Sesuatu yang baru dan pengalaman yang unik apabila pensyarah subjek Seni Persembahan Dato' Drs Ridhuan Zain dan instruktor muzik En Hafiz mempelawa aku mengangotai Kumpulan Ghazal Foundation 3 bagi membuat persembahan di Majlis Gruadasi Ke-4 KOLEJ PERMATApintar NEGARA, UKM.
Membuat persembahan bagi setiap Majlis yang diadakan di PUSAT PERMATApintar NEGARA, UKM adalah satu rutin biasa, samada bermain piano atau keyboard secara solo ataupun membuat persembahan secara duo iaitu piano/violin dengan sahabat karib ku Ong Jing kai.
Pada kali ini aku bermain alat harmonium dalam satu pasukan Ghazal. Menonton dan melihat budaya Ghazal adalah suatu yang biasa kerana ayahku berasal dari Johor. Dia amat meminati budaya warisan Johor terutama Zapin dan Ghazal. Setiap acara budaya, kami sekeluarga jarang gagal menontonnya.
Terima kasih kepada Dato' Drs Ridhuan Zain dan instruktor muzik En Hafiz yang mengajar dan memberi peluang melalui pengalaman yang unik ini.
No comments:
Post a Comment