Soalan 1
Berbagai
kaedah pengkajian sejarah dalam membuktikan bahawa pelbagai sumber sejarah yang
dibuktikan kesahihannya. Bincang kaedah-kaedah pengkajian sejarah tersebut.
Berikan contoh:
a.
Kaedah lisan ->
-
Sumber lisan ialah sesuatu yang diucapkan atau diberitahu oleh orang
sumber
-
Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan
atau pengucapan oleh seseorang tokoh
-
Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan,
penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
-
Sumber sejarah yang diperolehi melalui akedah lisan berkait rapat dengan
sasterarakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
-
Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukkan unsur tokok tambah
-
Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio,
cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai
kaedah pandang dengar
-
Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televisyen dianggap
sebagai sumber lisan
-
Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah melalui :
[i]
Temu ramah atau perbualan.
[ii]
Penceritaan atau pengkisahan.
-
Kaedah temuramah dan penceritaan ini
bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang
tokoh
b.
Kaedah bertulis ->
-
Sumber bertulis
terdiri daripada catatan yang ditulis, dilakar atau dipahat pada :
[i]
batu
[ii]
dinding gua;
[iii]
kulit kayu;
[iv]
daun kayu;
[v]
logam;
[vi]
gading;
[vii]
kertas
-
Melalui sumber
ini, ahli sejarawan boleh memperoleh maklumat mengenai sesuatu :
[i]
perkara;
[ii]
peristiwa;
[iii]
tokoh;
[iv]
kejadian;
[v]
perundangan;
[vi]
adat resam.
-
Contoh sumber
bertulis yang terkenal ialah Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai pada 1303
Masihi di Kuala Berang Terengganu.
Contoh lain ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka.
c.
Kaedah arkeologi ->
-
Melalui kaedah arkeologi, fakta yang
diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan-bahan purba yang tertanam di
dalam tanah atau dasar laut
-
Juga merupakan kajian saintifik.
-
Barang-barang yang dijumpai dikenali sebagai artifak yang
dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan
manusia zaman dahulu. Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium Negara atau Arkib
Negara.
-
Contoh melalui kaedah arkeologi ialah
fosil, monumen dan candi seperti Candi Lembah Bujang, Kedah.
Rujukan:
Nota & Praktis yes! Sejarah Tingkatan 1 –
Sasbadi Sdn. Bhd.
WHIZZ THRU Sejarah TINGKATAN 1, 2 & 3 –
Oxford Fajar
Soalan 2
Sebagai seorang pelajar, bagaimana caranya
untuk anda menghayati tujuan mempelajari sejarah?
Sebagai seorang pelajar, kita mestilah tahu
tentang sejarah tamadun awal bangsa dengan melawat seperti Muzium Negara
ataupun Arkib Negara. Melaluinya kita dapat melahirkan jati diri yang tinggi
serta membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri.
Selain itu, dengan menghayati sambutan Pengisytiharan
Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, kita boleh mengetahui bagaimana kita bebas
daripada penjajahan British. Kita juga boleh mengenali tokoh pejuang seperti
Tuanku Abdul Rahman Putra yang berusaha sehingga Berjaya mendapatkan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Begitu juga Tok Janggut yang berjuang
menghalau para penjajah. Melaluinya kita
akan lebih menghargai usaha dan jasa pemimpin masa dulu dan masa sekarang.
Seterusnya, sejarah mengajar kita agar
berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan lampau seperti peristiwa 13 Mei
1969 di mana berlakunya pertumpahan darah di antara kaum Cina dan Melayu sehingga darurat terpaksa
diisytihar.
Kita juga boleh mempelajari sejarah dengan
memahami Perlembagaan Persekutuan yang mana membincangkan kontrak sosial, hak
keistimewaan orang Melayu, hak Persekutuan serta hak negeri-negeri.
Rujukan:
Nota & Praktis yes! Sejarah Tingkatan 1 –
Sasbadi Sdn. Bhd.
WHIZZ THRU Sejarah TINGKATAN 1, 2 & 3 –
Oxford Fajar
Soalan
3
Apakah pendapat anda tentang teori Charles
Darwin dan berikan sebab anda berpendapat demikian.
Charles Darwin adalah seorang naturalis
berbangsa Inggeris. Buku Charles Darwin
iaitu On The Origin of Species by Means of Natural Selection, or The
Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life merupakan karya
terkenal sehingga kini. Buku ini menjelaskan evolusi mengenai garis keturunan
yang sama.
Dalam teorinya ia mengatakan: "Suatu benda (bahan) mengalami perubahan dari yang tidak
sempurna menuju kepada kesempurnaan".Kemudian ia memperluas teorinya ini hingga
sampai kepada asal-usul manusia. Menurutnya manusia sekarang ini adalah hasil
yang paling sempurna dari perkembangan tersebut secara teratur oleh hukum-hukum
mekanik seperti halnya tumbuhan dan haiwan.
Kemudian lahirlah suatu ajaran(pengertian) bahwa manusia yang ada
sekarang ini merupakan hasil evolusi dari kera-kera besar (manusia kera
berjalan tegak) selama bertahun-tahun dan telah mencapai bentuk yang paling
sempurna.
Hal ini diantaranya merupakan kelemahan teori
yang dikemukakan oleh Darwin. Di dalam teorinya Darwin berpendapat bahawa
manusia berasal dari perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana kemudian
berkembang menjadi haiwan kera tingkat tinggi sampai akhirnya menjadi manusia.
Makhluk yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip manusia adalah
Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 - 1.000.000 tahun
dengan ukuran otak sekitar 450 - 1450 cm3. Perkembangan dengan
perubahan volume otak ini besar pengaruhnya bagi kecerdasan otak manusia. Australopithecus
yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi menjadi
manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3. Dari
penelitian ini diperkirakan dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume
otak itu bertambah 1000 cm3. Tetapi anehnya perkembangan dari
Neandertal ke manusia modern sekarang ini selama ± 100.000 tahun
volume otaknya tidak berkembang. Teori ini tidak mengemukakan alasannya.
Jadi secara jujur dapat kita katakan bahawa
teori yang dianggap ilmiah itu ternyata tidak mutlak kerana antara teori dengan
kenyataan tidak dapat dibuktikan.
Saya yang beragama
Islam tidak bersetuju dengan teori Charles Darwin di atas. Allah s.w.t melalui
Al Qur’an telah menjelaskan bahawa wujudnya alam semesta ini berikut segala
isinya diciptakan oleh Allah. Hal ini dinyatakan dengan firman Allah:
"Yang
menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada iantara keduanya dalam enam masa,
kemudian Dia bersemayam diatas Arsy (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka
tanyakanlah itu kepada Yang Maha Mengetahui." (QS. Al Furqaan (25) : 59)
"...dan
Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya
dengan serapi-rapinya" (QS. Al Furqaan (25) : 2)
Oleh itu, saya berpendapat bahawa teori
evolusi Darwin tidak dapat diterima. Dari penelitian membuktikan bahawa kurun
akhir adalah masa dimana mulai muncul manusia yang berbudaya dan Allah
menciptakan lima kurun sebelumnya lengkap dengan segala isinya adalah untuk
memenuhi kehendak yang diperlukan oleh manusia. Hal ini dijelaskan oleh Allah
di dalam satu firman-Nya:
"Dia-lah
Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui
atas segala sesuatu" (QS Al Baqarah (2) : 29)
Kemudian di dalam surat Al Baqarah ayat 31 s/d
32 Allah berfirman:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama
(benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu
berfirman : ‘Sebutlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang
orang-orang yang benar!’. Mereka menjawab : ‘Maha Suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (QS. Al Baqarah
(2): 31-32)
Untuk memelihara kelebihan ilmu yang dimiliki
oleh Adam a.s maka Allah berkenan menurunkan kepada semua keturunannya agar
darjat mereka lebih tinggi daripada makhluk yang lain.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat
: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi’. Mereka
berkata : ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’. Tuhan berfirman :
‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tdak kamu ketahui’."(QS. Al Baqarah
(2): 30)
Berdasarkan ayat-ayat Al Quran di atas, dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa Adam a.s adalah manusia pertama, khalifah pertama dan
Rasul (nabi) pertama. Hal ini sesuai dengan firman Allah:
"Dan
tidak ada suatu umatpun (manusia) melainkan telah ada padanya seorang pemberi
peringatan (Nabi)." (QS. Fathir : 24)
"Tiap-tiap
umat mempunyai Rasul." (QS. Yunus : 47)
Saya tidak
bersetuju tentang teori Charles Darwin berasaskan sebab-sebab saya nyatakan di
atas.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment