Wednesday, 2 December 2015

Just for laugh

...rehatkan minda, fikiran kita berbeza....                                                      Semasa berlaku rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang didlm bank:

"Semua meniarap diatas lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

��Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

��Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

��Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

��Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

��Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

��Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

��Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Merompak hnya contoh shj. Anda TIDAK DIMINTA UNTUK MEROMPAK

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ��Ini dinamakan "Bangang tak bertempat...
Dimana diri anda...fikir2kan

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:-

1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSAORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada

Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukka oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengpam jantung dan memylihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

Dari:
Dr.malik
(Senior Cardiologist)

Tuesday, 24 November 2015

BENGKEL INTERNATIONAL MATHEMATICAL OLYAMPIAD (IMO) 2016

Alhamdullilah saya panjatkan kepada Illahi kerana telah berjaya tersenarai dalam "TOP 60" Malaysia yang melayakkan diri untuk dipilih menghadiri Bengkel International Mathematical Olyampiad (IMO) 2016 (dikenali BIMO).

Tahun ini adalah tahun yang membanggakan bagi Kolej PERMATApintar Negara, UKM kerana terdapat 8 pelajar telah melepasi "TOP 60" Malaysia yang mana dibandingkan pencapaian pada tahun 2015 hanya saya seorang melepasi tahap tersebut.  

Mereka yang terpilih "TOP 60" Malaysia adalah Cosmartin Allistair anak Cosmas Bujing dan Muhammad Syahir Abdul Nasir dari Level 2; Muhammad Hafizudeen bin Mohamad Saman dan Nurul Izzati binti Saldi dari Level 1; Zoey Zeffrey Azman dan Ong Jing Kai dari Foundation 2;  Oh Juin Chuen dan Raymand Tey Jia Cheng dari Foundation 1.

Pada tahun lepas (2015) saya (Zoey) adalah pelajar yang termuda iaitu berusia 12 tahun terpilih ke Bengkel International Mathematical Olyampiad (IMO) yang bersaing dengan semua peserta dari umur 13 tahun hingga 20 tahun. Dalam rekod,  saya adalah pelajar yang ke-2 termuda terpilih ke BIMO.

Pada kali ini semua pelajar Foundation 1 & 2 yang terpilih "TOP 60" Malaysia 2016 adalah berumur 13 tahun -  Zoey Zeffrey Azman, Ong Jing Kai, Oh Juin Chuen dan Raymand Tey Jia Cheng. 

Yang pastinya tahun ini, saya tidak lagi kesunyian kerana terdapat 8 pelajar Kolej PERMATApintar Negara bersama-sama berjuang untuk mendapatkan tempat yang terbaik bagi terpilih mewakili negara.


********************************************************************************

Malaysia IMO 2016 Training

 imo2016logo

The IMO official logo and the 57rd IMO logo

Introduction

This is the unofficial page of the Malaysia International Mathematical Olympiad (IMO) Training Program.
IMO 2016 will be held in Hong Kong on 6-16 July 2016. Refer to the official site for more details:
http://www.imo2016.org/

Six students will be selected to represent Malaysia in the competition. The students will undergo selection tests and training camps throughout the year.

The Malaysian team preparations for IMO 2016 has already started. The program is organized by Pusat PERMATApintar Negara (PPpN), UKM under the patronage of the Ministry of Education, Malaysia, made possible by generous corporate sponsorship from ExxonMobil Malaysia.

About the IMO

The IMO is the World Championship Mathematics Competition for High School students and is held annually in a different country. The first IMO was held in 1959 in Romania, with 7 countries participating. It has gradually expanded to over 100 countries from 5 continents. The IMO Advisory Board ensures that the competition takes place each year and that each host country observes the regulations and traditions of the IMO.

(From the IMO official website.)



Saturday, 21 November 2015

The wife of Prime Minister of Japan visited Pusat PERMATApintar Negara, UKM

 20th Nov. 2015.

Mrs Abe, wife of Prime Minister of Japan visited Pusat PERMATApintar Negara, UKM. She was accompanied by YABhg Datin Seri Rosmah Mansor. 





















Wednesday, 18 November 2015

Pemergian Jonah Lomu: 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu

Pemergian Jonah Lomu: 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu

Pemergian Jonah Lomu: 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu 
Lomu mencatat try paling banyak dalam Kejohanan Ragbi Piala Dunia, dengan 15 tries. 

Hari ini dunia kehilangan seorang lagenda. Jonah Lomu, bekas bintang ragbi yang bermain untuk New Zealand All Blacks, meninggal dunia dipercayai akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak sekian lama.

Bagi mereka yang mungkin baru mengenali sukan ragbi, kami senaraikan tujuh fakta tentang bintang berusia 40 tahun ini.

1. Lomu berketinggian 6'5, berat kira-kira 120 kilogram dan kelajuan lariannya dianggarkan 100 meter dalam masa 11 saat.

2. Muncul di pentas antarabangsa pada usia 19 tahun; antara penampilan antarabangsa termuda dalam sejarah.

3. Mencatat try paling banyak dalam Kejohanan Ragbi Piala Dunia, dengan 15 tries dalam 10 perlawanan.

4. Pernah menolak tawaran bernilai jutaan dolar untuk bermain dengan sebuah pasukan futbol dari Amerika Syarikat.

5. Pernah ditawarkan untuk memegang watak penjahat bernama Gabor dalam filem James Bond: The World is Not Enough, namun menolak kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain ragbi.
6. Lomu berjuang dengan penyakit buah pinggang yang dihidapi sepanjang kariernya. Dia disahkan menghidap Sindrom Nephrotic, sejenis masalah buah pinggang pada tahun 1995.

7. Bersara dari ragbi pada tahun 2007, selepas 12 tahun bergelar pemain profesional.

Tuesday, 17 November 2015

CERITA PAKU

Cerita Paku....

Paku untuk anak!!! 

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya berpunca dari satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata; "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. 

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

p/s :
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda semua...
Maafkan saya teman-teman......saudara saudaraku
IKHLAS DARI LUBUK HATI YANG PALING DALAM...

Monday, 16 November 2015

Chong Wei wins China Open 2015 after defeating Chen Long

Chong Wei wins China Open after defeating Chen Long


Lee Chong Wei nailed the China Open men's singles title for the first time in super style on Sunday. The former world No. 1 Chong Wei crushed top seed Chen Long of China 21-15, 21-11 in a 50-minute men’s singles final at the China Open in Fuzhou to become only the third Malaysian singles player to do so on the Chinese soil.

Wong Choong Hann won the men’s singles title in 2002 while Chong Wei’s wife Wong Mew Choo pulled off the feat in 2007 when she became the first Malaysian woman to nick it.

The only Malaysian doubles pair to win the title on the Chinese soil are brothers Razif and Jalani Sidek in 1989. Chong Wei played the right game plan, his attacking and defensive game was solid.
Chong Wei is certainly back at his best after going through uncertain times over the last few months. This will put him in the right frame of mind ahead of the Olympic Games in Rio next year. Just a day ago, Chong Wei played superbly to beat five-time world champion Lin Dan of China in the semi-finals - his first win over the Chinese in about four years.