Pemergian Jonah Lomu: 7 perkara yang anda mungkin tidak tahu
Lomu mencatat try paling banyak dalam Kejohanan Ragbi Piala Dunia, dengan 15 tries.
Hari ini dunia kehilangan seorang lagenda. Jonah Lomu, bekas bintang ragbi yang bermain untuk New Zealand All Blacks, meninggal dunia dipercayai akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak sekian lama.
Bagi mereka yang mungkin baru mengenali sukan ragbi, kami senaraikan tujuh fakta tentang bintang berusia 40 tahun ini.
1. Lomu berketinggian 6'5, berat kira-kira 120 kilogram dan kelajuan lariannya dianggarkan 100 meter dalam masa 11 saat.
2. Muncul di pentas antarabangsa pada usia 19 tahun; antara penampilan antarabangsa termuda dalam sejarah.
3. Mencatat try paling banyak dalam Kejohanan Ragbi Piala Dunia, dengan 15 tries dalam 10 perlawanan.
4. Pernah menolak tawaran bernilai jutaan dolar untuk bermain dengan sebuah pasukan futbol dari Amerika Syarikat.
5. Pernah ditawarkan untuk memegang watak penjahat bernama Gabor dalam filem James Bond: The World is Not Enough, namun menolak kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain ragbi.
6. Lomu berjuang dengan penyakit buah pinggang yang dihidapi sepanjang kariernya. Dia disahkan menghidap Sindrom Nephrotic, sejenis masalah buah pinggang pada tahun 1995.
7. Bersara dari ragbi pada tahun 2007, selepas 12 tahun bergelar pemain profesional.
No comments:
Post a Comment