Selamat Tahun 2016. Masa bergerak terlalu pantas. Tahun 2016 adalah tahun Ke-3, aku belajar di Kolej PERMATApintar Negara, UKM. Wow, ini adalah tahun terakhir bagi Foundation dan inshallah tahun 2017 masuk ke Level pula.
Tahun ini, aku ditempatkan di Blok C... ini adalah blok kegemaran ku. Oleh kerana tahun ini ekonomi keluarga tidak memberangsangkan, maka semua barang adalah kitar semula tahun yang lepas. Inshallah aku cuba buat yang terbaik dan berdoa menjadi yang terbaik.
##############################################################################
Program Re-orientasi Pelajar Lama Kolej PERMATApintar Negara, UKM
4/1/2016, Selasa, minggu pertama sesi persekolahan semua pelajar lama Kolej PERMATApintar Negara tahun 2016 iaitu L2, F3 dan F2 telah
terlibat dalam Program Re-orientasi Pelajar Lama . Program ini telah dijalankan
di dalam Auditorium, Pusat PERMATApintar Negara. dan
aktiviti banyak dalam bentuk taklimat.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkemaskan lagi kepada semua pelajar-pelajar lama tentang peraturan-peraturan sekolah,
aktiviti-aktiviti yang dijalankan, pengurusan masa dan perkara-perkara
penting bagi takwim 2016. Program ini juga bertujuan untuk
mempersiap-siaga pelajar lama sebelum menerima kedatangan pelajar
baharu yang akan mendaftar pada 18/1/2016.
Program dimulakan dengan ucapan Pengarah Kolej
PERMATApintar Negara yang saya amat sayangi dan senangi, Prof Datuk Dr. Noriah binti Mohd Ishak mengenai
"Right Mindset" dan "Vision-Mission PPpN". Setelah itu, diteruskan dengan taklimat daripada Penyelaras Hal Ehwal Akademik,
Pn. Siti Aishah Hassan. Taklimat itu menyentuh tentang kurikulum,
keharidan PdP, penilaian dalam peperiksaan dan program penyelidikan.
Taklimat daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Rorlinda binti
Yussof menyusul selepas minum pagi pada jam 10.30 pagi. Taklimat ini
menyentuh tentang aktiviti pelajar, peraturan harian, aktiviti mobiliti
dan kontrak perjanjian. Pada waktu petang, program diteruskan dengan
takliamat daripada Dr. Tengku Elmi Tengku Muda mengenai
program dan aktiviti khidmat bimbingan dan kaunseling bagi bahagian kaunseling. Selepas itu, diteruskan dengan
taklimat ringkas mengenai aktiviti ko-kurikulum daripada Penyelaras Ko-kurikulum, En. Mior.
Taklimat terakhir dalam program ini adalah mengenai kolej kediaman yang
berlangsung pada waktu malam, yang diberikan oleh warden dan felo Kolej
PERMATApintar Negara, diketuai oleh En. Mohd Fadzil.
No comments:
Post a Comment