



*_Indah langit kerana awan,_*
*_Indah laut kerana kebiruan,_*
*_Indah Aidilfitri kerana kemaafan,_*
*_Indah Aidiladha kerana pengorbanan,_*
_*Selamat Hari Raya Aidil Adha*_





Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.

Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.
No comments:
Post a Comment