Friday 13 May 2016

JURNAL HARIAN TUGASAN BM BIL 12/2016 : KEJAYAAN & KEMENANGAN

Sekarang saya sedang dalam minggu peperiksaan pertengahan tahun. Minggu peperiksaan bermula pada 9/5/2016 dan berakhir pada 19/5/2016. Sesuatu yang menarik pada minggu peperiksaan pada kali ini, kami diberikan "study leave" selama 3 hari iaitu pada 11/5/2016 hingga 13/5/2016 dan diikuti dengan cuti hujung minggu. Tujuan diadakan "study leave' adalah untuk memberi laluan kepada pelaja-pelajar Kolej PERMATApintar Negara yang terlibat dengan program dan pertandingan yang telah diatur oleh pihak penganjur luar di mana bertembung dengan minggu peperiksaan.

Saya membaca post di FB bawah Group Kolej PERMATApintar 2016, pelajar Kolej PERMATApintar telah memenangi 5 pingat emas dan 1 pingat perak dalam pertandingan 27th International Invention, Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) 2016 di KLCC baru-baru ini. TAHNIAH BUAT PASUKAN YANG MENANG.


Sebelum ini, kumpulan yang sama juga telah memenagi beberapa pingat Asian Youth Innovation Awards & Expo 2016 (Junior Category), Malaysia Technology Expo 2016. Tiga kumpulan penyelidik tersebut yang terdiri daripada 9 orang pelajar Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Asian Youth Innovation Awards & Expo 2016 (Junior Category), Malaysia Technology Expo 2016 yang diadakan pada 18-20 Februari di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.



No comments: