenarnya sebagai seorang accountant adalah sangat penting untuk anda menguasai penulisan bahasa inggeris dan bahasa melayu, terutamanya bahasa inggeris.

Dalam subjek seperti audit dan business analysis, anda perlu menulis esei dan laporan yang sangat panjang.

Dan markah anda bergantung pada keupayaan anda untuk menulis dengan bagus. Kira-kira semua orang boleh buat, sebab dia nombor, macam mana buat pun jawapan yang betul cuma satu, dalam subjek teori, tidak ada satu jawapan yang betul, jadi anda perlu kreatif dan boleh menulis dengan lancar.

kenyataannya, Kebanyakan peperiksaan yang berada pada aras yang lebih tinggi lebih memerlukan teknik menulis dari mengira.


Sekiranya anda menjadi seorang auditor sebagai contoh, kerja anda memerlukan anda untuk menulis dan menyediakan laporan. Pastinya, laporan yang anda buat akan digunakan untuk dibaca oleh orang ramai, dan anda tidak ada ruang untuk buat kesilapan yang besar.

The point is, writing skill is very important to be an accountant.

Kesimpulan

Semua benda mesti ada kesimpulan betul tak?


Kesimpulannya accounting ni satu bidang yang sangat luas dan juga satu pengetahuan yang perlu ada pada setiap orang yang nak berniaga.

Sebab semua perniagaan perlukan akaun, dan semua akaun perlukan accountant.


Jadinya, pada anda yang berminat untuk jadi accountant ataupun usahawan ataupun ahli korporat, Accounting ni merupakan salah satu jalan untuk ke sana.


Harapnya, penulisan ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai accountant pada adik adik yang masih pening dengan istilah kerja accountant ni.


-NR-


by Naim Ramlee
https://twofeel.wordpress.com/2016/03/25/what-is-accounting/

No comments: