I'm a cute 14 years old boy, nice to meet you! My hobbies include writing fictional stories, composing songs, playing the piano, computer games, swimming and online games as well as maths solving and maths proving. Favorite authors include James Petterson, John Grisham and James Dashner. I'm good at swimming too! Read this blog for tons of sweet information!
4th PERMATA Natiomal Nobelist Mindset Workshop 2016. Closing done by Dato Seri Makhzir Khir, Minister of Education. 400 students, 40 teachers and 40 young scientists were involved in the 5 days workshops. Students were exposed to life of laureates, lecture by Prof Elizabeth Hall of Cambridge, visits to some of the finest science lab in UKM, and doses of discussion on " why I want to be a scientist".
24 students and 7 young scientists were selected to continue their laureate journey to The Royal Society, London in Dec. 2016
The U.S. has many of the best universities in the world, but according to a new global list, it doesn’t have the best.
The University of Oxford, the oldest in the English-speaking world, took the top spot in the latest World University Rankings, released annually by Times Higher Education. The English university dating to 1096 dethroned the California Institute of Technology, a small, private school in Pasadena that had ranked No. 1 for five consecutive years, according to Times Higher Education, a London magazine that tracks higher education.
This is the first time a university outside the U.S. is No. 1 in the list’s 13-year history. This year’s list also underscores strengthening university systems in Asia as schools in China and Hong Kong have risen up the ranks, some by double-digits.
Besides the Oxford-Caltech flip flop, the top of the list remained mostly the same as last year. Stanford University came in third, then the University of Cambridge, another U.K. institution founded in medieval times. The Massachusetts Institute of Technology came in fifth, just ahead of its Cambridge, Mass., neighbor, Harvard University, the top Ivy League school on the list.
WUR tends to focus on research, counting metrics like the number of citations and publications by a university’s scholars and the amount of research funding attained in a given year. The list also takes reputation into account by surveying some 20,000 leading scholars to identify top schools, said Phil Baty, rankings editor at Times Higher Education.
“The single biggest individual indicator is research impact,” Mr. Baty said. “We’re looking at 56 million citations, 11.9 million research publications.”
BEST IN CLASS
1. University of Oxford (U.K.)
2. California Institute of Technology (U.S.)
3. Stanford University (U.S.)
4. University of Cambridge (U.K.)
5. Massachusetts Institute of Technology (U.S.)
6. Harvard University (U.S.)
7. Princeton University (U.S.)
8. Imperial College London (U.K.)
9. Swiss Federal Institute of Technology Zurich (SUI)
10. University of California, Berkeley/University of Chicago (U.S.)
The latest World University Rankings, released annually by Times Higher Education
To a lesser extent, WUR also emphasizes global scholarship. Unlike popular American rankings like those produced by U.S. News & World Report, the world list has a global reach and includes only universities. WUR excludes popular metrics used by U.S. ranking systems like acceptance rate, test scores and postgraduation salary, Mr. Baty said.
Oxford’s boost came from an exceptionally strong research income and global collaboration. The university secured record research income of £522.9 million, or $679 million at today’s exchange rates, from external funders in the 2014-2015 academic year, said Louise Richardson, vice-chancellor of Oxford.
“Industry, charities, health organizations and many other funders are all keen to invest in Oxford research,” said Ms. Richardson, chalking up the record funding to the strength and talent of the university’s scholars.
Further down the list, Asian universities have soared past some of the most prestigious institutions in Europe and the U.S. The number of Chinese universities in the top 200 doubled to four this year. China’s top school, Peking University (No. 29), a public school in Beijing with about 30,000 students, ranked above New York University (No. 32).
Over the past eight years, China has invested the equivalent of roughly $33 billion in developing a group of elite universities through two government initiatives.
“This is meant to be the year that China overtakes the U.S. on science research and science publication,” said Mr. Baty, adding that the country is already leading the world in the number of scientists.
China’s Tsinghua University (No. 35), another large, public university based in Beijing, ranks ahead of Ivy League school Brown University. The University of Hong Kong (No. 43) and Hong Kong University of Science and Technology (No. 49) also come in ahead of Brown, which ranks 51.
Part of China’s rise has to do with schools putting more weight on surveys like Times Higher Education’s world rankings, and efforts to lure back reputable Chinese and Chinese-American researchers from American universities, said Mr. Baty.
Another government initiative aims at making six Chinese universities leading global institutions by 2020—some of them in the world’s top 15 by 2030, said Mr. Baty.
