SOALAN:
Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan teknologi maklumat dan
langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
RUMUSAN:
Petikan membincangkan tentang faedah
teknologi maklumat bagi kegunaan semua orang.
Pihak kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda
perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Selain itu, kemajuan
teknologi maklumat membolehkan
pakar-pakar perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan
diagnosis yang terkini. Di samping itu, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan
dengan mudah dan cepat. Seterusnya, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan
dan dapat berfungsi sebagai alat latihan yang berkesan dan efisien.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan
bagi melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat adalah antaranya,
membuat kelas tuisyen melalui Internet supaya semua orang dapat menghadiri
kelas itu. Selain itu, boleh juga dilakukan antivirus supaya dapat dielakkan
daripada dikena virus terhadap komputer.
Kesimpulannya, pelbagai inisiatif boleh diambil untuk melahirkan masyarakat yang celik teknologi.
No comments:
Post a Comment