The government has focused particularly on increasing science and technology education and research. “The readjustment of university faculties and specialties is the vital step in the transformation process,” Yuan Guiren, China’s former education minister, said in March. “Some specialties, such as engineering and science which cost more than the humanities, should be increased to match the country’s economic and industrial structures.”
The highest-ranked university in Asia is the National University of Singapore, a school of about 38,000 students that offers degree programs heavily subsidized by the city-state’s government, according to its website. At No. 24, that school ranks a slot above the London School of Economics and Political Science.
Meanwhile, U.S. institutions kept their dominant presence on the list.
American schools account for about one-third of the top 200 schools, same as last year. British universities make up 16% of the list, down a percentage point from last year, and Germany claims 11%, up a percentage point.
Notable movers in the U.S. include the University of California, Berkeley, which returned to the top 10 by tying the University of Chicago at No. 10.
Schools that rose into the top 200 this year include the University of Illinois at Chicago, ranked 200, and Northeastern University in Boston, ranked 182. Schools that fell out of the top 200 include the University of Utah and Boston College.
They are not normal athletes, but the spirit shown by them shows how determined and focused they are. They deserved it, they trained very hard, and it is more difficult than ours. There are athletes on wheelchair or using only one arm...but their fighting spirit is what we need to learn,
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi won the first gold medal for the country in the 100m T36 (cerebral palsy) event and the second gold was won by Muhammad Ziyad Zolkefli in the Men’s Shot Put F20 (intellectual disability) event with a new world record. Abdul Latif Romly secured the country’s third gold in the long jump T20 (learning disability) category, also with a new world record.
💝🌿🌸🌿🌸🌿💝 *_Indah langit kerana awan,_* *_Indah laut kerana kebiruan,_* *_Indah Aidilfitri kerana kemaafan,_* *_Indah Aidiladha kerana pengorbanan,_* _*Selamat Hari Raya Aidil Adha*_ 💝🌿🌸🌿🌸🌿💝
Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!
Pergi ke masjid bersama bapa,
Diajak bersama rakan dan taulan,
Selamat hari raya Aidil Adha,
Salah dan silap harap dimaafkan.
Berhati-hati dijalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Apabila terjaga di pagi hari,
Lihat semua berlawa sakan,
Aidil adha berkunjung lagi,
Marilah sama kita raikan.
Janganlah dikau terus berangan,
Marilah kita bersembahyang raya,
Ketupat rendang menjadi hidangan,
Jamuan untuk tetamu yang mulia.
Satu jeritan yang banyak berulang meresap meresap... seperti senyum gadis di pertemuan menerawang... serupa gema di tengah malam merempuh... seperti kereta kebal di medan perjuangan.
Pekiklah! Jeritlah! Dan... Maralah!
Tongkat Warrant 4 Julai 1954
PAHLAWAN DAN TANAHAIR
Pahlawan sejati dalam hatinya bernyanyi. Tanahair dan bangsa di mana terpaut cinta mulia.
Untukmu darah ini mengalir padanya jasad ini cair
Tongkat Warrant 1958
PAHLAWAN KEMERDEKAAN (kepada pahlawan Pahang)
Pahlawan! Jika hilangmu tanpa pusara jika pusaramu tanpa nama jika namamu tanpa bunga penjajah mengatakan kau derhaka maka kaulah pahlawan sebenarnya.
Gema seabad silam Inggeris datang meredah Pahang bersama peluru bersama senapang membunuh menangkap setiap pejuang
Sungai Semnatan berubah merah bukan sarap hilir ke kuala bukan rakt mudik ke hulu arus merahnya menjulang mayat pahlawan bangsa pahlawan rakyat tujuh liang dadanya tersayat.
Pahlawan! Untukmu derita untukmu penjara bukan bintang tersemat di dada semangatmu api negara berdaulat namamu terukir di jantung rakyat.
Tongkat Warrant
JIWA HAMBA
Menung seketika sunyi sejenak kosong di jiwa tak berpenghuni hidup terasa diperbudak-budak hanya suara melambung tinggi
Berpusing roda, beralih masa berbagai neka, hidup di bumi selagi hidup berjiwa hamba pasti tetap terjajah abadi
Kalau hidup ingin merdeka takkan tercapai hanya berkata tetapi cuba maju ke muka melempar jauh jiwa hamba
Ingatan kembali sepatah kata dari ucapan seorang pemuka di atas robohan Kota Melaka kita dirikan jiwa merdeka
Tongkat Warrant 1948
TANAHAIR (menjelang kemerdekaan)
Engkau Tanah Air pemilik perut yang berbudi penampung hujan penyedut sinar mentari lahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murni dengan jasa abadi berdetik didenyut nafas kami kerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasa segala seperti kami dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi di mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitu sejarah hidup zaman berzaman pernah merangkul pahlawan kemerdekaan mereka sujud dalam kaku mohon perlindungan
Bukankah dengan kasih dan harapan kau tenggelamkan mereka dalam dakapan di mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara baru di atas rongga jantungmu akan tertegak bertapak dalam kebebasan cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Tongkat Warrant 1956
Damai (Tanahairku dan Dunia)
Sisa hidup ini hendak kita pelihara juga tanah, pohon dan buah-buah juga tulang, daging dan darah jangan suara jadi parau di musim kemarau.
Tapi tanah kami sudah kerecikan api lama bermula, tidak hilang sampai kini dan meski tawaran damai sudah diberi orang masih tidak peduli!
Pohon getah dan tanah mengandung bijih rebutan manusia daerah asing kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!
Damai - seruan dan tawaran damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan damai - untuk dunia dan kesejahteraan!
Usman Awang Mastika, Ogos 1955.
Oleh A. Samad Said
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. Kini beliau menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar; dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah, tenang dalam segala uji cabar dan debar. Kita mencari hanya yang tulen dan jati, sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh. Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan, yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan, inti tunggak dan menara kebahagian.
A Samad Said
ERTI KEMERDEKAAN
Kita mencari hanya yang tulen dan jati sekadar hidup mengerti dan berbudi dan bumi akan subur, makmur dan mewah jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak mesra mendakap kita kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa bangga kerana merdeka megah kerana bahagia.
A Samad Said
PADA TANAH YANG INDAH
Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih aku sama menagih kemerdekaan kekasih, dalam dada yang mesra tenang telaga cinta aku janji setia membela tanah pusaka.
Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah setapak tiada kurela untuk melutut kecewa, biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela.
Dalam lari berlari berbaja kasih di hati azam besi berumbi: melebur penjajah di bumi! Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang.
Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh beri janji yang teguh hingga badanku luluh! A. Samad Said 1956 PERTAMA DAN TERAKHIR
Jauh kita berjalan mendukung semua kepercayaan pertama dan terakhir sekarang kita sampai ke puncak tiada tercapai keazaman pantang cair
Kita bersua hati mengisi setiap janji pertama dan terakhir tiada hari kiranya hingga bernanah dada sumpah tiada termungkir
Gemuruh kita bersorak bumi dan langit retak pertama dan terakhir berani kita bergerak darah dan daging serentak hingga ke saat akhir
padu kita berhasrat hingga bumi kiamat pertama dan terakhir kuat jantung berdetak untuk berpaling tidak biar di gelegak air
Rela kita mengangkat cita bangsa berdaulat ke puncak murni berukir!
A. Samad Said Mastika, April 1957 Oleh Penulis-Penulis Lain
SAJAK KEMERDEKAAN: DI PENTAS KEBEBASAN
Kamu membakar hutan bandar kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu siapa yang ditentang juga jelas menegakkan keadilan dengan tangan kasar meja rundingan pun turut dibakar. Seorang tua termanggu melihat kejadian peristiwa yang tidak terlintas di fikiran apakah yang dicari wahai anak muda? Aku yang membina tiang kemerdekaan kau bersorak bangga mematahkan. Aku yang mengecat tugu sejarah putih bersih sedap mata memandang kau conteng dengan niat hitam. Jari terketar tak mampu menampar tangannya letih hendak menangani mereka yang bingung di pentas kebebasan tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak sedangkan ladang sudah dibajak benih sudah dipilih untuk disemai. Orang tua itu berbisik sedih aku membina kamu meruntuhkan.
KHADIJAH HASHIM Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
31 OGOS, 1957
Engkau tarikh keramat kami terlepas daripada belenggu akan kami kenang sampai bila-bila.
ISMAIL RESTU Kg. Bujang, Kedah BAPAKU SEORANG YB
Bapaku seorang YB di negara demokrasi, joget dan zapin dia tahu menari, hari-hari meeting hari-hari outstation sampai pagi, konon menghargai kesetiaan para pengundi yang menilainya di pilihanraya di atas pentas di hadapan rakyat, orang-orang kampung jauh terpencil lidah bapaku petah bersilat, uratnya tegang, matanya terjegil, bapaku pakar pintar teori, mulut berbuih mata melilau, bersembur serapah segala jampi, orang-orang kampung batunya hijau
Kisah sejarah dan hadis nabi jadi hafalan bapaku bistari rakyat marhaen ditabur janji tiada siapa tahu bapaku gaji bermata dua, sondol sana sondol sini, dia main tutup mata, orang-orang kampung terlopong, melihat dengan mata terbuka.
Bapaku YB di negara demokrasi, aku anak bertuah tidak pernah mengundi diajarnya aku berotak pintar, untuk hidup mesti terlebih ajar, oh alangkah bertuah aku anak bapa
Bapaku YB aku penyangak, masing-masing putar belit, masing-masing pintar teori masing-masing isi tembolok dan perut sendiri, bapaku YB di negara demokrasi, jadi YB tak habis-habis berkelahi, bapaku YB di negara demokrasi, di parlimen tidak habis-habis kena maki.
Pyanhabib Rahman Balada Pyanhabib, 2012
SAJAK KEMERDEKAAN: 31 OGOS TIBA LAGI
Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah dalam matang akal fikir semangat dan kudrat masih berbaki merisik khabar pejuang yang jauh dalam lipatan darmawisata merdeka mahalnya nostalgia.
Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua menyentak lolong makrifat membiak musim ceriteranya berderai plotnya berkecai mengirai skrip duga yang tak sudah atas aspal fatamorgana bumi bertuah.
Ogos yang sujud di kaki merdeka tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang tetap menyimpul senyum meskipun termateri kenangan pahit yang mahal dan cantik.
Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi bersama gemersik angin di bumi bertuah mendewasakan ukhuwah dan ummah siap siaga warga berdaulat memahat sejarah dalam tamadun bangsa yang gah.
Terima kasih pejuang tanah merdeka terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!
WAN ZAHARI WAN ALI, SMK Saujana, Setiu, Terengganu.
SAJAK KEMERDEKAAN: KETAATAN DAN KEBERANIAN
Berjanjilah kami demi keberanian melalui suara-suara hijaz putaran kemerdekaan
menyusur sungai-sungai mati kepada insan seikat masyarakat yang telah bebas.
Dalam sejarah kepahitanmu terselit larian aku anak kecil dibentuk dalam kelas-kelas rendah hingga ke kamar dewasa jiwa ini digantung loceng mongel lalu direntap-rentap terbawa-bawa.
Titisan darah ibuku pada papan cendana pejal masih melekat di situ di perigi yang telah terkambus hanyir masih terbau tembuni dalam diam berubah fosil atas tanah yang merdeka. Seperti selalu
berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil menyamai pemberian hadiah bapamu kami menyebut MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!
NAFISA Marang, Terengganu
PUISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA
Di langit Ogos awan gembira mengkhabarkan hujan merdeka turun lagi untuk kesekian kalinya membasahi bumi keramat ini dinginnya merangkul perasaan nusa syahdunya menyelimuti hati pembela damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
Telah kutemui mutiara yang tersembunyi dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan kukecapi aroma pembangunan kukucupi wangian pembebasan dan telah kuwarnai kanvas jati diri mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
Hujan merdeka turun lagi titisnya menjelajahi hati srikandi pertiwi tersenyum menerimamu memeluk janji yang termetarai harapan yang terkota teguh mengepung cinta.
Terima kasih, hujan merdeka walau langit Ogos berlalu titisnya membasahi sepanjang musim.
ZULKIFLI MOHD TOP Universiti Malaya
SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA
Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi.
Jalur gemilang berkibar megah sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah.
Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita.
ZAINAL ABIDIN AHMAD BTP
SAJAK KEMERDEKAAN: POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA
Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.
Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat.
Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka.
Keseluruhan dari keadaan dan kenyataan keseluruhan dari kesanggupan dan kebenaran keseluruhan dari kemungkinan dan kepastian perpaduan - pendirian - pengorbanan dan perjuangan -telah benar-benar membangunkan kepercayaan -telah benar-benar menimbulkan harapan "Bahawa kemerdekaan yang sekian lama kita perjuangkan telah dekat - mendekati kita telah tegas dan nyata terbayang di hadapan mata Malaya! Pasti merdeka".
Kita pasti merdeka! Kita adalah manusia berbangsa dan bernegara! Kita bukan boneka!
Kita pasti merdeka di atas "hak pertuanan" kita selaras dengan kemerdekaan di mana-mana sebagai manusia-manusia lain yang berbangsa dan punya negara Malaya pasti merdeka - di atas keseluruhan - hak-hak kenegaraannya. Affrini Adham 1955 DI TELAPAK IBU
Ibu, bukakan rongga kalbu bonda luangkan tempat bisikan anakanda yang tetap bergelora dalam sukma rasa tak kuasa menahan lama.
Masih terbayang ibu terikat dirantai dibelenggu oleh si Barat hendak membebaskan dah terniat tapi, apakan daya tiada sempat.
Kedatangan perkasa suruhan Tuhan ibu terbebas dari genggaman beta melompatlah mara ke hadapan dengan tujuan hendak berkorban.
Di telapak tangan ibu gerangan syurga tapi hairan putera umpama beta masih ada yang lengah dan terlupa bahawa bondakan masih belum berdaya.
Dah datang masanya wahai putera mengabdi menjunjung titah bonda supaya dia jangan kecewa menunggu kita setiap masa.
Kalau tak kita yang berusaha ibu pertiwi tak akan jaya dalam lingkungan Asia Raya menuju kemakmuran bersama.
Thaharuddin Ahmad Semangat Asia, Bil. 5, Mei 1943 PINTAKU PADAMU
Kalau esok kasih kita 'kan hancur jua usah ditaburi bumi ini dengan air mata dunia bukan semata milik orang bercinta hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa.
di bawah sinar mentari pagi demikian jernihnya hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat usapi kesetiaan hati seluruh umat.
Kalau esok jua hidup dijenguk kematian usah ditangisi sepinya tanah kelahiran nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan tanda hatimusetia dalam usia pengembaraan.
tau-taulah di bintang satu di hari hidup kita mengejar bahagia dalam sengsara di hari mati kita mengira pahala dalam dosa.
Dharmawijaya 1963 SUMPAH ANAK WATAN
Kawan buat kesekian kalinya kita titis air mata darah kita hembus nafas panas api
bersama bulan bintang ke gunung kita ke hutan bersama kita patah duri beracun terlalu lama menusuk daging
dan kalian di hutan ketagih pada kibaran bendera merah ayuh! putar haluan kembali ke pangkal jalan
anak peribumi kira berdegilbatu hatinya buat kesekian kali kita titis air mata darah kita hembus nafas panas api kita bakar mereka bersama api yang mereka nyala sendiri
Adi Badiozaman Tuah Tatau 73 DI SINI DI TANAH INI
Di bumi inilah tiada lain nasi dan lauknya sawah ladang segenggam menjadilah gegunung perak.
Bukankah tanah ini sawah ladang ini yang memberikan nafas dan anak-anakmu yang menginjak memamah lumat daging tulang tanah sejengkal ini kasihmu masih berbelah hatimu di bumi lain asing bagai ikan-ikan di gurun.
Mengucaplah mereka yang wajar mengucap dengan dua bibir hatimu sendiri di sinilah udara yang kau hirup usahlah hembuskan kembali dengan racun yang berbisa membunuh pucuk yang baru bertunas menginjak dahi para wali yang kepadanya kauberikan kepercayaan.
Tiada kematian yang lebih nikmat dari mengasihi tanah keramat ini
Zam Ismail 1975 TANYALAH DIRI
Tika melewati A Famosa tergamit sejarah masa lalu masa keris dan berdaulatan tak dapat membenteng kemaraan orang-orang Portugis dengan kepala ilmu baru menghujani kota Melaka dengan peluru dan memaksa sultan lari ke hulu.
Tahun 1511 telah mengajar kita hulubalang berilmu kebal tak dapat membendung perpaduan semangat keperwiraan yang kental dicairkan oleh pemimpin yang gelap mata dan fikir fitnah dan rasuah sudah terasuk jiwa sedang Tuah dihukum bunuh dan Jebat lebih sedia mabukkan darah
hampir 500 tahun sudah berlalu Portugis, Belanda dan Inggeris tidak betah lagi bermain untung tentang gold, gospel dan glory Melaka sudah lebih 30 tahun mengenal nilai kemerdekaan.
Akan bangkitkah semangat Tuah akan terbelakah setiakawan Jebat atau akan datang lagi ilmu yang lebih baru untuk merundukkan rantau yang cintakan keamanan?
Tanyalah diri tanyalah hati sebelum kita dikalahkan lagi!